Ashabul Kahfi Dan Realiti Belia Muslim Di Malaysia
Ashab al-Kahfi and the Reality of Muslim Youth in Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.868Keywords:
Ashabul Kahfi, belia, Muslim, dakwah, majmukAbstract
Belia merupakan aset yang amat bernilai kepada sesebuah negara kerana mereka menjadi pelapis kepimpinan dan penentu hala tuju masa hadapan. Dalam konteks Malaysia, belia Muslim dilihat memainkan peranan yang lebih menonjol sebagai tonggak utama dalam memastikan kelestarian umat Islam dari sudut akidah, akhlak dan kefahaman beragama. Namun begitu, realiti semasa menunjukkan sebahagian belia Muslim berdepan dengan krisis identiti, kekeliruan nilai serta kelemahan dalam menyusun keutamaan hidup (fiqh al-awlawiyyat). Keadaan ini diburukkan lagi dengan usaha dakwah yang terhad dan kurang berkesan dalam mendekati keperluan serta cabaran sebenar golongan belia. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi membandingkan ketauladanan pemuda Ashabul Kahfi yang dirakamkan dalam al-Qur’an dengan realiti pembentukan jati diri belia Muslim di Malaysia masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dengan menganalisis sumber-sumber tafsir, hadis, serta kajian kontemporari berkaitan belia dan dakwah Islam. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif bagi menilai persamaan dan perbezaan dari sudut akidah, keberanian moral, serta komitmen terhadap nilai kebenaran. Dapatan kajian menunjukkan wujud jurang yang ketara antara kredibiliti Ashabul Kahfi sebagai model belia beriman dengan realiti pembawakan diri sebahagian belia Muslim hari ini. Oleh itu, pembangunan identiti generasi muda Islam yang berteraskan nilai-nilai Ashabul Kahfi dilihat amat realistik dan relevan, sama ada dalam memperkukuh jati diri Muslim mahupun sebagai asas dakwah berkesan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Downloads
References
Al-Quranul Karim. (2022). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran (A. M. Basmeih, Penterj.; M. N. Ibrahim, Ed.). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abd Karim, K. S. (2024). Pemikiran dan perjuangan Ebit Irawan bin Ibrahim Lew dalam dakwah saudara baru dan golongan asnaf di Malaysia (Tesis sarjana). Universiti Sains Malaysia. https://erepo.usm.my/handle/123456789/21361
Abd Rahman, S. (2015). Pengaruh media terhadap pemikiran dan jiwa umat Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. https://www.yadim.com.my/v2/pengaruh-media-terhadap-pemikiran-dan-jiwa-umat-islam/.
Abdul Kadir, N. A., Zur Raffar, I. N. A., Suyurno, S. S., & Mohd Nor, A. R. (2025). Jati diri belia Muslim Malaysia dalam arus globalisasi: Cabaran dan penyelesaian. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 10(74), 359-371.
Ahmad Nadzim, N. (2022). Pengaruh qudwah hasanah ibu bapa terhadap akhlak remaja sekolah menengah di Kedah (Tesis doktor falsafah). Universiti Sains Malaysia. https://erepo.usm.my/handle/123456789/18552
Ashaari, M. F., Abdul Ghani, M. Z., Don, A. G., & Aini, Z. (2018). Wasatiyyah ialah keseimbangan dalam beragama bukan kesederhanaan. Dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Pengurusan dan Kepimpinan Islam: Isu dan Cabaran (hlm. 85-101). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Che Wan Ibrahim, C. W. I. R. (2023, Julai 28). Cabaran misi pembelajaran sepanjang hayat. Dewan Masyarakat. https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/07/28/15377/
Hamka. (1983). Tafsir al-Azhar (Juzuk 13–17). Pustaka Panjimas.
Hasan, H.M. (2013). Metodologi dan pengembangan ilmu dakwah. Pena Salsabila.
Hindman, A. H., & Morrison, F. J. (2012). Differential contributions of three parenting dimensions to preschool literacy and social skills in a middle-income sample. Merrill-Palmer Quarterly, 58(2), 191-223.
Ismail, A.M. (2014). Dakwah suatu tuntutan dalam Islam. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Johori, M. R., et al. (2015). Syarat penerbitan TV patuh syariah: Suatu refleksi. Dalam Prosiding 1st National Conference on Communication Research & Exhibition (4 Mac 2015). International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Katsir, I. (2003). Tafsir Ibnu Katsir (Jil. 2, Cet. ke-2). Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
Katsir, I. (2003). Tafsir Ibnu Kathir (Jil. 5, Cet. ke-2). Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
Lidwa Pustaka. (2023). Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam (versi atas talian). http://app.lidwa.com/.
Mohd Shaffie. (1991). Metodologi penyelidikan (Edisi ke-2). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mokhzan, N. S., Yahya, S., & Ponnusam, V. (2025). Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’22). Jurnal Perspektif, 17(1), 99-118.
Nik Abdullah, N. S., Maamor, S., & Abd Wahab, N. (2015). Pembangunan belia dari perspektif pengurusan Islam. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(2), 61-76.
Roslan, S. (2024). Isu dan cabaran dunia pendidikan di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Reis, J., Barbera-Stein, L., & Bennett, S. (1986). Ecological determinants of parenting. Journal of Family Issues, 7(4), 347-369.
Schatzman, L., & Strauss, A. L. (1973). Field research: Strategies for a natural sociology. Prentice-Hall.
Thomas, D. R. (2006). A general inductive approach for analyzing qualitative evaluation data. American Journal of Evaluation, 27(2), 237–246.
Yin, R.K. (2016). Qualitative research from start to finish (2nd ed.). The Guilford Press.
Zulkepli, M. K. A., & Abd Hamid, M. Z. (2022). Elemen fizikal dan spiritual kisah Ashabul Kahfi: Analisis figura retorika. Voice of Academia, 18(2), 164-177.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Muhammad Azizan Sabjan, Kartina Sari Abd Karim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.













