Penglibatan Orang Arab Hadhrami Keturunan Sayyid dalam Urusan Jemaah Haji dari Tanah Melayu Pada Abad ke-19 dan Abad ke-20
The Involvement of Hadhrami Arab Sayyid Descendants in the Affairs of Pilgrims from the Malay Peninsula in the 19th and 20th Centuries
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no2.835Keywords:
sayyid, Arab Hadhrami, haji, ejen haji, mutawwifAbstract
Di Malaysia, masyarakat Arab berketurunan sayyid lazimnya dikaitkan dengan kegiatan dakwah dan penyebaran ajaran Islam. Penguasaan mereka terhadap ilmu-ilmu Islam telah menjadikan mereka tokoh yang berpengaruh dan dihormati dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Namun begitu, sumbangan mereka tidak terhad kepada penyebaran agama, pendidikan Islam dan mengeluarkan fatwa semata-mata, malah mereka turut memainkan peranan penting dalam pengurusan ibadah haji. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan penting yang dimainkan oleh komuniti Arab keturunan sayyid dalam menguruskan hal ehwal jemaah haji dari Semenanjung Tanah Melayu. Secara khusus, kajian ini menyoroti sumbangan masyarakat Arab Hadhrami, terutamanya yang berketurunan sayyid sebagai pemudah cara dalam menguruskan urusan jemaah haji dari Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kajian kepustakaan dijalankan bagi menganalisis secara deskriptif data yang diperoleh daripada sumber primer dan sumber sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa orang Arab Hadhrami keturunan sayyid mempunyai pengaruh besar dan berperanan penting dalam pengurusan Jemaah haji dari Tanah Melayu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Mereka berperanan sebagai ejen haji, syeikh al-hajj, broker, serta pembimbing haji (mutawwif) di Tanah Suci. Malah terdapat dalam kalangan komuniti sayyid, yang terlibat dalam industri perkapalan; menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penginapan bagi jemaah haji yang dalam perjalanan ke Makkah. Ini menunjukkaun bahawa orang Arab keturunan sayyid bukan sahaja aktif menyumbang kepada penyebaran ajaran Islam di rantau ini, malah mereka turut berperanan sebagai perantara transnasional antara wilayah Hijaz dan Alam Melayu.
Downloads
References
Aiza Maslan @ Baharudin. (2013). Pelayaran haji orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Jurnal Sejarah, 21(1), 41–64. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol21no1.2
Aiza Maslan @ Baharudin. (2014). Hajj and the Malayan experience, 1860s–1941. KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 21(2), 79–98.
Aiza Maslan. (2020). Dari tabung buluh ke Tabung Haji: Sejarah pengurusan dana ibadah haji masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Islam, 36(2), 45–60.
Aiza Maslan. (2023). Isu tabungan orang Melayu dalam sejarah pengerjaan haji era kapal laut. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 50 (2), 92-108. https://ejournal.ukm.my/jebat/article/download/64755/14212.
Alatas, S. H. (1977). The myth of the lazy native: A study of the image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th century and its function in the ideology of colonial capitalism. London: Frank Cass.
Aljunied, S. M. K. (2009). Colonialism, Islam and the Malay world: Connecting the Hadhrami diaspora. Journal of Southeast Asian Studies, 40(3), 463–486.
Azra, A. (2004). The origins of Islamic reformism in Southeast Asia: Networks of Malay-Indonesian and Middle Eastern 'ulama' in the seventeenth and eighteenth centuries. University of Hawaii Press.
Bernama. (8 Jun 2025). George Town as the “second Jeddah.” New Straits Times. Diakses pada 25 September 2025 daripada https://www.nst.com.my/news/nation/2025/06/1227633/ george-towns-lebuh-acheh-second-jeddah-immortalised-penang-haj-gallery.
