Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin Dan Mantik Dalam Karya Akidah Jawi Untuk Memahami Nas-nas Mutasyabihat: Tinjauan Terhadap Kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah

The Integration of Usul al-Fiqh, Usul al-Din and Mantiq in Jawi Theological Writings to Understand the Mutashabihat Texts: An Overview from the Book Risalah Manhaj Ahli Sunnah by Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah

Authors

  • Syed Salim Syed Shamsuddin Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.2.01

Abstract

Artikel ini meninjau perkaitan di antara tiga cabang utama ilmu Islam iaitu usul fiqh, usuluddin dan mantik dalam membahaskan nas-nas mutasyabihat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik mempunyai hubung kait yang jelas. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama dalam ketiga-tiga ilmu ini yang terdapat dalam karangan-karangan para ulama silam. Ulama-ulama Melayu di Nusantara turut menggunakan pendekatan penulisan melibatkan unsur-unsur yang ada dalam ketiga-tiga ilmu tersebut dalam menulis karya-karya akidah terutama ketika menghuraikan nas-nas mutasyabihat. Salah satu karya yang terkenal ialah karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Manhaj Ahli Sunnah. Artikel ini melihat bagaimana penulisan karya-karya Jawi ulama Melayu dalam bidang akidah menggabungkan elemen-elemen yang terdapat dalam ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik untuk menghuraikan perbahasan nas-nas mutasyabihat. Tinjauan ringkas diambil dari karya Risalah Manhaj Ahli Sunnah dengan mendatangkan beberapa contoh aplikasi integrasi tiga bidang ilmu tersebut. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan terhadap beberapa karangan para ulama silam dan semasa yang berkaitan serta kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah secara khusus. Penulis mendapati bahawa nas-nas al- Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin bahasa Arab. Teks-teks mutasyabihat tidak selalu dapat difahami menurut makna literalnya, oleh itu perlu dilihat mengikut pendekatan dan manhaj yang diambil oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah. Dalam mengarang karya akidah, para ulama telah mengaplikasi dan mengadaptasi perbahasan- perbahasan yang terdapat dalam ilmu mantik dan usul fiqh melalui pendekatan kontekstual terhadap pemahaman teks-teks al-Quran dan hadis. Risalah Manhaj Ahli Sunnah tidak terlepas dari mengambil pendekatan yang sama bagi menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat agar selari dengan perjalanan Ahli Sunah Waljamaah dan mengelakkan daripada terjebak ke dalam akidah yang menyamakan Allah SWT dengan makhluk.

Downloads

Download data is not yet available.

References

‘Ali Jum‘ah Muhammad. (2007). Al-madkhal ila dirasat al-mazahib al-fiqhiyyah. Cet. 2. Kaherah: Dar al-Salam.

‘Ali Jum‘ah Muhammad. (2015). Al-tariq ila al-turath al-islami. Jizah: Dar Nahdhah Misr.

Abdul Aziz bin Ismail al-Fatani. (1994). Risalah al-misbah al-munir fi ma‘rifah Allah al-qadir (Cet. 3). Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Abdul Qadir bin Wangah. (t.th.). Risalah manhaj ahl al-sunnah. Patani: Percetakan Saudara Press.

Abdul Rahman. (2017, 7 September). Pengajian Kitab Faridah al-Faraid Fi ‘Ilm al-‘Aqaid, Kubang Batang, Tumpat, Kelantan.

Ahmad Fathi al-Fatani. (2002). Ulama besar dari patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Fathi al-Fatani. (2012). Sheikh abd al-qadir hj. wangah (ayah dir sekam) tokoh ulama usuluddin dari fathoni. https://ibadurrahman99.wordpress.com/2012/01/25/sheikh-abd-al-qadir-hj-wangah-ayah-dir-sekam-tokoh-ulama-usuluddin-dari-fathoni/ [10 September 2018].

Ahmad Fathi al-Fatani. (t.th.). Majalah Pengasuh. Bil. 619. Kelantan: Pustaka Aman Press.

Ahmad Fauwaz Fadzil Noor. (t.th.). Mengembalikan peranan ilmu usul fiqh. Dimuat turun daripada http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/936-mengembalikan-peranan-ilmu-usul-fiqh.

Al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Tahir. (1982). Al-farq baina al-firaq. Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah.

Al-Baijuri, Ibrahim bin Muhammad. (2008). Tuhfah al-murid ‘ala jauharah al-tawhid (Cet. 4). Tahkik: ‘Ali Jum‘ah Muhammad. Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1998). Sahih al-bukhari. Kaherah: Lajnah Ihya’ Kutub al-Sunnah.

Al-Damanhuri, Ahmad (2006). Risalah fi al-mantiq: idhah al-mubham fi ma‘ani al-sullam (Cet. 2). Tahkik: ‘Umar Faruq al-Tabba‘. Beirut: Maktabah al-Ma‘arif.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1997). Al-mustasfa min ‘ilm al-usul. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-Jurjani, Ali bin Muhammad. (2012). Mu‘jam al-ta‘rifat (Cet. 2). Tahkik: Muhammad Siddiq al-Minsyawi. Kaherah: Dar al-Fadhilah.

