Kaedah Ulama Ahl al-Sunnah memahami Ayat-ayat Mutashābihāt dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah: Suatu Analisis Perbandingan

Methodologies of The Ahl Sunnah's Scholars in Understand Mutashabihat Verses According to Risalah Manhaj Ahl Sunnah: An Analysis

Authors

  • Nor Zuhairah Zulkiflee Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Wan Mohd Fazrul Wan Razali Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no1.148

Keywords:

Muḥkamāt, mutashābihāt, Salaf, Khalaf, kitab Jawi;

Abstract

Makalah ini membicarakan mengenai Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, sebuah kitab akidah tulisan Abdul Qadir bin Hj. Wangah. Beliau adalah ulama dari Fatani dan lebih dikenali sebagai Baba Dir atau Ayah Dir Sekam dalam kalangan penuntut ilmu dan anak-anak murid beliau. Dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, Baba Dir mengetengahkan pegangan ulama salaf dan khalaf apabila berdiskusi dan memahami ayat-ayat mutashābihāt terutamanya yang berkaitan dengan zat dan sifat Allah. Beliau membangkitkan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai pentafsiran ayat-ayat mutashābihāt dalam risalah beliau ini. Oleh itu, makalah ini membincangkan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama pada zaman Nabi Muhammad SAW dan selepasnya dalam mentafsir dan memahami ayat mutashābihāt. Selepas Islam mula berkembang di serata dunia, percampuran budaya mula berlaku dan ramai manusia yang bukan Arab mula memeluk Islam. Disebabkan itu, munculnya fahaman-fahaman, pentafsiran yang meragukan dan bertentangan dengan sifat Allah yang suci, yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk. Kelompok yang ekstrem seperti mujassimah, mushabbihah dan mucaṭṭilah mempunyai fahaman yang jauh tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Oleh itu, masyarakat awam memerlukan bimbingan dan pentafsiran daripada ulama Ahl al-Sunnah untuk menangkis tafsiran mereka yang salah ini. Sekali gus, ini dilakukan untuk membetulkan fahaman masyarakat awam tentang ayat yang selalu dikelirukan maknanya ini. Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif, yang secara spesifiknya menggunakan kaedah analisis kandungan, ke atas kitab Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati ulama Ahl al-Sunnah wa Jama’ah menggunakan kaedah ta’wīl dan tafwīḍ sebagai cara untuk memahami ayat-ayat mutashābihāt. Kaedah ulama Salaf dan Khalaf ini adalah kaedah yang sederhana berbanding pelbagai kaedah yang wujud dalam membincangkan ayat-ayat sifat yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.

 

This article is about Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, a theology book written by Abdul Qadir bin Hj.  Wangah, a Fathani’s scholar.  He was well known as Baba Dir or Ayah Dir Sekam among his students. In this book, Baba Dir highlights the manner of the Salaf and Khalaf scholars in discussing and understanding the verses of mutashābihāt especially those related to the Essence and Attributes of Allah SWT. He brought up few confusions that arose among the society regarding the interpretation of mutashābihāt verses. This article discussing on methodologies that were used by Salaf and Khalaf in interpret and understand the verses. These issues arose because of the expanding Islam around the globe and many non-Arabs tribes embrace Islam. Consequently, arose many misinterpretations and extremes schools which compares Allah with His creations. Even there are extreme in handling mutashābihāt verses like mujassimah, mushabbihah dan mucaṭṭilah. Therefore, guidance and right ways are needed from scholars Ahl al-Sunnah to understand these ambiguous verses rightly. Through qualitative content analysis on Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, this article found that most of the Ahl al-Sunnah scholars are using ta’wīl and tafwīḍ methodologies in handling mutashābihāt verses. Their methods are intermediate and acceptable compared to the other methods in interpret obscure verses in the Qur`ān and al-Sunnah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Qur’ān. Tafsir Ibn Kathir.

Muslim. (n.d). Sahih Muslim. Juz` 6. https://sunnah.com/muslim:758a.

Abdul Qadīr Bin Wan Ngah. (t.th). Risālah Manhaj Ahl al-Sunnah. Fatani: Saudara Press.

Abdullah bin Hamid Ali. (2011). What Ibn Khaldun Says About The Mutashabihat?. LAMPPOST: Education Initiative. https://www.lamppostproductions.com/what-ibn-khaldun-says-about-the-mutashabihat/.

Ahmad Fathy al-Fatani. (2002). Ulama Besar Dari Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Fathy al-Fathoni. (25 Januari 2012). Sheikh Abd Qadir Hj Wangah (Baba Dir Sekam) Tokoh Ulama Usuluddin Dari Fathoni. Ibadurrahman https://ibadurrahman99.wordpress.com/2012/01/25/sheikh-abd-al-qadir-hj-wangah-ayah-dir-sekam-tokoh-ulama-usuluddin-dari-fathoni/. 14 0ktober 2017.

Al-Baghdadi, Abu Manshur Abdul Qahir bin Thahir. (t.th). Al-Farq baina al-Firaq. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Baba Ismail Sepanjang. (12 Disember 2017). Daurah Kitab Mawaqifil Marjan: Ayat Muhkamat & Mutashabihat. (Video). Kuala Terengganu: Youtube.

Muhammad Idrus Ramli. (2009). Madzhab al-Asy’ari: Benarkah Ahlussunnah Wal Jama’ah? Jawapan Terhadap Aliran Salafi. Surabaya: Khalista.

Muhammad Murtadha al-Zabidi. (t.th). Ithaf al-Sadat al-Mutttaqin. Bil. 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Muhammad Razif Mohammad Fuad. (2018). Al-Afkar 11: Implikasi Ucapan “Kalau Saya Tuhan. Saya Tak Jadikan Kamu. Dah Lama Saya Hapuskan”. Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2361-al-afkar-11-implikasi-ucapan-kalau-saya-tuhan-saya-tak-jadikan-kamu-dah-lama-saya-hapuskan. 21 Ogos 2019.

Mustafa bin Abdullah & Ahmad Nazri bin Zainol. 01 Disember (2011). Ayat Sifat Menurut Tafsiran Fakhr Al-Dīn Al-Rāzī Dalam Karyanya Tafsīr al-Kabīr. QURANICA: International Journal of Quranic Research. Bil. 1. http://mjs.um.edu.my/index.php/quranica/issue/view/793.

Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali et al. (2012). Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah di Malaysia: Cabaran dan Isu Kontemporari. Negeri Sembilan: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Syed Salim bin Syed Shamsuddin, Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali, Mohammad Aizuddin Bin Abdul Aziz & Mohd Faisal Bin Mohamed. (2019). Metodologi Penulisan Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Abdul Qadir Bin Wangah (Ayah Dir Sekam): Analisis Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin dan Mantik. Jurnal Sains Insani. Vol. 4. (2).

Yusuf al-Qaradhawi. (2014). Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf. Terj. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Published

2022-05-31
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol7no1.148
Published: 2022-05-31
033 OJS add phone number field

How to Cite

Zulkiflee, N. Z., & Wan Razali, W. M. F. . (2022). Kaedah Ulama Ahl al-Sunnah memahami Ayat-ayat Mutashābihāt dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah: Suatu Analisis Perbandingan: Methodologies of The Ahl Sunnah’s Scholars in Understand Mutashabihat Verses According to Risalah Manhaj Ahl Sunnah: An Analysis . Sains Insani, 7(1), 82-90. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no1.148
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.