Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt

The Influence of the Jawi Fiqh Book in the Malay World: An Introduction to the Arkān al-Ṣolāt Manuscript

Authors

  • Muhammad Farid Wajdi Abdul Rahim
  • Mohd Anuar Mamat

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.164

Keywords:

Kitab Fiqh Jawi, Arkān al-Ṣolāt, Alam Melayu, Kajian Manuskrip.

Abstract

Kedatangan agama Islam ke tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ratusan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.

 

The arrival of Islam in Malaya has succeeded in shaping and influencing all aspects of the life of the Malay community, especially the view of nature, religious practices, culture, and language. As a result of this process of Islamization, the thinking and intellectual power of the Malays has been raised to an important level and this is evident when their intellectuals and scholars managed to produce hundreds of writings across various disciplines, especially religion. The religious work has become the main syllabus and reference for the Malay community to study Islam, especially matters concerning faith, fiqh, and Sufism. Thus, this paper aims to reveal the influence of Jawi books especially those written in the field of fiqh as well as introduce the Jawi fiqh manuscript entitled Arkān al-Ṣolāt by using qualitative methods involving library research. The original copy of this manuscript was obtained from the National Center for Malay Manuscripts (PNM). The findings of the study show that the Malay community has an intimate scientific relationship with the book of Jawi fiqh. The study also found that this manuscript succeeded in highlighting the uniqueness and wisdom of Malay scholars in producing works in the field of fiqh that is capable

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Qutaibah, Rasyidi Abdul Rahman. 2014. Al-Tahqiq al-Wafi ‘ala Munyatil Musolli. Fathani: Matba’ah Bin Halabi.

Ahmad Misbah. 2016. Analisis Teks Manuskrip Hujjat al-Balighah: Tumpuan Dalam Kesaksian. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah (IRSYAD 2016). (pp. 693-721).

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2016. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2011. Historical Fact and Fiction. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Press.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2015. Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu. Kuala Lumpur: Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS).

Al-Banjari, Husein Nasir. t.tt. Hidayah al-Subyan. Fathani: Matba’ah Bin Halabi.

Al-Bantani, Muhammad Nawawi. 2001. Kasyifatus Saja fi Syarhi Safinah al-Naja. Indonesia: al-Haramain.

Al-Fathani, Daud bin Abdullah. t.tt. Bughyah al-Tullab li Muridi al-Ahkam al-Sowwab. Pulau Penang: Matba’ah Dar al-Ma’arif.

Aliza Elias. 2012. Kecenderungan “Paksi India”: Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam di Alam Melayu. Adab dan Peradaban: Karya Pengiktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Selangor: MPH Publishing.

Awang Sariyan. 2016. Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamalludin Hashim, Abdul Karim Ali & Hasanulddin Mohd. 2014. Analisis Pengaruh Unsur Fiqh Tempatan dalam Kitab al-Sirat al-Mustaqim Karya Syaykh Nur al-Din al-Raniri. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Jilid 1. Bil. 1. (pp. 1-24).

Mohd Puaad, Rahimin Affandi, Ahmad Farid & Huzaimah. 2018. Kitab Jawi dan Pengilmuan Masyarakat Melayu. Jurnal Ulwan. Jilid 1. (pp. 34-57).

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2017. Matla’ Al-Badrain. Selangor: Karya Bestari.

Shaharir Mohammad Zain. 2018. Falsafah Ilmu Daripada Karya-Karya Besar Sains & Matematik Islam Malayonesia. Selangor: Kolej Dar al-Hikmah.

Shaharir Mohammad Zain. 2016. Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam. Selangor: PTS Akademia.

Syed Salim. 2018. Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Perlaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia. Jurnal Sains Insani. Jilid 3. No. 01 (pp. 27-37).

Wan Mohd Nor. 2019. Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini. Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS).

Wan Suhaimi Wan Abdullah. 2012. Beberapa Wajah dan Faham Dasar Tasawuf Menurut al-Attas Berdasarkan Karyanya The Positive Aspects of Tasawuf. Adab dan Peradaban: Karya Pengiktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Selangor: MPH Publishing.

Published

2021-12-06
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol6no3.164
Published: 2021-12-06
033 OJS add phone number field

How to Cite

Abdul Rahim, M. F. W., & Mamat, M. A. . (2021). Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt: The Influence of the Jawi Fiqh Book in the Malay World: An Introduction to the Arkān al-Ṣolāt Manuscript. Sains Insani, 6(3). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.164
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange