Digitalisasi Pedagogi Bakal Guru Bahasa Melayu sebagai Suatu Anjakan Pelaksanaan LMI dalam Talian: Pertimbangan Terhadap Aspek Fizikal dan Psikososial
Pedagogical Digitalisation Shift of Pre-service Malay Language Teachers: The Consideration of Physical and Psychological Aspects in the Implementation of Online Practicum and Internship
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.271Keywords:
LMI dalam talian, digitalisasi pedagogi, fizikal, psikososialAbstract
Tahun 2020 menyaksikan kemelut pandemik, Covid-19 telah menjadi pencetus ke arah perubahan gaya hidup masyarakat sejagat termasuklah Malaysia sama ada merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Perubahan secara drastik ini menyaksikan warga dunia pendidikan perlu mencari pelbagai penyelesaian alternatif bagi menangani isu pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini mengenal pasti tahap persediaan, penilaian kualiti pengajaran, persepsi, kepuasan, dan pengalaman bakal guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan latihan mengajar dan industri (seterusnya LMI) dalam talian. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan disokong dengan soalan respons terbuka. Sampel kajian ini terdiri daripada bakal guru bagi Program Bacelor Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP) iaitu kohort Raksa. Sampel kajian ini dipilih secara rawak dengan melibatkan 21 orang daripada 39 orang yang menjalani LMI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persedian, kualiti pengajaran, persepsi, kepuasan dan pengalaman terhadap pelaksanaan Latihan Mengajar dan Industri (LMI) dalam talian berada pada tahap tinggi. Makalah ini juga akan membahaskan isu kemanusiaan dan tuntutan akademik yang perlu dilunaskan oleh bakal guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pedagogi secara dalam talian. Dapatan ini memberi implikasi terhadap kebergantungan bakal guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan peranti, aplikasi mahupun perisian teknologi bagi membolehkan proses penyampaian ilmu dapat dilaksanakan dalam talian. Malah, bakal guru ini dilihat giat berusaha secara kreatif dalam memvariasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara digital sebagai memenuhi tuntutan akademik sebagai pelajar tahun akhir yang menjalani Latihan Mengajar dan Industri (LMI).
Downloads
References
Alias Mat Saad, Nik Mohd.Rahimi Nik Yusoff & Ruhizan Mohammad Yasin. (2011). Penilaian Kemudahan Pembelajaran, Peruntukan Kewangan dan Kursus dalam Perkhidmatan bagi Kursus Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1), 123-134.
Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. (2016). Persekitaran Pembelajaran Fizikal dan Psikososial Makmal Sains dan Hubungannya dengan Tahap Kepuasan Pelajar. Dlm. Tread penyelidikan Pendidikan Sains, (339-390). Kamisah Osman & Lilia Halim. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Emmer, E., Evertson, C. & Worsham, M. 2003. Classroom Management for Secondary Teachers. Edisi ke-6. Boston, MA: Allyn & Bacon.
Juriah Long. (2010). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dlm. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, (33-56). Juriah Long. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kilgour, P.W. 2006. Student, teacher and parent perceptions of classroom environments in streamed and unstreamed mathematics classrooms. Thesis PhD. Curtain University of Technology Australia.
Lincoln & Guba. (1985). Lincoln and Guba's Evaluative Criteria. Retrieved from http://www.qualres.org/HomeLinc-3684.html
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 (Mei), 33-48.
Mok Soon Sang. 2008. Learner and Learning Environment. Educational Psychology and Pedagogy. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Nailul Azmi Ismail & Zaleha Ahmad. (2016). Keberkesanan Penggunaan Quizlet dan Kahoot IT dalam Memperkasakan Pengajaran Guru dan Memperkaya Pembelajaran Murid. Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu 2016. Pusat Bahasa Melayu Singapura, 15 Mac 2016.
Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu:Malay Language Education (MyLEJ), 6 (2), 78-90.
Tessmer, M. & Harris, D. 1992. Analyzing the instructional setting. Kogan Page Limited.
Zamri Mahamod & Rahimah Sabtu. (2018). Penggunaan Facebook dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu. Dlm. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran:Mengoptimumkan Pembelajaran Pelajar, (109-131). Saemah Rahman & Zamri Mahamod. Kuala Lumpur.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 Marzni Mohamed Mokhtar, Marni Jamil, Muhd Khaizer Omar, Roshafiza Hassan
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.