Cabaran Guru Bahasa Arab dalam Mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
Challenges for Arabic Teachers in Applying 21st Century Teaching and Learning in Pahang State Religious Secondary Schools
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.845Keywords:
Cabaran Guru Bahasa Arab, PAK21, Cabaran, Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab, Sekolah Menengah Agama NegeriAbstract
Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 merupakan pendekatan penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan selaras dengan keperluan global semasa. Kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam mengaplikasikan PdP abad ke-21 di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melibatkan 12 orang guru bahasa Arab yang dipilih melalui persampelan bertujuan, dan data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur serta dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas.ti. Dapatan kajian menunjukkan tiga tema utama cabaran yang dihadapi guru, iaitu kekangan sumber dan bahan, masa dan beban tugas, serta fasiliti dan teknologi yang terhad. Kekurangan bahan pengajaran relevan, masa pengajaran yang singkat, beban kerja yang tinggi serta peralatan teknologi yang tidak mencukupi telah menjejaskan keupayaan guru melaksanakan PdP abad ke-21 secara optimum. Kesimpulannya, pelaksanaan PdP abad ke-21 dalam pengajaran bahasa Arab masih memerlukan sokongan yang lebih kukuh melibatkan penyediaan sumber, pengurusan masa, latihan profesional dan peningkatan infrastruktur supaya pendekatan ini dapat diterapkan secara lebih berkesan dan menyeluruh.
Downloads
References
Abdul Razif Zaini, Noorshamsinar Zakaria, Hasmadi Hamdan, Muhammad Redzaudin Ghazali & Mohd Rufian Ismail. (2019). Pengajaran bahasa Arab di Malaysia: Permasalahan dan cabaran. Jurnal Pengajian Islam, 12(1), 47-57.
Aisyah Inani Mohd Saad, Noor Zuraida Hamid & Nadiatushima Solahudin. (2024). Kajian pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PBP) oleh pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Pusat Anak Permata Negara (PAPN). Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 13(1), 1-15.
Aminamul Saidah Mad Nordin, Bity Salwana Alias & Zamri Mahamod. (2023). Pendigitalan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM), 1(1), 66-73.
Dayang Julida Abang Tar & Muhd Izwan Mahmud. (2021). Minat, tingkah laku distruptif dan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 49-64.
Fadzilah Amzah, Phey S. Ling, & Aziah Ismail. (2024). Pengaruh komuniti pembelajaran professional terhadap amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 dalam kalangan guru Matematik: Satu pemikiran semula. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(1), 203-224.
Geoffrey F. C. Lim, Norshamshizar Abdul Jalil, Dayang Suraya Awang Hidup & Marlissa Omar. (2024). Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan: Cabaran guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 8(1), 49-67.
Idawarna Hasin, Rashidah Othman, Noor Syahida Abdullah, Kartini Mohd Yusoff & Mohd Roslan Ab Rahman. (2022). Isu dan cabaran pembelajaran digital dalam transformasi pendidikan negara pasca Covid-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(2), 23-32.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya.
Mansour Amini, Latha Ravindran & Kam-Fong Lee. (2024). Adapting education shifts in Malaysia after Covid-19: A comprehensive review of flexible assessments, lifelong learning initiatives, and diversified learning trajectories. Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning, 14(1), 1-14.
Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 7(1), 32-46.
Muhammad Izzat Mailis. (2021). Pengetahuan dan proses pengajaran guru terhadap elemen dalam pembelajaran abad ke-21 (Tesis Sarjana). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. (2023). Variasi media dalam pendidikan di Malaysia: Satu paradigma Abad ke-21. Firdaus Journal, 3(1), 77-95.
Murugayya, C., & Nachiappan, S. (2022). Analisis pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kinta Utara, Perak. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 12(1), 82–92.
Nor Hadisah Mohamed Shalikin. (2024). Kepelbagaian pendekatan pengajaran dalam kalangan guru mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 5(1), 23-33.
Norazaludin Azmil Razaly. (2019). Kesediaan guru melaksanakan pendidikan abad ke-21 (Tesis Sarjana). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Nur Atika Daud & Zamri Mahamod. (2021). Hubungan kemahiran abad ke-21 dengan gaya pembelajaran dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(2), 29-38.
Rosnah Ishak & Siti Nur Fatihah Rusman. (2018). Prestasi kerja guru dan hubungannya dengan faktor beban tugas, persekitaran kerja dan personal: Kajian kes di sebuah sekolah di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1), 1-15.
Shabir Hussain Khahro & Yasir Javed. (2022). Key challenges in 21st century learning: A way forward towards sustainable higher educational institutions. Sustainability, 14, 16080, 1-19.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Muhammad Ikhwan Rahmatan, Mohammad Taufiq Abdul Ghani

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.