Al-Khin, Mustafa Said & Misto, Muhyiddin Dib. (t.th.). Al-‘aqidah al-islamiyyah: arkanuha, haqiqatuha, mufsidatuha. Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib.

Al-Rawi, Ahmad Mukhlis. (2013). Al-wasith fi ‘aqaid al-imam al-‘asyari. Jordan: Dar al-Nur.

Al-Zuhaily, Wahbah. (1991). Al-tafsir al-munir fi al-‘aqidah wa al-syari‘ah wa al-manhaj. Jil. 3. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Al-Zuhaily, Wahbah. (1998). Usul al-fiqh al-islamiyy (Cet. 2). Jil. 1. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Engku Ku Hassan Engku Wok Zin & Mohd Fauzi Hamat. (2009). Pengaruh umm al-barahin karangan al-sanusi dalam penulisan karya akidah di alam melayu. Jurnal Usuluddin, 30, 1-31.

Faudah, Said. (2017). Hasyiah ‘ala tahzib syarh al-kharidah al-bahiyyah li al-imam ahmad al-dardir. Jordan: Al-Aslein.

Hasliza Hassan. (2018). Ilmu tauhid, fizik perkukuh iman. Berita Harian, 12 Mac: 68.

Ibn ‘Abd al-Salam, ‘Izzuddin. (2014). Qawaid al-ahkam fi masalih al-anam Cet. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ismail bin Umar. (t.th.). Mawaqif al-marjan bi syarh mawa‘iz al-iman fi tarjamat badh manahil al-‘irfan. Narathiwat: Darul Muhajirin.

Jawhari, Muhammad Rabi‘. (2013). Ta’wil al-salaf li sifat Allah subhanahu wa taala. Al-‘Ajuzah: Maktabah al-Iman.

Masakaree Ardae. (2008). Pengaruh dan kesan penulisan al-imam al-sanusi terhadap ilmu tauhid di selatan thailand. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.

Mohd Fauzi bin Hamat. (2000). Penghasilan karya sintesis antara mantik dan usul al-fiqh: rujukan kepada kitab al-mustasfa min ‘ilm al-usul karangan al-imam al-ghazzali (M.505H./1111M.). Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam (Afkar), (1), 123-138.

Muhammad Idrus Ramli. (t.th.). Akidah ahlussunnah wal-jamaah penjelasan sifat 50. Jambi: Al-Hujjah Press.

Muhammad Rashidi Wahab & Syed Hadzrullathfi Syed Omar. (2012). Takwilan nas-nas sifat mutashabihat dalam kalangan salaf. Global Journal al-Thaqafah (GJAT) 2(2), 77-85.

Qasim, Muhammad Ahmad & Dib, Muhyiddin. (2003). ‘Ulum al-balaghah (al-badi‘ wa al-bayan wa al-ma‘ani). Tarablus: Al-Muassasah al-Hadithah li al-Kitab.

Rijalmuhibbin. (2010). Tok Ayah Dir Sekam. http://rijalmuhibbin.blogspot.my/2010/08/tok-ayah-der-sekam.html [11 September 2017].

Sano, Qoutoub Moustapha. (1997). Al-mutakallimun wa usul al-fiqh: qira’ah fi jadaliyyah al-‘alaqah baina ‘ilmay al-usul wa al-kalam. Islamiyyah al-Ma‘rifah, (9), 38-70.

Syed Salim Syed Shamsuddin. (2018). Pemantapan pelajar aliran syariah di institusi pengajian tinggi melalui pengajian kitab turath jawi: tinjauan terhadap perlaksanaan pengajian talaqqi di universiti sains islam malaysia. Sains Insani, 3(1), 27-37.

Wan Mohd Saghir Abdullah. (2009a, 22 Jun). Ilmu akidah bersumber karya ulama silam melayu. Utusan. Dimuat turun daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz3J6Zu946e

Wan Mohd Saghir Abdullah. (2009b, 29 Jun). Ilmu akidah islamiah karya ulama silam melayu. Utusan. Dimuat turun daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Published

2019-11-29
CITATION
DOI: 10.33102/jsi2019.4.2.01
Published: 2019-11-29
033 OJS add phone number field

How to Cite

Syed Shamsuddin, S. S. (2019). Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin Dan Mantik Dalam Karya Akidah Jawi Untuk Memahami Nas-nas Mutasyabihat: Tinjauan Terhadap Kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah: The Integration of Usul al-Fiqh, Usul al-Din and Mantiq in Jawi Theological Writings to Understand the Mutashabihat Texts: An Overview from the Book Risalah Manhaj Ahli Sunnah by Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah. Sains Insani, 4(2), 1-16. https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.2.01
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.