Model Wakaf Pendidikan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (Kafa) Secara Maya Fasa Pandemik Covid-19
Waqaf Education Model of Virtual Al Quran And Fardu Ain (Kafa) Classes in the Covid-19 Pandemic Phase
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.443Keywords:
COVID-19, KAFA, model pendidikan wakaf, secara mayaAbstract
Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah semua landskap pendidikan termasuklah pendidikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sebelum pandemik kelas dikendalikan secara bersemuka, namun semasa pandemik pembelajaran secara bersemuka telah beralih kepada pembelajaran secara maya (e-learning). Justeru itu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menjadi lebih mencabar apabila aspek kreativiti dan inovasi diperlukan untuk berhadapan dengan situasi ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada norma baharu. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran secara digital ini tentulah memerlukan peralatan-peralatan teknologi tertentu seperti komputer peribadi, telefon pintar, gajet dan sebagainya. Peralatan-peralatan itu kadang-kadang tidak mampu disediakan oleh para ibu bapa dan guru. Justeru itu wakaf pendidikan antara solusi terbaik bagi menyelesaikan perkara ini. Objektif kajian ini menghuraikan secara umum latar belakang pendidikan KAFA di Malaysia, membangunkan model wakaf pendidikan KAFA secara maya khususnya di musim pandemik COVID-19, mengemukakan cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid serta langkah penyelesaian PdP KAFA dalam talian. Reka bentuk kajian adalah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan yang merujuk sumber primer dan sekunder. Manakala analisis data pula dilakukan secara analisis dokumen. Sample kajian tertumpu kepada individu yang terlibat dengan KAFA di Malaysia pada musim pandemik COVID-19 dan memfokuskan pembinaan model wakaf pendidikan KAFA. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlaku anjakan paradigma yang positif dalam penyediaan silibus KAFA secara maya dan terdapat usaha wakaf pendidikan KAFA oleh pihak kerajaan (waqf irsod) secara maya melalui program KAFA online yang disiarkan di rancangan TV al-Hijrah dengan kerjasama dari JAKIM. Ia juga diusahakan oleh individu-individu persendirian yang turut menyumbang bahan pengajaran di alam maya untuk dimanfaatkan bersama. Implikasinya, PdP melalui model pendidikan wakaf KAFA yang komprehensif boleh dilakukan secara berterusan walau tidak bersemuka dan memantapkan kefahaman agama Islam di peringkat asas secara mudah dan berkesan agar boleh dimanfaatkan generasi berikutnya.
Downloads
References
Adnan, H., & Adnan, W. (2020). Kajian keberkesanan proses pendaftaran pelajar dan hari suai kenal pelajar baharu sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). ANP Journal of Social Science and Humanities, 1(1), 1-6.
Ali, S., & Wahid, H. (2014). Peranan dan Kepentingan Dana Wakaf Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia. PROSIDING PERKEM ke-9 (pp. 216-225). Kuala Terengganu: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ali. A., Salleh. H.M., Fong., A. C.N. (2017), Analisa Keperluan Latihan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Di Selangor. National Pre University Seminar 2017 (NpreUS2017) RHR Hotel, 23 Ogos 2017
Al-Sharbini, M. (2006). Mughni al-muhtaj ila m’arifati m’ani alfaji al-Minhaj. Cairo: Dar al-hadith.
Al-Syawkāni, M. (1993). Nayl al-Awtar (Vol. 6). Qaherah: Dar al- Hadith.
Ayub, M., Hassan, S., Noordin, N., & Sawal, M. (2020). Melestarikan Wakaf Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (Sar): Kajian di Pulau Pinang, Perlis Dan Kedah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21(2), 69-88.
Azizan, S., & Nasri, N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.
Bahagian Pendidikan Islam, (2021). Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.my
Bahtiar, R. A., Ibrahim, S., Ariffin, H., Ismail, N. H., Isa, W.M.K. (2020). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Kuala Lumpur: Institut Aminuddin Baki.
Bakar, M. A., & Noh, M. A (2019), Trait Personaliti Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Dalam Pembentukan Akhlak Murid, e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PASAK 4)
Berita Harian. (2020). Sedia hadapi kelas maya sesuai normal baharu. Retreived from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679003/sedia-hadapi-kelas- maya-sesuai-normal-baharu
Bhari, A., Rani, M., Rahman, A., Radzi, N. M., Abdullah, L., Rosele, M., Hamid, M. (2016). The important development of executing of ‘waqf irsod’in contemporary Malaysia. Advanced Science Letters, 22(9), 2191-2193.
