Pelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya

Implementation and Perception of Students on Learning Strategies and Soft Skills in Islamic and Asian Civilization Course (TITAS) at University of Malaya

Authors

  • Faridah Che Husain
  • Faezah Kassim
  • Noor Ain Mat Noor
  • Muhammad Shamshinor Abdul Azzis
  • Mohd. Syariefudin Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no2.63

Abstract

The TITAS course has been implemented at the University of Malaya and is offered to all first-degree students in public universities since academic session of 1998/1999 through various approaches. The TITAS course has its own uniqueness based on course content and is compulsory to all students regardless of their field of study. This course is important to foster and nurture the spirit of understanding, respect, and harmony between races, cultures, religions and beliefs in Malaysia. To ensure the values and understanding between cultures can be applied to the students, the learning strategy has been diversified to the needs of this course. This paper therefore aims to explain TITAS's learning strategies in University of Malaya and student perceptions on learning strategies that embody the Soft Skills (KI) elements and their achievements in achieving the KI. This study focuses on two elements of KI that is teamwork skills and communication skills. This study uses library study method to explain the implementation of the TITAS course at the University of Malaya. A survey was conducted with distribution of questionnaires to 120 students to determine their KI achievement. Results are analysed descriptively in percentage and frequency form. It is found that students' perceptions of learning strategies and assessment methods were significant and had a positive effect on their courseworks and KI achievements. Students are not faced with problems in carrying out group assignments that involved various ethnic backgrounds. They are also less interested in carrying out written report tasks than fun-filled tasks, especially involving out-of-class activities.
Keywords: Islamic and Asian Civilization Course; learning strategies; soft skills; students

Abstrak: Kursus TITAS telah dilaksanakan di Universiti Malaya dan ditawarkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Universiti Awam (UA) sejak sesi akademik 1998/1999 melalui pelbagai pendekatan. Kursus TITAS mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus dan diwajibkan kepada semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian mereka. Kursus TITAS juga merupakan satu kursus yang penting untuk memupuk dan menyuburkan semangat persefahaman, hormat-menghormati dan hidup yang harmonis antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di Malaysia. Bagi memastikan nilai-nilai dan persefahaman antara budaya dapat diterapkan dalam diri pelajar, strategi pembelajaran telah dipelbagaikan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan strategi pembelajaran kursus TITAS di Universiti Malaya dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta pencapaian mereka bagi memperoleh KI tersebut. Kajian ini memfokuskan dua elemen KI iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Kaedah kajian perpustakaan digunakan bagi menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya. Manakala kajian lapangan dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 120 pelajar bagi meninjau pencapaian KI mereka. Hasil analis data dihuraikan secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian adalah signifikan dan memberi kesan yang positif kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI. Pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan terutamanya melibatkan aktiviti luar kelas.
Kata kunci: Kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS), strategi pembelajaran, kemahiran insaniah, pelajar

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Faridah Che Husain

Pusat Pemcetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur Malaysia;

Faezah Kassim

Pusat Pemcetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur Malaysia;

Noor Ain Mat Noor

Pusat Pemcetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur Malaysia;

Muhammad Shamshinor Abdul Azzis

Pusat Pemcetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya, Kuala Lumpur Malaysia;

Mohd. Syariefudin Abdullah

Jabatan, Pengajian Kewarganegaraan dan Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak.

References

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron. (2000). Pengajian Umum di Alaf Baru. Dalam Wan Kamal Mujani (eds.). Tamadun Islam Dalam Pendidikan Liberal: Pendekatan
yang Sewajarnya pada Alaf Baru. Cet. 1. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.

Andreas Totu. (2010). Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa: Pengalaman dan Cabaran. Dalam MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Vol. 11. Bangi: Pusat Pengajian
Umum, UKM.

Azizi Yahaya, et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Alam Penyelidikan. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd.

Good, T. L. & Brophy, J. E. (1990). Educational Psychology: A Realistic Approach. White Plains: Longman.

Hashim Hj. Musa. (2005). Ke Arah Pengajaran TITAS dan Hubungan Etnik Yang Holistik. Dalam Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik
Peringkat Kebangsaan 2005. Diselenggara oleh Unit TITAS, Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA): UiTM Shah Alam.

Ibrahim Mamat. (2000). Etika untuk Mahasiswa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd. Majid Konting, Turiman Suani, Maria Salih & Norhafezah Yusof. (2009). Pembangunan Pelajar: Memperkasakan
Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Martin, J. R. (1994). Changing the Educational Landscape: Philosophy, Women and Curriculum. New York: Routledge.

Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran-Pembelajaran. Puchong. Penerbitan Multimedia.

Muhamad Rahimi Osman. (2010). Peranan Kursus Pengajian Umum dalam Pembangunan Kemahiran Insaniah: Pengalaman UiTM. Dalam MALIM - Jurnal Pengajian Umum
Asia Tenggara. Vol. 11. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.

Osman Abu Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (eds.). (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Panduan
Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran & Elemen Kemahiran Insaniah. (2010). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Pecher, D., & Zwaan, R. A. (2005). Grounding cognition: The role of perception and action in memory, language, and thinking. Grounding Cognition: The Role of Perception
and Action in Memory, Language, and Thinking. https://doi.org/10.1017/CBO9780511499968

Pemetaan: Kursus – Kemahiran Insaniah. (t.t). Universiti Malaya.

Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian. (t. t). Universiti Malaya.

Proforma Kursus GXEX1414 TITAS, (t.t). Universiti Malaya.

Polit, D.F., Beck, C.T. and Hungler, B.P. (2001), Essentials of Nursing Research: Methods, Appraisal and Utilization. 5th Ed., Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins

Schuman, L. (1996). Perspectives on Instruction. Diperoleh dari http://edweb.sd.su.edu/courses/edtec540?perspectives/perspective.html. pada 22 Ogos 2009. Dipetik
daripada Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd. Majid Konting, Turiman Suani, Maria Salih & Norhafezah Yusof. Pembangunan Pelajar: Memperkasakan
Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. 2009. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Syed Hussein Alatas. (1998). Philosophical Foundation of General Education. Dalam Abdul Kadir Hj Din dan Mus Chairil Samani (eds.). General Studies: The Eduvation of Man.
Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.

Vishalache Balakrishnan (2009), Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

____________. (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

______________. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Dokumen MQF dan SKET, Universiti Malaya.

Zarina Muhammad, Jayum Jawan, Zaid Ahmad, Normala Othman, (2010) Kesan penawaran kursus umum universiti ke atas pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan
swasta. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 11 . pp. 73-89.

Published

2018-09-07
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol3no2.63
Published: 2018-09-07
033 OJS add phone number field

How to Cite

Che Husain, F., Kassim, F., Mat Noor, N. A., Abdul Azzis, M. S., & Abdullah, M. S. (2018). Pelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya: Implementation and Perception of Students on Learning Strategies and Soft Skills in Islamic and Asian Civilization Course (TITAS) at University of Malaya. Sains Insani, 3(2), 74-82. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no2.63
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)