Hallyu dan Belia Muslim: Pengaruh Budaya Popular Korea dalam Kalangan Mahasiswa Islam di Malaysia

Hallyu and Muslim Youth: The Influence of Korean Popular Culture among Islamic University Students in Malaysia

Authors

  • Nur Jannah Bukhari UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • Siti Nor Azhani Mohd Tohar
  • Siti Nor Baya Mat Yacob

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.855

Keywords:

Hallyu, belia, muslim, pengaruh, persepsi

Abstract

Gelombang Korea atau Hallyu telah muncul sebagai fenomena budaya global yang memberi pengaruh signifikan terhadap gaya hidup, minat dan persepsi belia, termasuk dalam kalangan belia Muslim di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi pelajar universiti Islam terhadap industri hiburan Korea (muzik, filem dan drama), budaya Korea yang melibatkan makanan dan produk kosmetik, serta menilai tahap kesan Hallyu terhadap gaya hidup, minat dan pemikiran mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan soal selidik berstruktur yang melibatkan 294 orang pelajar universiti Islam di Nilai, Negeri Sembilan. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29.0 dengan analisis deskriptif bagi menilai min dan sisihan piawai setiap konstruk kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi sederhana terhadap industri hiburan Korea, dengan filem Korea menerima penilaian paling positif berbanding muzik K-pop dan penglibatan aktif di media sosial. Dari aspek budaya, makanan Korea menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi, manakala pengaruh hiburan Korea terhadap pembelian produk kosmetik didapati rendah. Selain itu, kesan Hallyu terhadap gaya hidup dan interaksi sosial pelajar adalah minimum, walaupun terdapat kecenderungan sederhana terhadap minat mempelajari bahasa Korea dan keinginan melancong ke Korea. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa penerimaan budaya Korea dalam kalangan pelajar universiti Islam di Malaysia bersifat selektif dan berlapis, serta ditapis melalui kerangka nilai Islam. Fenomena Hallyu lebih berfungsi sebagai medium pendedahan budaya dan hiburan, tanpa membawa kepada perubahan gaya hidup secara menyeluruh atau krisis identiti dalam kalangan pelajar Muslim.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Kim, K. H., Rou, S. Y., Mujani, W. K., & Ariffin, M. F. B. M. (2023). Impacts of the Korean wave and the conundrum of Malaysian young female Muslims. Asian Women, 39(3), 91-113. https://doi.org/10.14431/aw.2023.9.39.3.91.

Pedroso, J. E. P., & Nifras, J. (2023). Perception and impact of Korean wave among students in a local university in the Philippines. International Journal of Research Publication and Reviews, 4(7), 2312-2316.

Rosidi, I. (2022). Symbolic distancing: Indonesian Muslim youth engaging with Korean television dramas. Plaridel, 19(1), 183-201.

Syed, M. A. M., & Kwon, S. H. (2019). Hallyu and strategic interpretation of Malaysian modernity among young Malay women. Asian Women, 35(3), 1-24. https://doi.org/10.14431/aw.2019.09.35.3.1.

Kim, J., & Lee, J. (2012). The Korean Wave: A Decade of Ups and Downs. In Springer eBooks (pp. 238–243). https://doi.org/10.1007/978-3-642-35521-9_35

Bae, E. S., Chang, M., Park, E. S., & Kim, D. C. (2017). The effect of Hallyu on tourism in Korea. Journal of Open Innovation: Technology, Market, and Complexity, 3(4), 22. doi: 10.1186/s40852-017-0075-y

Jang, G., & Paik, W. Y. (2012). Korean Wave as Tool for Korea’s New Cultural Diplomacy. Advances in Applied Sociology, 2(3), 196–202.

Ryoo, W. (2009). Globalization, or the Logic of Cultural Hybridization: The Case of the Korean Wave.Asian Journal of Communication, 19(2), 137–151.

Lee, S., Lee, K., Kwak, G., & Kim, H. (2017). The Effect of the Korean Wave on Malaysian University Students’ Perception. Culinary Science & Hospitality Research, 23(1), 79–83.

Syaiful Anwar, Nur Sa’adah & Mohd Nor (2020). The genesis of the phenomenon of Korean wave (Hallyu) and its influence on youths in Malaysia: An Islamic perspective. Al-Itqan: Journal of Islamic Sciences and Comparative Studies, Special Issue(2), 109–122.

Downloads

Published

2026-05-31

How to Cite

Bukhari, N. J., Mohd Tohar, S. N. A., & Mat Yacob, S. N. B. (2026). Hallyu dan Belia Muslim: Pengaruh Budaya Popular Korea dalam Kalangan Mahasiswa Islam di Malaysia: Hallyu and Muslim Youth: The Influence of Korean Popular Culture among Islamic University Students in Malaysia. Sains Insani, 11(1), 43–51. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.855

Issue

Section

Sociology & Cultural Studies

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.