Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Teacher Challenges in Online Teaching and Student Readiness Post Covid-19
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.317Keywords:
Kata Kunci: Covid 19, cabaran pengajaran digital, kesedian murid, secara maya (online learning)Abstract
Covid 19 merupakan virus baharu yang mula menjadi wabak di awal tahun 2020 telah memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru ketika mengahadapi situasi pandemik Covid 19 untuk menjalankan sesi pengajaran kepada murid-murid dan mengenalpasti kesediaan murid dalam pembelajaran normal baharu. Kajian ini dijalankan menggunakan metod kualitatif melalui temubual panggilan video menggunakan aplikasi Whatapps melibatkan 10 orang murid sekolah rendah. Data kuantitatif pula dikumpul melalui soal selidik yang dijalankan kepada 1193 orang murid sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran secara digital sepanjang berlakunya pandemik covid 19 merupakan satu cabaran yang cukup besar yang digalas oleh para guru ketika berdepan dengan cabaran luar daripada sikap ibu bapa dan masyarakat. Kesukaran mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP), proses pentaksiran murid. Kekangan seperti kemudahan peranti telefon pintar dan komputer, kemudahan capaian internet mengganggu kesediaan murid untuk belajar dan juga cabaran lain seperti kurang perhatian terhadapa murid dikalangan ibu bapa yang bekerja sebagai barisan hadapan (fronliners) semasa PKP. Implikasinya, Selain cabaran seperti memberi kefahaman kepada guru dan murid untuk. Jika dahulu pembelajaran abad ke 21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid namun kini berubah kepada pengajaran berpusatkan guru. Di samping itu KPM disaran menilai semula objektif Pendidikan dan pentaksiran, mengedarkan peranti bagi meningkatkan akses kepada kelas atas talian, meluaskan capaian kepada para pelajar melalui televisyen dan akses digital kepada semua masyarakat samada di bandar atau di luar bandar. Keperluan pembelajaran ini selari dengan kesungguhan pihak Kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi terdidik di kalangan rakyat Malaysia tidak kira masa dan tempat.
Covid 19 is a new virus that began to become a pandemic in early 2020 and has had a major impact on the teaching and learning process of new norms. Thus, this study was conducted to identify the challenges faced by teachers in the face of the Covid 19 pandemic situation, to conduct teaching sessions with students and to identify students' readiness for new, normal learning. Therefore, this study was conducted using qualitative methods through video call interviews using Whatapps application involving 10 primary school students. Quantitative data were collected from 1,193 primary school students through a questionnaire. The findings of the study show that online teaching throughout the Covid 19 pandemic is a major challenge for teachers to face the challenges of parents and society. Difficulty in practicing standard operating procedures (SOPs), student assessment processes. Constraints such as the convenience of smartphones and computers, internet access facilities disrupt students' willingness to learn, as well as other challenges such as lack of attention among parents working as frontline students during movement control order (MCO). The implications of this study are challenges, such as giving understanding to teachers and students. If, in the past 21st century, learning that emphasized student-centered learning has now changed to teacher-centered learning. In addition, the Ministry of Education (MOE) is advised to reassess educational objectives and student assessment, distribute devices to increase access to online classes, increase access for students through television and digital access to all communities, whether urban or rural. This learning need is in line with the seriousness of the Malaysian Government in producing an educated generation among Malaysians regardless of time and place.
Downloads
References
Rujukan
Ahmad Zaki bin Amiruddin1, Dr. Ahmed Thalal bin Hassan, Ahmad bin Abdul Rahman, Nor binti Abdul Rahman, Mohd Shahriman bin Abu Bakar, (2014), Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ashoumi, H., & Shobirin, M. S. (2019). Peningkatan Aktifitas Belajar Mahasiswa Dengan Media Pembelajaran Kelas Virtual Google Classroom e-prosiding SNasTekS, 1(1), 149-160.
Asmawati Suhid, Abd. Muhsin Ahmad, Syaza Mohd Sabri & Azreen Effendy Mohamad. (2015). Pendidikan untuk Semua: Amalannya dalam Sistem Pendidikan Islam di Malaysia. International Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November: 1-7.
Bahtiar, R. A., Ibrahim, S., & Ariffin, H. (2014). Matlamat Dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( Pkp ) Covid-19. (April 2020), 1–23. Retrieved from http://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2. Peranan Dan Cabaran Pemimpin Pendidikan.pdf
Harith Asyraf Hasnam, (12 April 2020), Masalah internet, infrastruktur P&P di rumah jadi keluhan rakyat Malaysia - Kajian. Astro Awani
Kamarul Azmi Jasmi, (2012) Analisis Data Dalam Penyelidikan Kualitatif.
Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Halim bin Tamuri (2011) Pedagogi dan Metodologi Pendidikan Islam.
Mohd Nawi, M. Z. (2020). Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: Satu Perbincangan. Journal of ICT in Education, 7(2), 14-26. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/3770
Nadia Abdul Hamid & Jamalul Lail Abdul Wahab (2017) Aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1).
Nik Md. Saiful Azizi bin Nik Abdullah, Rohani binti Ali, Rabi’atul Athirah Muhammad Isa (2020). Norma Baharu: Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Pasca Covid 19. Buku Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (Medc 2020)
Noor Hisham Md Nawi. 2011. Pengajaran dan Pembelajaran: Penelitian Semula Konsep- konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor, Kuala Lumpur.
Rosninawati Hussin, (2020). Pembelajaran Dalam Talian Sebagai Norma Baharu. Link: https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/pembelajaran-dalam-talian-sebagai-norma-baharu/?fbclid=IwAR2iGA2504iEe716RLzY3_b10kCbz7N6bLzEcnmfGoGO0ofTyVf5DRl_x1s
Shahaimi, S., & Khalid, F. (2015). Pengintegrasian Blended Learning dalam Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLEFROG ). Pendidikan Abad Ke-21: Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Serta Cabarannya, (April), 52–71.
Wan Ya Shin, (18 April 2020). Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Artikel Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19.
Worrall, L., & Bell, F. (2007). Metacognition and lifelong e-learning: A contextual and cyclical process. E-Learning and Digital Media, 4(2), 161-171.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 Nik Md. Saiful Azizi bin Nik Abdullah, Rohani Ali, Nurul Nadiah Yahya, Rabi'atul Athirah Muhammad Isa
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.