Pemahaman Makna Tersirat Kanak-Kanak Prasekolah Dan Kepentingannya Dalam Usaha Pembentukan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) Yang Lebih Berkesan
Preschoolers Implied Meaning Understanding and its Importance on Developing Effective Standard Bahasa Melayu Framework (KBSM)
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.215Abstract
Perkara 152 perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan utama rakyat berbilang bangsa. Bahasa Melayu menjadi lambang kepada kewujudan negara bangsa dan sebagai bahasa perpaduan negara ini. Lantaran itu, bahasa Melayu menjadi wasilah dan wadah pembangunan negara dengan berperanan sebagai bahasa komunikasi, bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan dan bahasa yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Kerangka Standard Bahasa Melayu (KBSM) merupakan satu wadah yang dibangunkan sebagai satu piawai bahasa untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang paling mahir. Dalam usaha mewujudkan KBSM yang lebih berkesan, kajian terhadap tahap pemerolehan dan pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah telah dilakukan bagi membolehkan usaha tuntas dapat dijalankan diperingkat akar umbi lagi. Kajian ini diharap dapat membantu pendidik dalam merancang pembelajaran bahasa yang sesuai dengan keupayaan kanak-kanak terutamanya yang meliputi kaedah pengajaran dan penyediaan sukatan pelajaran. Pengumpulan data dilakukan dengan merakamkan ujaran kanak-kanak prasekolah secara spontan semasa mereka berkomunikasi dalam lingkungan rakan sebaya. Data telah ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan Konsep Implikatur Perbualan melalui Prinsip Kerjasama Grices. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah telah menguasai pemahaman makna tersirat dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kecekapan berbahasa yang membolehkan mereka memperolehi atau menyesuaikan pemahaman tentang bahasa mengikut pelbagai kekangan sosial yang wujud dalam pelbagai wacana dan situasi bahasa. Dapatan ini penting untuk memberikan kefahaman kepada semua tentang tahap sebenar pemahaman kanak-kanak untuk membolehkan pelbagai dasar dan program yang bersesuaian dilakukan terutamanya dalam usaha membentuk Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang lebih berkesan.
Downloads
References
Ahmad Mahmood Musanif. (2007). “Kesopanan dalam Perbualan Mengikut Budaya
Masyarakat Melayu”. Kuala Lumpur.
Ahmad Sarji. 2004. “Hang Tuah Tokoh Epik Nasional”. Subang Jaya: Pelanduk Publications
Akmajian. Adrian, et.al. (1990). “Linguistics: An Introduction to Language and Communication”, terjemahan Aishah Mahadi dan Azizah Hussain. 1995. Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akmajian. Adrian. (2004) (5th edition), “An Introduction to Language and Communication”, New Delhi: Prentice Hall of India.
Alias Jamsuri. (1982). “Psikolinguistik dan Pemerolehan Bahasa”, dalam Jurnal Dewan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Allen, J. P. (1975). “Papers in Applied linguistics”, London: Oxford University Press.
Anglin, J. (1975). “The Extensions of The Child’s First Terms of Reference”, kertas Kerja, Society for Research in Child Development, New York
Asmah Haji Omar. (1982). “Nahu Melayu Mutakhir”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1985). “Bentuk Bahasa Kanak-kanak Melayu”, dalam Jurnal Dewan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Melissa Heidi (2017), KSBM Ukur Standard Penguasaan Bahasa Melayu – Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong http://www.ukm.my/news/Latest_News/ksbm-ukur-standard-penguasaan-bahasa-melayu-prof-dato-dr-teo-kok-seong/ 19 April 2017
Wan Norasikin Wan Ismail. (2017). “Persidangan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KBSM) http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=12479
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2006). “Memahami Pertuturan Kanak-kanak Melalui Analisis Pragmatik”, Serdang: Universiti Putra Malaysia,
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). “Akhlak Mulia Melalui Kesantunan Berbahasa” dalam jurnal Dewan Bahasa , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamood. (2007). “Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua”, Shah Alam: Karisma Production.
Zulkifley Hamid. (1990). “Penggunaan Bahasa: Huraian Paradima mentalis dan Behaviorisme” dalam jurnal Dewan Bahasa. Jilid 34: Bil. 5., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Noor Azmira Mohamed

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.