Perubahan dan Sinkretisme dalam Amalan Sogit Tanah Masyarakat Dusun Islam Ranau Sabah: Perspektif Islam
The Changes and Syncretism in The Practice of Sogit Land in Dusun Society in Sabah: An Islamic Perspective
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no2.405Keywords:
amalan sogit, sinkretisme, etnik dusun, perpsektif hukum islam, daerah ranauAbstract
Abstrak: Masyarakat Dusun merupakan kaum peribumi yang majoriti di negeri Sabah. Kepercayaan asal masyarakat ini adalah pagan yang dipengaruhi oleh unsur-unsur animisme. Namun, sejak kedatangan agama Islam di negeri Sabah bermula sekitar abad ke-15 Masihi, secara perlahan-lahan, sedikit sebanyak masyarakat Dusun mula beralih kepada agama Islam. Di Sabah, penempatan utama masyarakat Dusun adalah di daerah Ranau. Daerah Ranau terbahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga DUN tersebut, penempatan masyarakat Dusun yang beragama Islam adalah tertumpu di DUN Kundasang. Kebudayaan masyarakat Dusun Islam pula, dihiasi dengan pelbagai ciri khazanah warisan silam daripada datuk nenek moyang mereka sama ada dalam budaya yang berbentuk material mahupun bukan material. Dengan itu, kajian memfokuskan dua objektif utama, pertama, menjelaskan perubahan yang berlaku dalam amalan sogit tanah (budaya bukan material) sebelum dan selepas masyarakat Dusun telah memeluk agama Islam. Kedua, membincangkan unsur-unsur sinkretisme yang wujud dalam amalan sogit tanah di antara ajaran pra-Islam dengan Islam, di samping membuat penilaian daripada perspektif hukum Islam. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan kaedah observasi, temubual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa amalan sogit tanah yang diamalkan oleh masyarakat Dusun Islam di daerah Ranau telah banyak berlaku perubahan sebelum dan selepas kedatangan agama Islam. Rentetan itu, wujud unsur sinkretisme antara ajaran Islam dan pra-Islam yang tidak boleh diamalkan.
Abstract: The Dusun community is the majority indigenous people in Sabah. The original beliefs of this society were pagan, influenced by elements of animism. However, since the advent of Islam in the state of Sabah began around the 15th century AD, some of the Dusun community slowly began to convert to Islam. In Sabah, the main settlement of the Dusun community is in the Ranau district. Ranau District is divided into three State Legislative Assemblies (DUN), namely DUN Kundasang, DUN Karanaan, and DUN Paginatan. Based on the three DUNs, the settlement of the Muslim Dusun community is concentrated in the Kundasang DUN. The culture of the Dusun Islam community, on the other hand, is decorated with various features of the past heritage treasures of their ancestors, whether in material or non-material culture. Thus, the study focuses on two main objectives; first, to explain the changes in the practice of sogit tanah (non-material culture) before and after the Dusun community had embraced Islam. Second, discuss the elements of syncretism inherent in the practice of sogit land between pre-Islamic teachings and Islam and assess from the perspective of Islamic law. Thus, this study uses a qualitative approach based on observation methods, interviews, and document analysis. The results of the study found that the practice of land sogit practiced by the Muslim Dusun community in Ranau district has undergone many changes before and after the advent of Islam. Consequently, there is an element of syncretism between Islamic and pre-Islamic teachings that cannot be practiced.
Downloads
References
Al-Maraghi & Mustafa, A. (1946). Tafsir al-Maraghi. Percetakan Mustafa al-Babi al-Halabi.
An-Nawawi. (2016). Syarah Sahih Muslim. Darussalam.
Appel (1986). The Sabah Oral Literature Project. University of Cambridge.
Dictionary Of Philosophy and Religion. (1980). Humanities Press.
Djaenab. (2021). Hukum Adat Dalam Pembentukan Hukum Islam Di Indonesia: Konsep dan Implementasinya. Ash-Shahabah. Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar.
Hamka. (1965). Tafsir al-Azhar. Pembimbing Masa.
Hamid, R, A., Salbani, A, M., & Othman, S. (2013). Merekayasa Kearifan Tempatan Melalui Bahasa. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ibnu Kathir. (2000). Tafsir al-Quran al-Azhim. Dar Ihya’ Turath Arabi
Mahkamah Anak Negeri Daerah Ranau Sabah. (1995). Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri.
Kamus Bahasa Inggeris. (2020). Oxford Fajar. Companion Website.
Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Kuwait. (1983). Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah.
Kraft, S, E.(2002). To mix or not to mix: Syncretisme/ anti-syncretism in the history of theosophy. International Review for the History of Religion, 49(2), 142-177.
Marinsah, S, A. & Ramli, M, A. (2017). Sinkretisme dalam Adat Masyarakat Bajau di Sabah. International Journal Islamic Thought. 12(Dec), 83-93.
Mat Kib, M, Z. (2003). Kristian di Sabah, 1881-1994. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pg Ismail, P, M. (2018). Amalan Sogit ke Atas Anak Negeri Sabah Yang Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perpsektif Hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 19(special issue), 1-17.
Reese. (1980). Dictionary of Philosophy and Religion. Humanities Press Inc.
Sansalu, D. (2008). Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan, 1881-1967. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sintian, M. (2012). Mantera atau rinait Kadazandusun: Tinjauan dalam aspek pengamal dan fungsinya dalam kehidupan. [Conferences paper]. Terbitan bersama Universiti Sains Malaysia & Universiti Pendidikan Sultan Idris.
The New Encyclopaedia Britannica. (1976). Encyclopaedia Britannica Inc.
Wati, A. (1978). Pribumi Sabah: Kadazan Dusun. Penerbitan Yayasan Sabah.
Zarawih. (2016). al-Insan wa al-Mujtama’. Algeria: Kulliyah al-Ulum al-Insaniyah wa al-Ulum al-Ijtimaiyyah, Jami’ah Tlemcen.
Temubual
En. Annuar. (2021). Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN). Kampung Libang, Ranau, Sabah.
En. Dualis. (2021). Ketua Anak Negeri (KAN) di Pejabat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau, Sabah.
En. Marcus Faizal. (2021). Ketua Anak Negeri (KAN) di Pejabat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau, Sabah.
En. Parasin. (2021). Ketua Kampung & Ketua Adat. Kampung Purakogis, Kundasang, Ranau, Sabah.
En. Ruhatin. (2021). Ketua Kampung & Ketua Adat. Kampung Mesilou, Kundasang, Ranau, Sabah.
En. Samuien. (2021). Ketua Kampung & Ketua Adat. Kampung Lipasu Lama, Karanaan, Ranau, Sabah
En. Siansim. (2021). Ketua Kampung & Ketua Adat. Kampung Matupang, Paginatan, Ranau, Sabah
Pn. Shima. (2022). Penjawat Awam. Kampung Libang, Ranau, Sabah.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2022 Mohammad Firdaus Hasmin, Syamsul Azizul Marinsah, Suraya Sintang
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.