Potensi Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional: Pandangan Guru Bahasa Melayu
Potential Language Philosophy for National Integration: The View of the Malay Language Teacher
DOI:
https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.1.12Keywords:
Potensi, Falsafah Bahasa, Bahasa Melayu, Penyatupaduan Nasional, Guru Bahasa MelayuAbstract
Perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dilakukan di semua peringkat, iaitu di peringkat individu, persatuan dan pertubuhan politik. Usaha ini sedikit sebanyak memberikan keinsafan kepada generasi muda bahawa perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu bukanlah satu perjuangan yang mudah. Ianya memberikan gambaran yang jelas bahawa bahasa Melayu dipercayai dan diyakini berupaya bertindak sebagai alat penyatupaduan nasional dan mampu menimbulkan jati diri sepunya dalam kalangan masyarakat sejak kemerdekaan lagi. Justeru itu, pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) bahasa Melayu tidak seharusnya hanya menitikberatkan penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa sebaliknya menyuburkan tradisi pemikiran, nilai dan budaya ilmu yang mampu membawa generasi muda ke arah mencapai matlamat perpaduan negara. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau potensi falsafah bahasa dalam pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) bahasa Melayu untuk penyatupaduan nasional. Pengumpulan data dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik ke atas 200 orang peserta kajian yang meliputi guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Analisis data dibahagikan kepada 4 tema utama, iaitu: (1) Persepsi guru tentang konsep falsafah bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu, (2) Persepsi guru terhadap konsep penyatupaduan Nasional dalam hubungannya dengan pendidikan Bahasa Melayu, (3) Tahap kemahiran guru apabila berlakunya aspek penyerapan elemen falsafah bahasa dalam PdPc Bahasa Melayu, dan (4) Tahap penerimaan guru terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa dalam PdPc Bahasa Melayu sebagai strategi penyatupaduan Nasional. Dapatan kajian daripada pelaksana pendidikan iaitu guru Bahasa Melayu ini amat penting kepada pembuat dasar dalam memastikan PdPc bahasa Melayu di sekolah mampu membina nilai dan keperibadian Malaysia dalam kalangan murid-murid pelbagai kaum.
Abstract: The struggle to uphold the Malay language is at all levels, at the individual level, associations and political organizations. This effort has given a bit of conviction to the younger generation that the struggle to uphold the Malay language is not an easy struggle. It provides a clear picture that the Malay language is believed to be believed to be capable of acting as a national unity tool and capable of raising the common identity among the people since independence. Therefore, the learning and facilitator (PdPc) of Malay should not only emphasize the mastery of the language system and language skills but instead enrich the tradition of thought, value and culture of knowledge capable of bringing the younger generation towards achieving the goal of national unity. Hence, this study aims to explore the potential of language philosophy in Malay language learning and facilitator (PdPc) for national integration. The data collection was carried out through survey method using questionnaire on 200 participants of the study which included teachers in Bahasa Melayu who taught at. (SJKC) and Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) in Perak, Kelantan, Penang and Negeri Sembilan. Data analysis is divided into four main themes, namely: (1) Teacher perceptions about the concept of language philosophy in Malay language education, (2) Teacher perceptions on the concept of national integration in relation to Malay education, (3) Teacher skill level in the absorption aspects the element of language philosophy in Malay Language PdPc, and (4) The level of teacher acceptance towards the absorption of the element of the language philosophy in PdPc Bahasa Melayu as a National integration strategy. The findings of the study of the Malay language teachers are very important to policy makers in ensuring the Malay Language PdPc in schools is able to build the value and personality of Malaysia among the various ethnic groups.
Downloads
References
Ary,D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (1990). Introduction to research in education. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.
Awang Sariyan. (1997). Falsafah Pendidikan Bahasa: Kajian tentang Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia dengan Rujukan Khusus kepada Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Tesis PhD. Universiti Malaya.
Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (2010). Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Ilham Baru.
Chua Y.P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Fraenkel, Jack R. dan Norman E.Wallen. (1993). How to Design and Evalute Researche in Education. New York: Mc Graw-Hill Inc.
Hashim Musa & Rozita Che Rodi. (2010). Pemupukan Perpaduan dan Semangat Cinta Negara Malaysia di Kalangan Rakyat Jelata. Dlm. Mohd Sharifudin bin Yusof, et al. (Ed.). Penyelidikan Linguistik Bahasa dan Budaya. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-VI, (hlm.1-18). Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 05-06 Oktober.
Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad Ke-21. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Hashim Musa. (2006). Pengantar Falsafah Bahasa Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia. Dewan Bahasa, 4-8.
Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu Suara dari Bawah Kota Samarahan. Universiti Malaysia Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa Melayu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 1Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Khaidir Abdul Wahab. (2017). Pembinaan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional. Tesis PhD. Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul. (2010). Falsafah Pendidikan Bahasa. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md Idris. (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muhammad Faizal A.Ghani & Abd. Khalil Adnan. (2015). Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru Malaysia: Satu Kajian Analisis Keperluan di Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2,2,1-16
Shamsul Amri Baharuddin. (2014). Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan: Satu Negara, Satu Kata Akar, Tiga Konsep Keramat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Scheaffer, R. L., William Mendenhall., & Lyman Ott (2009). Elementary survey sampling (14rd ed.) . Boston Massachusetts: Duxbury Press.
Teo Kok Seong. (2015). Prasangka terhadap Bahasa Melayu perlu dihentikan. Berita Harian. pp. 27.
Teo Kok Seong. (2013). Konsep dan Cabaran Penyatupaduan Nasional. Laporan Prakongres Profesor Negara 11 Gagasan Penyatupaduan Nasional. Kuala Lumpur, Malaysia, 9-10 November.
Teo, Kok Seong. (2010). Semua Kaum Kena Ikhlas Kongsi Aspirasi Nasional: Bukan Melayu Sepatutnya Sudah Sebati Dengan Citra Negara. Berita Harian, 18.
Zulkifli Awang. (2012). Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Yang Berkesan. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2019 mohd khaidir bin abdul wahab (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.