Diah, A. H. M. (1989), Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia
Hadi, A., Abd Latif, M., & Rahman, M. (2018). Visualisasi Maklumat Berkomputer Dalam Memperkasakan Pengajaran Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) Jakim Di Peringkat Sekolah Rendah. Sains Humanika, 10, 10(3-4), 79-86.
Hanafi, N. (2020). 4 Cabaran Pembelajaran Atas Talian di Malaysia. Retrieved from webpendidikan.my: https://webpendidikan.my/4-cabaran-pembelajaran-atas-talian-di-malaysia/
Hashim, R., Samri, N., Ramli, R., Mohd Noor, M. (2018). Model Integrasi Wakaf Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Kolokium Penyelidikan Kebangsaan. Melaka: Kolej Universiti Islam Melaka.
Hashim, R., Samri, N. (2018) Model Integrasi Wakaf Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, Kolokium Penyelidikan Kebangsaan, Auditorium Ibn Khaldun, Kolej Universiti Islam Melaka.
Hashim, R., Rashid, A., Noh, A. C., Yahya, M. Z., Ali, Z., Hamzah, L. M. (2017). Laporan Kajian Penambahbaikan Kurikulum, Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Jawatankuasa Sukatan Pelajaran & Kurikulum LEPAI, JAKIM.
Ismail, A. (2013). Konsep dan Pengurusan Wakaf Pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Master Dissertation.Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2006). Garis Panduan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Kuala Lumpur.
Mahfuz, S., & Azmi, H. (2021). Pembelajaran Dalam Talian: 1.8 Juta Pelajar Malaysia Tiada Akses Internet. Retrieved from Benarnews.org: https://www.benarnews.org/malay/galeri-foto/my-belajar-talian-210127-01272021171005.html
Nor, M. R. M., & Othman, W. M. T (2011), Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia, At-Ta'dib Journal. Vol. 6, No. 1, Juni 2011
Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan, 2018, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Purwaningsih, S., & Susilowati, D. (2020). Peran Wakaf Dalam Meningkatkan Pemberdayaan Ekonomi Umat. Jurnal Ekonomi, Bisnis, dan Akuntansi, 22(2), 191-203.
Rahman, Ab. (2021). Peranan Ijtihad Jama'i dalam Pembentukan Skim Wakaf Tunai di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research., 23(1), 53-70.
Rahman, Ab., M., Abdullah Thaidi, H., & Ab Rahim, S. (2020). Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pendemik COVID-19. Journal of Fatwa Management and Research, 49-64.
Ramli, A., & Jalil, A. (2017). Wakaf Korporat : Konsep & Perkembangan Di Malaysia dan Dunia Islam. Seminar Filantropi dan Derma-Bakti Islam: Pendekatan Korporat Dalam Konsep Wakaf. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) .
Ramli, A. (2019). Inovasi Model Wakaf Tunai di Malaysia Berlandaskan Kepada Garis Panduan Fatwa. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 18(2 (Edidi Khas).
Shafie, B.H., & Talib, M.F. (2018), Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Tahap Profesionalisme Guru Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM, Jurnal Penyelidikan Pendidikan jilid 12/2018
Sinar Harian. (2020). 1.7 juta pelajar 'miskin digital'? Retrieved Februari, 2021, from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/111479/BERITA/Nasional/17-juta-pelajar-miskin-digital
Siren, N., Azmi, I., & Jalil, S. (2018). Kepelbagaian Pengurusan Sekolah Agama Rakyat Di Malaysia (Diversity of Community Religious School Management in Malaysia). Journal of Al-Tamaddun, 13 (1), 45-56.
Taib, M. S. M., Mujani, W. K., Yaakub, N. I., Rifin, M. K. I. (2017). Wakaf Pendidikan di Malaysia: Suatu Pengenalan. Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southest Asia, Narathiwat, Thailand, Princess of Narathiwat University & The National University of Malaysia.
Usman, M., & Ab Rahman, A. (2020). Funding higher education through waqf: a lesson from Pakistan. Funding higher education through waqf: a lesson from Pakistan.
Zainol Abidin, R., Md Zain, A, & Hamzah, M. H. (2017). Permasalahan dalam Pelaksanan Program Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Daerah Pendang, Kedah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2 (6), 70-82
Zuhayli, W. (2002). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz 4. Beirut: Dar el-Fikr.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2022 Amiratul Munirah Yahaya
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.