Pengetahuan dengan Kesediaan Pelajar Program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia

Knowledge with Education Students’ Readiness On Entrepreneurship Courses at Universiti Utara Malaysia

Authors

  • Norazlinda Saad Pensyarah
  • Surendran Sankaran Pensyarah

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.237

Keywords:

Kesediaan Pelajar, Keusahawanan, Pengetahuan, Sarjana Muda Pendidikan, Universiti

Abstract

Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu IPT (EIE) merupakan satu naratif baharu kepada program pembangunan keusahawanan di IPT. Kerangka strategi yang dibangunkan memberi fokus kepada pembentukan ekosistem keusahawanan yang bersinergi antara keusahawanan, akademik, industri, kerajaan dan komuniti dalam landskap sistem pendidikan tinggi negara. Justeru, amat penting kepada para pelajar di IPT didedahkan kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai tambah dalam bidang keusahawanan dan anjakan minda daripada job seeker kepada job creator. Dengan itu, institusi pendidikan sebagai pusat pembangunan keusahawanan perlu memainkan peranan yang besar dalam memupuk persekitaran keusahawanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Pengetahuan Keusahawanan dengan Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk korelasi. Populasi kajian ini adalah 148 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Utara Malaysia. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih sampel kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari kajian-kajian lepas. Instrumen Pengetahuan Keusahawanan mempunyai nilai pekali Cronbach alpha 0.89 dan instrumen Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan mempunyai nilai pekali Cronbach alpha 0.91. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t sampel bebas dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan Kesediaan Pelajar Program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Keusahawanan dengan Kesediaan Pelajar program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pihak universiti perlu mengadakan pelbagai aktiviti keusahawanan supaya dapat meningkatkan Kesediaan Pelajar terhadap Kursus Keusahawanan.

 

The Higher Education Institution (HEI) Entrepreneurship Action Plan 2021-2025 will focus on forming a synergistic and holistic entrepreneurial ecosystem, create high impact entrepreneurship involving various strategic parties and emphasize on innovation and technology-based entrepreneurship. Therefore, it is very important to ensure that students can be exposed to knowledge, skills and added value in the field of entrepreneurship and shift of mind from job seeker to job creator. Educational institutions as centers of entrepreneurial development need to play a major role in fostering an entrepreneurial environment. This study aims to identify the relationship between Entrepreneurial Knowledge and Education Student Readiness towards Entrepreneurship Courses. The quantitative research approach in this study is using correlational study. The population of this study is 148 Bachelor of Education students at Universiti Utara Malaysia. Purposive Sampling technique is used to select sample of the study. This study uses a questionnaire adapted from previous studies. The Entrepreneurship Knowledge Instrument has a Cronbach alpha coefficient value of 0.89 and the Education Student Readiness towards Entrepreneurship Courses has a Cronbach alpha coefficient value of 0.91. The data collected were analyzed using descriptive statistics, independent sample t-tests and correlations. The findings of the study show that there is a significant difference in Education Student Readiness towards Entrepreneurship Courses between male and female students. The findings of the study also show that there is a significant relationship between Entrepreneurial Knowledge and Education Student Readiness towards Entrepreneurship Courses. The findings of this study explain that the university needs to hold various entrepreneurship activities to increase the Student Readiness towards Entrepreneurship Courses.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Firdaus, A.H., Mohd. Khatta, J., & Dayana Farzeha, A. (2014). Mengenalpasti Kesan Pendidikan Keusahawanan pada Pelajar Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia.

Armanurah, M. (2014). Penilaian pelaksanaan program siswaniaga Universiti Utara Malaysia. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Azmi, A. M., Nik Hairi, O., & Lee, K. Y. (2012). Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan. E-Bangi Journal of Human Sciences and Humanities,7(1), 34–45.

Farhana, M. R. (2013). Pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan bakal graduan di UTHM. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.

Faridah, H. (2001). Pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah: Kajian kes peserta program usahawan muda (PUM). Tesis Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fayolle A. E. et al. (2006). International entrepreneurship education: Issues and newness. Nothtampton. Edward Elgar Publishing.

Global Entrepreneurship Monitor (GEM). (2013). Global entrepreneurship monitor 2013 Global Report. https://www.gemconsortium.org/report/gem-2013-global-report

Hall, R. J. (2004). Correlation Coefficient Estimator. http://bobhall.tamu.edu/ Correlation/.

Harris, M. L., Gibson, S. G., & Taylor, S. R. (2007). Examining the impact of small businessinstitute participation on entrepreneurial attitudes. Journal of Small Business Strategy, 18 (2), 57-75.

Iklima Husna, A. R., Marry, T. P., Ahmad Shakani, A., &, Sharon, T. P. S. (2020). Persepsi pelajar terhadap pendidikan keusahawanan: kajian terhadap pelajar program keusahawanan.

KPT. (2016). Pelan tindakan keusahawanan institusi pengajian tinggi:2016-2020.: Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Mohammad Rezal, H., Narimah, I., Norshahrizan, N., & Ku Amir, K.D. (2009). Tahap pengetahuan dan minat pelajar Universiti Malaysia Perlis terhadap bidang keusahawanan: satu tinjauan ke arah pembentukan teknousahawan. https://www.researchgate.net/publication/287277641_Tahap_Pengetahuan_dan_Minat_Pelajar_Universiti_Malaysia_Perlis_Terhadap_Bidang_Keusahawanan_Satu_Tinjauan_ke_Arah_Pembentukan_Teknousahawan

Mohd Noor, S., Jamal, A., & Badrudin, A.R. (2006). Pembangunan usahawan di sektor perikanan. Laporan Akhir Projek Penyelidikan. Universiti Utara Malaysia, Kedah.

MPC. (2015). A study on entrepreneurship education in higher learning institutions, Malaysia. Malaysia Productivity Corporation, Kuala Lumpur.

Norasmah, O., Nor Hafiza, O., Poo, B. T., & Rahmah, I. (2012). Impak globalisasi dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti. Prosiding Perkem VII, 1, 435-445.

Norashidah, H., Norasmah, O., & Noraishah, B. (2009). Konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1), 187-203.

Norazlina, Y. (2011). Tahap pengetahuan terhadap pendidikan keusahawanan dalam kalangan usahawan di pertubuhan peladang kawasan Johor Bahru Timur. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Nor Aishah, B.(2006). Asas keusahawanan. Shah alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Peng, Z. , Lu, G. & Kang, H. (2012). Entrepreneurial Intentions and Its Influencing Factors: A Survey of the University Students in Xi’an China. Creative Education, 3, 95-100. doi: 10.4236/ce.2012.38B021.

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations. (5th Ed.). New York: The Free Press.

Wiersma, W. (2000). Research methods in education: an introduction (7th Ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Zaidatol Akmaliah, Abd. Rahim, & Mohd. Majid. (2002). Pelaksanaan pendidikan keusahawanan di Malaysia: Kesan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar. Pertanika Jurnal Social Science & Hum, 10(1), 53-61.

Published

2021-06-01
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol6no1.237
Published: 2021-06-01
033 OJS add phone number field

How to Cite

Saad, N. ., & Sankaran, S. (2021). Pengetahuan dengan Kesediaan Pelajar Program Pendidikan terhadap Kursus Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia: Knowledge with Education Students’ Readiness On Entrepreneurship Courses at Universiti Utara Malaysia . Sains Insani, 6(1), 45-51. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.237
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange