Faktor Pendorong Penglibatan Belia Melayu dalam Proses Pilihan Raya di Malaysia

Factors Driving The Involvement of Malay Youths in The Election Process in Malaysia

Authors

  • Abdul Hadi Samsi Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, 97008 Bintulu, Sarawak, Malaysia https://orcid.org/0000-0002-9123-8887
  • Mohd Izani Mohd Zain Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43000 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Nik Ahmad Sufian Burhan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43000 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no2.575

Keywords:

Penglibatan Politik, Belia Melayu, Faktor Pendorong, Proses Pilihan Raya

Abstract

Abstrak: Dalam konteks Islam penglibatan politik lebih menekankan persamaan, kebebasan dan penglibatan dalam politik. Persamaan merujuk kepada hak sama rata bagi setiap individu yang mahu melibatkan diri dalam politik. Manakala kebebasan politik merujuk kepada kebebasan untuk memilih dan mengkritik mana-mana pemimpin sekiranya tindakan yang dilakukan tidak wajar. Penglibatan pula merujuk kepada penglibatan diri dalam hal-hal berkaitan politik. Terdapat agen sosialisasi dilihat mampu meningkatkan dan menggalakkan penglibatan individu dalam proses pilihan raya. Artikel ini menfokuskan kepada belia Melayu dalam mengenal pasti sejauh mana faktor keluarga, masyarakat setempat dan media massa dapat mempengaruhi penglibatan dalam proses pilihan raya terdiri daripada mendaftar sebagai pengundi, melakukan semakan mengundi dan mengundi pada pilihan raya akan datang. Seramai 906 orang responden dikenal pasti bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat jangkaan faktor-faktor yang signifikan bagi setiap proses pilihan raya yang diketengahkan. Bagi regrasi logistik jangkaan penglibatan belia Melayu dalam proses mendaftar sebagai pengundi menunjukkan hanya faktor media massa sahaja signifikan (p=0.014**). Manakala jangkaan bagi melakukan semakan mengundi menunjukkan faktor masyarakat setempat singnifikan (p=0.039**) dan faktor media massa sangat signifikan (p=0.000***). Bagi jangkaan faktor pendorong belia Melayu dengan proses akan mengundi pada pilihan raya akan datang menunjukkan hanya faktor keluarga sahaja signifikan (p=0.049**). Secara keseluruhan artikel ini menerangkan bahawa terdapat jangkaan faktor pendorong tertentu dalam meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya. Sekiranya faktor bagi setiap proses pilihan raya ini diberikan perhatian sudah semestinya mampu meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya di Malaysia.

 

Abstract: In the context of Islam, political involvement emphasizes equality, freedom, and participation in politics. Equality refers to the equal rights for every individual who wishes to engage in politics. Political freedom, on the other hand, entails the freedom to choose and criticize any leader if their actions are deemed inappropriate. Involvement, in this context, pertains to actively participating in political matters. There are agents of socialization that are seen as capable of enhancing and encouraging individual involvement in the electoral process. This article focuses on Malay youths, aiming to identify to what extent family, local community, and mass media factors can influence involvement in the electoral process, including registering as voters, checking voting status, and casting votes in upcoming elections. A total of 906 respondents were identified to respond to the prepared survey. The study findings indicate significant expected factors for each electoral process discussed. For the logistic regression, the expected involvement of Malay youths in the process of voter registration showed that only the mass media factor is significant (p=0.014**). Meanwhile, the expected factors for checking voting status indicate both the local community factor (p=0.039**) and the mass media factor are highly significant (p=0.000***). Concerning the expected factors driving Malay youths to vote in future elections, only the family factor is significant (p=0.049**). Overall, this article elucidates that there are specific expected driving factors to enhance the involvement of Malay youths in the electoral process. Addressing these factors for each electoral process would undoubtedly elevate the political engagement of Malay youths in the election process in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad, R. M. Y. (2003). Demokrasi dan kepimpinan Islam. Siri Islam dan Masyarakat. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 967-61-1205-4.

Alex, V. W. (2013). Pentingnya pendidikan politik muda terhadap pelaksanaan partisipasi politik di Distrik Samofa Kabupaten Biak Numfor. Politico: Jurnal Ilmu Politik, 2(6), 1-16 . https://media.neliti.com/media/publications/1123-ID-entingnya-pendidikan-politik-generasi-muda-terhadap-pelaksanaan-partisipasi-poli.pdf.

Almond, G. A., & Verba, S. (1984). Budaya politik: tingkahlaku politik dan demokrasi di lima negara. P. T. Bina Aksara. Diakses dari http://ailis.lib.unair.ac.id/opac/detail-opac?id=70916

Azizan, B. (1995). Belia dan masyarakat. Institut Kajian Dasar. ISBN: 983884036X.

Chen, G. M. (2012). The impact of new media on intercultural communication in global context. China Media Research, 8(2), 1-10.

Cross, W., & Young, L. (2008). Factors influencing the decision of the young politically engaged to join a political party. Journal Party Politics, 14(3), 345-369. https://doi.org/10.1177/1354068807088126

Fatimah, A., & Ali, S. (2015). Partisipasi politik belia secara 'online' melalui ruang demokrasi maklumat media baru. Jurnal Komunikasi Malaysian, 31(2), 47-66. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2015-3101-05

Iim, S. (2013). Peran keluarga sebagai agen sosialisasi politik terhadap orientasi politik pemilih pemula dalam pemilihan Gabernur Jawa Barat di Kabupaten Indramayu [Tesis magister tidak diterbitkan, Universitas Negeri Semarang].

Nancy, L. L., Karen, C. B., & Goerge, A. M. (2008). SPSS for intermediate statistics use and interpretation (edisi ke-3). Lawrence Erlbaum Associates.

Neena, S. (1985). Political sosialization and its impact on attitudinal change towards social and political system: a case study of harijan women of Delhi. M. C. Mittal.

Shukeri, M., Mohamad, A., & Syed, A. (2011). Analisis pengaruh politik Islam di negeri Kelantan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia. Tajdid Islah. World Congress for Islamic History and Civilization. Academy of Islamic Study, University of Malaya.

Sohana, A., H. (2016). Pengaruh media massa terhadap perubahan sosial masyarakat. Journal of Social Sciences and Humanities. Special Issue 1, 214-226, ISSN: 1823-884X. Corpus ID: 148729346

Yeo Wee Teck. (2010). Probability proportional to size (PPS) cluster sampling: application in the military setting. Diakses dari http://www.internationalmta.org.

Published

2023-11-30
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol8no2.575
Published: 2023-11-30
033 OJS add phone number field

How to Cite

Samsi, A. H., Mohd Zain, M. I. ., & Burhan, N. A. S. . (2023). Faktor Pendorong Penglibatan Belia Melayu dalam Proses Pilihan Raya di Malaysia: Factors Driving The Involvement of Malay Youths in The Election Process in Malaysia. Sains Insani, 8(2), 304-309. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no2.575
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)