Unsur Disfemisme: Ragam Bahasa dalam Novel ‘Kasyaf Ain’
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.169Abstract
Bahasa merupakan representasi pemikiran manusia untuk mengekspresikan idea, fikiran, dan perasaan sama ada secara lisan ataupun tulisan. Hal ini kerana bahasa merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatakan pelbagai hal, aspek, bidang dan peristiwa. Kedinamikan bahasa dan hubungannya yang erat dengan masyarakat menyebabkan terhasilnya ragam bahasa berdasarkan konteks penggunaan. Dalam penulisan sesebuah karya atau teks, ragam bahasa digunakan untuk menghidupkan dan menguatkan gaya sesebuah penceritaan dan perwatakan supaya pembaca mendapat kesan tertentu hasil daripada pembacaanya. Garapan idea dan fakta yang kreatif daripada pemikiran pengarang menjadi kurang menarik jika tidak diolah dan diperindah dengan penggunaan ragam bahasa yang bersesuaian mengikut cerita dan watak yang dibawa dalam penulisan karya tersebut. Ragam bahasa berunsur disfemisme turut digunakan bagi mengekspresi perasaan dan emosi dalam sesebuah karya. Disfemisme adalah konotasi yang tidak sopan namun ianya bertujuan untuk menguatkan sesuatu maksud, sebagai senjata untuk menyerang lawan, meluapkan kekecewaan, kemarahan dan emosi lain. Novel Kasyaf Ain mengandungi pelbagai ragam bahasa yang berunsur disfemisme telah digarap oleh Ramlee Awang Mursyid. Pengarang telah mengeksploitasikan ragam bahasa tersebut namun mengekalkan estetika bahasa di dalam karyanya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ragam bahasa Melayu dalam novel Kasyaf Ain. Kaedah kajian adalah berbentuk analisis kandungan yang melihat novel Kasyaf Ain dan bahan-bahan kajian lepas yang berkaitan dengan novel kajian dan tentang ragam bahasa. Ragam bahasa ini dianalisis melalui setiap bab dalam novel tersebut bagi memperlihatkan secara jelas tentang penggunaannya. Analisis menunjukkan bahawa novel Kasyaf Ain menggunakan ragam bahasa yang menarik dan mudah difahami seperti ragam bahasa sindiran, ragam bahasa menggiat, ragam bahasa mengejek, ragam bahasa tempelak, ragam bahasa herdik dan ragam bahasa melampau. Kepelbagaian ragam bahasa yang saling bertaut ini telah membentuk kesempurnaan novel Kasyaf Ain sebagai sebuah karya kreatif.
Kata Kunci: ragam, bahasa, disfemisme, novel.
Downloads
References
Allan, K. & Burridge, K. (1991). Euphemism and Dysphemism: Language Used as Shield and Weapon. New York: Oxford University Press.
Amat Juhari Moain. (2000). Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amirah Ahmad, Noriza Daud, Norizah Ardi & Nurrissammimayantie Ismail. (2019). Ragam bahasa Media Sosial dalam Isu yang Sohor Kini. dlm E-Prosiding Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA 2019), 115- 128.
Arba’ie, S. (2010). Perpaduan masyarakat dalam genre sastera dari perspektif sosio-stilistik. Dlm Y. Mohd Sharifudin, S. Arba’ie & H. Zaitul Azma Zainon (Eds.), Penyelidikan Linguistik Bahasa dan Budaya: Pemupukan Perpaduan (ms 402-411). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Asmah Hj Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Abdullah Che Ya. (2018). Manifestasi Kehidupan Masyarakat Melayu Dalam Bedar Sukma Bisu Daripada Perspektif Pengkaedahan Melayu. Jurnal Melayu, 17: 328-34.
Elisa Nurul Laili. (2017). Disfemisme dalam perspektif Semantik, Sosiolinguistik dan Analisis Wacana. LINGUA 12(2): 110-118.
Elizabeth, Burns & Tom Burns. (1973). Sociology of Literature and Drama. England: Penguin Books.
Garis Panduan Amalan Perubatan Islam. 2011. Kuala Lumpur: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Goay, T. C., Choo, S. T., & Zainuddin, A. (2006). Teks Pra-U Bahasa Melayu STPM: Kertas 1. Petaling Jaya: Pearson Malaysia.
Hafidzoh, S. S. (2013). Kesantunan berbahasa dalam komunikasi tulisan: Analisis kajian guru-guru Bahasa Melayu. Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan : (ms 36-61).
Hanifa Pascarina. (2018). Disfemisme dan Terjemahannya Pada Teks Berita BBC Online. LEKSEMA: Jurnal Bahasa dan Sastra, 3 (1): 1-10.
Hassan, A. (2000, Julai 7). Ragam Bahasa Melayu. Utusan Malaysia.
Jasudin Mamat. 2000. Kajian Gaya Bahasa dalam Novel Tivi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jyh, W. S. (2009). Semiotik persembahan wacana. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz. (1997a). Pengajian Melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman.
Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz. (1997b). Penguasaan Kemahiran Menulis – Siri Pendidikan Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karsana, Deni. (2015). Referensi dan Fungsi Makian dalam Bahasa Kaili. Metalingua, 13: 141-150.
Lutfi, A. (1995). Kritikan karya sastera: Keindahan ragam-ragam bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Roslan, R. (2015). Rights and recognition of indigenous language in Malaysian education system: The case of orang asli. Kertas kerja dibentangkan di 3rd International Conference on Language, Education and Innovation (ICLEI), Bali, Indonesia.
Mohd Roslan, R. & Sara, C. (2015). Discourse of indigenous education policy: The Malaysian case. International Journal for Innovation Education and Research, 3(10): 126-140.
Nik Safiah Karim. (1981). Laras Bahasa Melayu. Beberapa pandangan. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Panggabean, Maruli H. (1981). Bahasa, pengaruh dan peranannya. Jakarta. PT Gramedia Pustaka Utama.
Ramlee Awang Murshid. (2018). Kasyaf Ain. Kuala Lumpur: RAM Typewriter Ventures.
Rohaidah Haron. (2016). Ragam bahasa dalam wacana perbicaraan di Mahkamah. Dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 2016), 1: 208-224. Selangor: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Siti Norsyahida Mohd A.Rashid & Nor Azuwan Yaakob. (2017). Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujaran Vlog. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL),7, 17-29.
Vioni Saputri, Syahrul Ramadhan & Yasnur Asri. (2019). Eufemisme dan Disfemisme dalam Novel Korupsi karya Pramoedya Ananta Toer. RETORIKA: Jurnal Bahasa, Sastra dan Pengajarannya, 12 (2). 197-207.
Za’ba. (1965). Pelita Bahasa Penggal 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad. (2002). Ilmu Mengarang Melayu (Edisi Ejaan Rumi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Azma, Z. H., & Ahmad Fuad, M. H. (2010). Kekerasan verbal dalam komunikasi remaja: Satu perlanggaran maksim kesantunan. Dlm.Y. Mohd Sharifudin, S. Arba’ie, & Z. H. Zaitul Azma (Eds.), Penyelidikan Linguistik Bahasa dan Budaya: Pemupukan Perpaduan (pp. 386-391). Serdang: Universiti Putra.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2020 Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan, Nik Norazira Abd Aziz (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.