Clarence-Smith, W. G. (1997). Hadhrami entrepreneurs in the Malay world, c.1750 to c.1940. In U. Freitag & W. G. Clarence-Smith (Eds.), Hadhrami traders, scholars and statesmen in the Indian Ocean, 1750s–1960s (pp.297-314). Leiden: Brill.
Clarence-Smith, W. G. (2002). The Rise and Fall of Hadhrami Shipping in the Indian Ocean, c. 1750 – c. 1940. In David Parkin and Ruth Barnes (Eds.), Ships and the Development of Maritime Technology in the Indian Ocean. London: Routledge Curzon.
Freitag, U., & Clarence-Smith, W. G. (Eds.). (1997). Hadhrami traders, scholars and statesmen in the Indian Ocean, 1750s–1960s. Leiden: Brill.
Freitag, U. (2002). Arab merchants in Singapore. In H. de Jonge & N. J. G. Kaptein (Eds.), Transcending borders: Arabs, politics, trade and Islam in Southeast Asia (pp. 109–141). Leiden: KITLV Press.
Ho, Engseng. (2006). The graves of Tarim: Genealogy and mobility across the Indian Ocean. University of California Press.
Hodgson, M. G. S. (1974). The venture of Islam: Volume 2. The expansion of Islam in the middle periods. University of Chicago Press.
Janet Ewald and William G. Clarence-Smith. (1997). The Economic Role of the Hadhrami Diaspora in the Red Sea and Gulf of Aden. In U. Freitag & W. G. Clarence-Smith (Eds.), Hadhrami traders, scholars and statesmen in the Indian Ocean, 1750s–1960s (pp. 281-296). Leiden: Brill.
Latifah Abdul Latiff. (2013). Hadhrami Sayyids in Malaya, 1819–1940. Jurnal Usuluddin, 37, 67–94.
Latifah Abdul Latiff, & et.al (2016a). Arab Hadhrami dan Arab Peranakan di Malaysia. Al-Hikmah, 8(2), 19–37.
https://www.academia.edu/37015836/Arab_hadhrami_dan_Arab_Peranakan
Latifah Abdul Latiff. (2016b). The roles and contributions of the Hadhrami Arabs in Malaya, 1819–1969 [Doctoral dissertation, University of Malaya].
Mahani Musa, Aiza Maslan, & Hajar Abdul Rahim. (2018). Penang’s hajj heritage: An oral history of the sea transportation era. Kajian Malaysia, 36(2), 147–164.
Mahani Musa, & Aiza Maslan @ Baharudin. (2024). Penang, the hajj, and the role of hajj syeikhs, 1786–1977. International Journal of Asia Pacific Studies, 20(2), 87–116.* Diakses pada 3 September 2025, daripada https://ijaps.usm.my/wp-content/uploads/2024/08/IJAPS-202-2024-Art-4.pdf.
Majid Zainuddin, H. A. (1924). A Malay pilgrimage to Mecca.
Report on the Hajj of 1344 A.H. (1926), FO 371/11436, TNA)
Roff, W. R. (1967). The origins of Malay nationalism. Yale University Press.
Slight, J. (2015). The British Empire and the Hajj, 1865–1956. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press.
Tagliacozzo, E. (2013). The longest journey: Southeast Asians and the pilgrimage to Mecca. Oxford University Press.
The Star. (2025, 8 Jun). Penang Haj Gallery traces early stories of pilgrims journeying to the Holy Land. Diakses pada 25 September 25 2025, daripada https://www.thestar.com.my/lifestyle/2025/06/08/penang-haj-gallery-traces-early-stories-of-pilgrims-journeying-to-the-holy-land.
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP). (2017, 4 Ogos). Galeri Haji papar sejarah pelayaran ke Mekah. Diakses pada 15 Spetember 2025, daripada https://yipp.gov.my/2017/08/04/galeri-haji-papar-sejarah-pelayaran-ke-mekah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Latifah Abdul Latiff, Dini Farhana Baharudin (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.








