Kearifan Tempatan dan Islam dalam Masyarakat Pesisir Pahang: Satu Sintesis ‘Urf dan Tamadun Maritim

Local Wisdom and Islam in the Coastal Community of Pahang: A Synthesis of ‘Urf and Maritime Civilization

Authors

  • Azman Yusof Universiti Kuala Lumpur MICET https://orcid.org/0000-0002-7536-5798
  • Ahmad Farid Abd Jalal Perbadanan Muzium Negeri Pahang
  • Ahnaf Wafi Alias Perbadanan Muzium Negeri Pahang
  • Rahimin Affandi Abd Rahim

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.876

Keywords:

Kearifan tempatan, tamadun maritim, ‘urf, masyarakat pesisir, Hukum Kanun Pahang, pascakolonial

Abstract

Artikel ini meneliti kearifan tempatan masyarakat pesisir Pahang sebagai epistemologi amali yang terbentuk dalam konteks tamadun maritim dan diserasikan secara normatif melalui Islam. Berbeza daripada pendekatan terdahulu yang cenderung mengagungkan adat secara berlebihan atau menafikannya secara total atas alasan agama, kajian ini membangunkan kerangka sintesis yang menghubungkan kearifan tempatan, konsep ‘urf dan realiti maritim secara sistematik. Menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis literatur terpilih dan analisis konseptual, dapatan kajian dihuraikan melalui tiga kluster fungsional utama, iaitu ekologi, sosioekonomi, dan religiobudaya. Analisis menunjukkan bahawa pengetahuan ekologi pesisir, etika muamalat, dan amalan budaya masyarakat Pahang bukan sekadar adat budaya, malah membentuk sistem pengetahuan praktikal yang berfungsi untuk mengurus risiko alam, kestabilan ekonomi, serta tertib sosial dalam persekitaran maritim. Melalui mekanisme ‘urf, Islam berperanan menilai, menapis dan mengabsahkan kearifan tempatan tersebut, seterusnya menterjemahkannya ke dalam orientasi nilai dan institusi sosial seperti Hukum Kanun Pahang. Artikel ini menghujahkan bahawa Islam dalam masyarakat pesisir Pahang berfungsi sebagai epistemic regulator, iaitu sistem yang mengawal pembentukan pengetahuan, penilaian nilai dan penginstitusian adat secara berperingkat. Dari sudut teori dan pascakolonial, kajian ini mencabar naratif kolonial yang meminggirkan masyarakat pesisir sebagai pinggiran (periphery) epistemik, serta menampilkan masyarakat Pahang sebagai agen epistemik yang aktif dalam pembentukan tamadun maritim Melayu-Islam. Seterusnya, kajian ini mencadangkan agar penyelidikan lapangan dijalankan bagi mendokumentasikan amalan kontemporari yang masih menerapkan sintesis ini, khususnya dalam mendepani isu kelestarian maritim semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Talib Ahmad. (2016). Pahang state history: A review of the published literature and existing gaps. KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 23(1), 35–64.

Berkes, F. (2012). Sacred ecology (3rd ed.). Routledge.

Kamali, M. H. (2003). Principles of Islamic jurisprudence. Islamic Texts Society.

Linehan, W. (1936). A history of Pahang. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS), 14(2), 1–256.

Reid, A. (1993). Southeast Asia in the age of commerce, 1450–1680: Volume 1: The lands below the winds. Yale University Press.

Rosele, M. I., Abdul Rahim, R. A., & Ramli, M. A. (2017). Islamisasi awal di Pahang: Satu tinjauan teori. Jurnal Kemanusiaan, 13(1), 1–11.

Rosele, M. I., & Ali, A. K. (2019). Konsep kearifan tempatan menurut perspektif hukum Islam. Jurnal Fiqh, 16(1), 1–24.

Sazali, A. (2025). The manuscript of Hukum Kanun Pahang: Insights on trade laws and economic regulations in 17th-century [Unpublished manuscript]. Perbadanan Muzium Negeri Pahang.

Yaapar, M. S. (2019). Malay navigation and maritime trade [Unpublished manuscript].

Yusof @ Salleh, M. Y., & Ramli, M. A. (2020). Pentakrifan dan pemaknaan kearifan tempatan dalam konteks masyarakat Melayu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 5(29), 1–12.

Yusof, M. Y. R., & Ramli, M. A. (2020). Pentakrifan kearifan tempatan: Suatu sorotan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 5(29), 1–12.

Downloads

Published

2026-05-31

How to Cite

Yusof, A., Abd Jalal, A. F., Alias, A. W., & Abd Rahim, R. A. (2026). Kearifan Tempatan dan Islam dalam Masyarakat Pesisir Pahang: Satu Sintesis ‘Urf dan Tamadun Maritim: Local Wisdom and Islam in the Coastal Community of Pahang: A Synthesis of ‘Urf and Maritime Civilization. Sains Insani, 11(1). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.876

Issue

Section

History & Civilizations

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.