Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia

Youths Stand on the Use of Malay Language as a means of Patriotism in Malaysia

Authors

  • Ku Hasnita Ku Samsu Universiti Putra Malaysia
  • Zatul Himmah Adnan
  • Mohd. Mahadee Ismail
  • Yok Fee Lee
  • Arfah Ab Majid
  • Ratna Roshida Ab Razak

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.205

Abstract

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah muncul sebagai lingua franca ratusan tahun yang lalu sekali gus merupakan refleksi kepada kehebatan dan ketinggian darjat bahasa tersebut. Lingua franca merujuk kepada bahasa perantara atau bahasa perhubungan antara masyarakat dengan golongan yang berlainan bahasa. Hal ini bermaksud bahasa Melayu merupakan bahasa pergaulan yang mudah dipelajari dan difahami oleh sesiapa sahaja. Lantaran itu, bahasa tersebut berupaya bertindak sebagai jambatan ke arah pengharmonian dan perpaduan dalam kalangan para penuturnya kerana keserasian serta kesefahaman mereka melalui satu bahasa pertuturan yang sama. Kehebatan bahasa Melayu juga turut terserlah apabila perjanjian- perjanjian penting antara pihak penjajah dengan Raja-raja Melayu turut dibuat dalan bahasa Melayu bertulisan jawi seperti Perjanjian Pangkor 1874. Malah ketika zaman penjajahan, bahasa Melayu tidak pernah dihapuskan oleh penjajah. Seterusnya status bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah satu daripada elemen-elemen tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Situasi ini memaparkan bahasa Melayu merupakan sumber jati diri yang kukuh serta berupaya membentuk semangat patriotisme setiap penuturnya yang bergelar rakyat Malaysia. Namun realiti yang berlaku agak berbeza apabila terdapat sebilangan warganegara yang fasih berbahasa Melayu telah memaparkan sikap tidak patriotik mereka secara terang-terangan, terutamanya melalui media sosial. Justeru, kajian ini dilakukan secara kuantitatif untuk meneliti pendirian generasi muda di negara ini terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai wadah semangat patriotisme. Responden kajian ini terdiri daripada 400 mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan 400 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasil kajian memaparkan majoriti responden berpendirian bahawa bahasa Melayu sememangnya berupaya bertindak sebagai  wadah patriotisme.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Hassan. 2009. Bahasa Melayu di persimpangan: Antara jati diri dengan rempuhan globalisasi. Jurnal Kemanusiaan. 16: 59–81

Ernest Renan. 1929. La Reforme Intellectuelle et Morale. Paris: Calmann-Levy

Jakim terus pantau kiriman yang menghina Islam dan Rasulullah. (22 Jun 2020). Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jakim-terus-pantau-kiriman-yang-menghina-islam-dan-rasulullah-248258

Jeniri Amir. 2009. Bahasa, Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Muhammad Zainiy Uthman. 2015. Unsur-unsur utama pemupukan bangsa, kebangsaan dan patriotisme. Dalam Muhammad Zainiy Uthman (pytg). Bunga rampai bangsa, kebangsaan dan patriotisme. Kuala Lumpur: CASIS UTM

Penganggur didenda hina Agong. (17 Mac 2020). BH Online.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/666095/penganggur-didenda-hina-agong

Peniaga hina Agong kena denda RM6,000. (7 April 2020). BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/674037/peniaga-hina-agong-kena-denda-rm6000

Program rintis DLP bermula. (11 Januari 2016). Utusan Online. http://www.utusan.com.my/pendidikan/program-rintis-dlp-bermula-1.178216

Robert,Wesson. 1988. Politics Individual and State. New Jersey: Prentice-Hall

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2015. Patriotisme adil di zaman global. Dalam Muhammad Zainiy Uthman (pytg). Bunga rampai bangsa, kebangsaan dan patriotisme. Kuala Lumpur: CASIS UTM

Yusmizal Dolah Aling. (19 Mei 2020). Dr Xavier didakwa hina institusi diraja. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/580187/dr-xavier-didakwa-hina-institusi-diraja

Published

2020-11-30
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol5no2.205
Published: 2020-11-30
033 OJS add phone number field

How to Cite

Ku Samsu, K. H., Adnan, Z. H., Ismail, M. M., Lee, Y. F., Ab Majid, A., & Ab Razak, R. R. (2020). Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia: Youths Stand on the Use of Malay Language as a means of Patriotism in Malaysia. Sains Insani, 5(2), 17-24. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.205
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange