Pengajaran dan Pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Faktor pengaruh persekitaran keatas sikap dan motivasi pelajar bukan Islam
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.13Abstract
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) menjadi subjek wajib diduduki oleh semua pelajar diInstitut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bersama-sama dengan dua kursus yang lain iaitu Pengajian Malaysia dan juga Hubungan Etnik. Diuniversiti awam, subjek TITAS ini wajib diambil oleh semua pelajar Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Diajar sepenuhnya menggunakan Bahasa Malayu, namun begitu beberapa pihak berkepentingan menyuarakan kebimbangan mereka yang mengatakan bahawa subjek TITAS ini tidak wajar dijadikan sebagai mata-pelajaran wajib diduduki oleh pelajar bukan Islam dan boleh mendatangkan masalah khususnya kepada mereka yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan diMalaysia. Ini adalah kerana bahasa pengantara dikebanyakkan sekolah diMalaysia adalah bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu dikalangan pelajar. Antaranya adalah faktor persekitaran, faktor psikologi dan faktor kaedah pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, kajian ini akan dijalankan dengan mengambilkira latar-belakang pendidikan pelajar bukan Islam yang terdiri daripada sekolah kebangsaan ataupun sekolah vernakular. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana lingkungan keluarga individu mampu mempengaruhi corak kehidupan seseorang pelajar. Kajian ini adalah penting khususnya kepada tenaga pengajar, khasnya pensyarah-pensyarah berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menduduki subjek TITAS dengan menggunapakai bahasa kedua iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara.
Kata kunci: Temadun Islam dan Temadun Asia (TITAS), pelajar bukan Islam, sifat, motivasi, faktor persekitaran
Downloads
References
Abdul Rashid Abdul Halim. 2015. Pengajaran dan pembelajaran kursus tamadun Silam: Satu tinjauan terhadap persepsi pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan teknologi di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute. ICASIC2015, 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, ISBN 978-967-0792-02-6.
Azizi dan Jaafar Sidek. 2006. Siri kaunseling: Membentuk identiti remaja. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd
Budiawan. 2008. Pengaruh sikap bahasa dan motivasi belajar bahasa terhadap prestasi pada matapelajaran bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Tesis Sarjana, Universitas Indonesia Depok
Christina Gafu & Mihaela Trifan, 2015. The Importance of a Multicultural Approach in Teaching Romanian Culture and Civilization to Foreign Students. Procedia - Social and Behavioral Sciences 203 ( 2015 ) 217 – 223. International Conference Education and Psychology Challenges – Teachers for the Knowledge Society – 3rd Edition, EPC-TKS
Mohd. Azhari Abu Bakar, Siti Norazilah Mohd Said, Surena Sabil, Nor Hasniah Ibrahim, Aina Razlin Mohd Roose, Edis Aden, Ida Juliana Hutasuhut dan Zulmahari Hj Marawi, 2012. Pemantapan pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Kajian tinjauan persepsi pelajar. RECCNI2012, 19-21 June 2012, Kuala Lumpur
Muhammad Sabri Sahrir & Nor Aziah Alias. 2011. A Study on Malaysian Language Learners Perception Towards Learning Arabic Via Online Games. Gema Online - Journal of Language Studies. Vol 11 (3), 129-145
Nasir, Z. M. dan Hamzah, Z.A.Z. 2014. Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. ICLALIS 2013. Social and Behavioral Sciences. 134, 408-415
Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya. 2012. Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling. Vol. 5, 30-57
Siti Sukainah Che Mat & Melor Md. Yunus. 2014. Attitudes and Motivation Towards Learning English Among FELDA School Students. Australian Journal of Basic and Applied Sciences. Vol 8 (5). 1-8
Zamri Ariffin, Ezad Azraai Jamsari, Khaulah Riddzwan, Muhamad Ridzuan Abdul Latif & Zulazhan Ab Halim. 2014. Attitudes of Distance Learning Students at UKM’s Faculty of Islamic Studies Towards Learning Arabic Language Skill Courses. Turkish Online Journal of Distance Education. Vol 15 (1). 174-188
Published
How to Cite
Issue
Section
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.