Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam

Authors

  • Noor Azam Abdul Rahman
  • Noraziah Mohd Amin
  • Wan Noorli Razali

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.49

Abstract

Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam pembinaan tamadun Melayu, khususnya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka telah digunakan dalam bidang persuratan sebagai cara untuk merakamkan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005). Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga, kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu beragama Islam (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Walau bagaimanapun, kajian Madihah Mohamad (2007) menunjukkan pelajar Melayu hari ini sudah tidak berminat membaca dan menulis menggunakan tulisan Jawi. Berdasarkan isu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (UNITEN) berkaitan kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu lambang identiti bangsa Melayu, dan kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu beragama Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium pengumpulan data, dan data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati, majoriti pelajar Melayu UNITEN yang terlibat dengan kajian ini bersetuju bahawa kemahiran menggunakan tulisan Jawi merupakan salah satu lambang identiti bagi bangsa Melayu di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti Melayu beragama Islam.

Kata kunci: Tulisan Jawi, identiti Melayu, kemahiran Jawi.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Noor Azam Abdul Rahman

Unit Bahasa dan Sains Sosial, Kolej Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Putrajaya, Malaysia

Noraziah Mohd Amin

Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM),Pulau Pinang, Malaysia

Wan Noorli Razali

Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM),Pulau Pinang, Malaysia

References

A. Aziz Deraman, (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Jalil Borham. 2012. Tulisan Jawi: Tulisan Serantau. Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaaan 2012, 18 Oktober 2012, at Universiti Malaysia Pahang

Asyraf Ridwan Ali., & Berhanundin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam Di Malaysia. Proceedings of ICIC2015 – International
Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

Aziah Binti Ismail, (2000). Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Pelajar UPM. Serdang: Tesis Sarjana Sastera, Universiti Putra Malaysia.

Federal Constitution (2012). International Law Book Services (ILBS).

Giddens A, (2008). Sociology. Cambridge: Polity Press. Page 8.

Hashim Hj. Musa, (2005). Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Hj. Musa. (2005). Peranan tulisan jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005. Retrieved March 24, 2016 from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24027/Article_5.PDF

Hashim Musa (2006), Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hasni Zakaria, Novel Lyndon, (2014). Identiti budaya dan bahasa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand: Satu analisa fenomenologi. Retrieved July 2016 from
http://journalarticle.ukm.my/8337/1/15x.geografia-nov14-hasni%26novel-edam.pdf

M Mokhtar Shafii, (2000). Perlaksanaan Tulisan Jawi dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Dalam Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 9 Bil. 2 Disember 2000. Kuala Lumpur: Institut
Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Madihah Mohamad, (2007). Penguasaan Kemahiran Jawi di Kalangan Murid Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dissertation (M.Ed.), Fakulti Pendidikan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mahyudin Haji Yahya (1986), Ensiklopedia Sejarah Islam, Bangi: Penerbit UKM.

Md Salleh Yaapar (2014). Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Ke Arah Pencerahan yang Dinantikan. Siri Wacana Fikrah Ummah yang ke-9. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Retrieved Jun 2016 from http://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/wacanafikrah_okt.pdf

Nazimah Binti Mohamad @ Mohd Noor, (2013). Penggunaan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi. Tesis Sarjana Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir & Wan Zana Erine Wan Ismail, (2015). Sejarah dan Perkembangan Sistem Tulisan dan Ejaan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Rashid, Abd. Rahim Abd. 2004. Jawi : Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tidak rela warisan bangsa dihina. (14 Januari, 2011). Utusan Online. Retrieved Jun 2016 from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.html

Published

2017-06-01
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol2no1.49
Published: 2017-06-01
033 OJS add phone number field

How to Cite

Abdul Rahman, N. A., Mohd Amin, N., & Razali, W. N. (2017). Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam. Sains Insani, 2(1), 42-47. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.49
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange