Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia: Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan?
The Perceptions of Malay Students At UNITEN on The Efforts To Extend Jawi Learning At Various Levels of Education In Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.1.02Keywords:
pengajaran dan pembelajaran Jawi, sistem pendidikan di Malaysia, tulisan JawiAbstract
Shitiq dan Mahmud (2010) mendapati pelajar sekolah rendah hilang minat untuk belajar tulisan Jawi kerana mereka berpendapat tulisan Jawi sukar untuk difahami. Persepsi pelajar tersebut yang mengatakan bahawa tulisan Jawi sukar difahami telah menjadi cabaran utama ke arah pemeliharaan Jawi melalui cara menguasai kemahiran menggunakan tulisan Jawi. Bagi memelihara kewujudan Jawi sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia terutama di kalangan orang Melayu, pelbagai usaha harus dilakasanakan terutama dalam bidang pendidikan dengan kepercayaan bahawa generasi muda harus meneruskan legasi Jawi. Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia akan dijelaskan melalui kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian yang ditimbulkan: 1) Apakah persepsi pelajar Melayu UNITEN terhadap usaha-usaha meluaskan pembelajaran Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia? Borang soal selidik yang mengandungi 15 pernyataan telah diberikan kepada 100 pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (61% responden, M= 3.27, SP 0.815) percaya bahawa “mata pelajaran Jawi perlu ditawarkan di semua peringkat pembelajaran seperti peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, supaya pembelajaran Jawi lebih komprehensif” (pernyataan 11) selain daripada diajar di pra-sekolah (pernyataan 3: M= 3.76, SP= 0.816). Jelas sekali, majoriti responden mempunyai persepsi positif terhadap inisiatif yang dicadangkan untuk memperkenalkan Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia sebagai persediaan untuk mempromosikan tulisan Jawi kepada komuniti yang lebih besar.
Abstract: Shitiq and Mahmud (2010) found that primary school students lost interest in learning the Jawi script because they thought Jawi's script was difficult to understand. The students' perception that Jawi's script is difficult to understand has become a major challenge in the cultivation of Jawi by mastering the skills of using Javanese scripts. To maintain the existence of Jawi as part of Malaysia's culture, especially among the Malays, various efforts should be made, especially in the field of education with the belief that the younger generation should continue the Jawi legacy. Discussion on Jawi script issues in education in Malaysia will be explained through this study. The main objective of this study is to identify the perceptions of Malay students at UNITEN on the efforts to extend Jawi learning at various levels of education in Malaysia. A questionnaire containing 15 statements was given to 100 Malay students at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) who participated in the study. The findings show that the majority of respondents (61% of respondents, M = 3.27, SP = 0.815) believe that "Jawi subjects should be offered at all levels of learning such as primary, secondary and tertiary level, therefore Jawi learning is more comprehensive" (statement 11) apart from being taught at pre-school (statement 3: M = 3.76, SP = 0.816). Apparently, the majority of respondents have a positive perception of the proposed initiative to introduce Jawi at various levels of education in Malaysia in preparation for promoting Jawi writing to a larger community.
Downloads
References
Jurnal
Abdullah, M. C., Roslan, S., & Sulaiman, T. (2011). Strategi pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi: Satu anjakan paradigma. Malaysian Education Dean’s Council Journal, 8.
Abdul Hamid, F@A. F., & Abdullah, N@N. (2009). Penggunaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Jurnal At-Tamadun, Bil.4.: http://ejournal.um.edu.my/filebank/published_article/2936/09%20Bil%204%20ust%20faisal%20&%20Niswa%20TULISAN%20JAWI.pdf
Ali, A. R., & Abdullah, B. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam Di Malaysia. Proceedings of ICIC2015- International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. https://www.unisza.edu.my/icic/images/Fullpaper/67_-_Asyraf_Ridwan_Ali.pdf
Mohamad Yusof, S. B., & Sulaiman, E. (2015). Sikap generasi muda terhadap tulisan Jawi: Kajian kes pelajar Universiti Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, Vol 15, 2015, pp 8–16 © FASS, UBD. Retrieved from http://fass.ubd.edu.bn/SEA/vol15/SEA-v15-SitiBadriyah-Excerani.pdf
Musa, H. H., & Aziz, A. Y. A. (2009). Pemerkasaan kembali tulisan Jawi. Jurnal ASWARA, 4 (1):159-176.
Naquiah Nahar & Jimain Safar (2016). Amalan Pengajaran Jawi dalam Pendidikan Masa Kini: Suatu Tinjauan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 2(2), 2016 70-85, e-ISSN: 2289-960X Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia
Yaacob, N. R. N. (2007). Penguasaan Jawi dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar dalam pendidikan Islam. Malaysian Journal of Educators and Education, 22. p. 161-172.
Buku
Akta 10/63, s.2. Undang-undang Malaysia, Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Printed by Ketua Pengarah Percetakan Negara, Kuala Lumpur, dengan kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang 1968.
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi. http://jpnperak.moe.gov.my/ppdhuluperak/attachments/article/1242/c.%20Modul%20KCJ%20(Semakan)%202017.pdf
Che Man, C. S. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Panduan pengurusan mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah. Jemaah Nazir dan Kualiti.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF. Bahagian Pendidikan Islam.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Zailani, M. A. (2005). Pelaksanaan Program j-QAF (Jawi, Khatam Al-Quran, Bahasa Arab dan Pengukuhan Fardu Ain) Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia in Hussin, S. (Ed). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Prosiding Persidangan
Kasa, Z., & Ayob, A. (2008). Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi dan Terjemahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lubis, M. B. (2012). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Sistem Pendidikan di Malaysia, Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi 2012, Peringkat Kebangsaan, Pahang: Universiti Malaysia Pahang 18 Oktober, 2012.
Rahman, R. A. (2008). Kemahiran Tulisan Jawi Dalam Kalangan Mahasiswa: Tinjauan Awal di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Islam Selangor (KUIS). Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi dan Terjemahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shitiq, H. A. A. H., & Mahmud, R. (2010, November). Using an Edutainment Approach of a Snake and Ladder game for teaching Jawi Script. In Education and Management Technology (ICEMT), 2010 International Conference on Education and Management Technology (pp. 228-232). IEEE.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2019 Noraziah Mohd Amin, Noor Azam Abdul Rahman (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.