Transformasi Tadbir Urus Wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Transformation of Waqf Governance by Perlis Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPs)

Authors

  • Marina Abu Bakar Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University
  • Shofian Ahmad
  • Ahmad Dahlan Salleh
  • Mohd Fairuz Nohd Salleh

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.194

Keywords:

Tadbir Urus, Wakaf, Transformasi, MAIPs

Abstract

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat, ada masa yang sama mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT. Di Malaysia, wakaf ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing. Namun, dewasa ini wakaf sering dikaitkan dengan masalah tadbir urus rentetan daripada kelompongan yang terdapat dalam tadbir urus institusi wakaf itu sendiri. Seiring dengan kebangkitan institusi wakaf mutakhir ini, maka panggilan ke arah pengamalan tadbir urus yang baik dan amalan terbaik wakaf semakin terserlah. Ini kerana amalan terbaik tadbir urus yang baik perlu diadaptasi oleh MAIN lantaran ia merupakan antara faktor kejayaan yang bersifat kritikal untuk menghidupkan semula institusi wakaf di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan transformasi tadbir urus Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selaku institusi yang menguruskan wakaf di negeri Perlis. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunapakai reka bentuk kajian kes. Dalam menganalisa data kajian, penulis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual separa struktur bersama pegawai-pegawai wakaf di MAIPs. Hasil kajian menunjukkan bahawa MAIPs telah melalui beberapa fasa transformasi tadbir urus yang positif dalam menguruskan wakaf di Perlis. Kejayaan tadbir urus yang diimplementasikan oleh MAIPs merupakan bukti bahawa MAIPs bersikap proaktif dalam mengurus dan mentadbir wakaf di negeri Perlis. Implikasi kajian ini dapat membantu pembuat dasar, pentadbir dan pengurus institusi wakaf untuk menambahbaik sistem tadbir urus yang sedia ada agar wakaf dapat dimartabatkan dan dimanfaatkan untuk umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

ABSTRACT

Waqf is any property that the donor retains right over the property from any sale, inheritance, grant and will, at the same time retaining his physical source for welfare with the intention of bringing the donor closer to Allah SWT. In Malaysia, waqf is governed by the State Islamic Religious Council (SIRC) in their respective states. However recently, these waqf are often associated with stringent governance problems resulting from the gaps inherent in the governance of the waqf institution itself. With the rise of the modern waqf institution, the call for good governance practices and the best practices of waqf is growing. This is because good governance practices need to be adapted by SIRC as it is one of the critical success factors for revitalizing the waqf institution in Malaysia. This article is intended to discuss the governance transformation of the Perlis Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPs) as the institution that administers waqf in the state of Perlis. This study is a qualitative study with case study designation. In analyzing the research data, the authors use the content analysis method. The data were collected through documents and semi-structured interviews with MAIPs officers. The result shows that MAIPs has gone through several phases of positive governance transformation in managing waqf in Perlis. The success of the governance implemented by MAIPs is a proof that MAIPs is proactive in managing and administering wakaf in Perlis. The implication of this study is to help policy makers, administrators and managers of the waqf institution to improve the existing governance system so that waqf can be fully utilized for Muslims in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Qur’an al-Karim.

Al-Ansari, J. M. (t.t). Lisan al-Arab. Mesir: Dar al-Masriyah.

Abu Zahrah, M. (1971). Muhadarat fi al-Waqf. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

Ahmi, A., Mohd Nasir, M. H. & Mohd Sharif, M. H. (2005). E-Wakaf: Ke arah Pengurusan Wakaf yang Lebih Sistematik. Kertas kerja Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia: 6-7 Disember.

Baitulmal. (1985). Panduan Mengeluar Zakat. Perlis: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Ibn Abidin, M.A. (1966). Hashiah Radd al-Mukhtar. Juz 4. Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.

Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (JAIPs). (1932). AM. 1/178. Peraturan Mengutip Zakat dan Fitrah Perlis Tahun 1932. Kangar: Jabatan Agama Islam Perlis.

Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (JAIPs). (1963). Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis Tahun 1963. Kangar: Jabatan Agama Islam Perlis.

Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (JAIPs). (1949). Undang-undang Pentadbiran Majlis Ugama Islam Tahun 1949. Kangar: Jabatan Agama Islam Perlis.

Kerajaan Negeri Perlis. (1948). Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948. Kangar: Perlis.

Al-Khin, M., Al-Bugha, M., & al-Syarbaji, A. (2003). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Terj. Solehan Ayub. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Majlis Agama Perlis 810. (t.t). Laporan Sejarah Majlis Ugama Islam Perlis.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (1994). Panduan Mengeluarkan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Baitulmal). Kangar: Perlis.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (2006). Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006. Kangar: Perlis.

Mat Rejab, M. N., Hassan, M.S. (2019). Temubual bersama Pegawai MAIPs. 20 Januari, 9.30 pagi di Pejabat MAIPs, Kangar, Perlis.

Md Nor, S.Z. (2008). Pengurusan Wakaf Negeri-negeri di Malaysia. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf. Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Mohd Noor, M. N & Hassan, H. (2018). Sirajul Muluk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Bawah Naungan Tiga Putera Jamalullail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Qurtubi, Y.A. (1980). Kitab al-Kafi fi Ahl al- Madinah al-Maliki. Juz 2. Riyadh: Maktabah al-Riyadh al-Hadithah.

Sayin, B., Ali, A. & Suyurno, S. S. (2006). Pengenalan kepada Konsep Wakaf dalam Islam. Shah Alam: Penerbit Press Universiti Teknologi MARA.

Al-Sharbini, M. A. (1933). Mughni al-Muhtaj. Juz 2. Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.

Syed Sirajuddin Putral Jamalullail. (2001). Kangar: Kerajaan Negeri Perlis.

Al-Zuhayli, W. (2009). Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. Dimasyq: Dar Al-Fikr.

MAIPs. www.maips.gov.my [Diakses pada 10 Jun 2019].

Published

2020-05-31 — Updated on 2020-07-13

Versions

CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol5no1.194
Published: 2020-07-13
033 OJS add phone number field

How to Cite

Abu Bakar, M. ., Ahmad, S. ., Salleh, A. D., & Nohd Salleh, M. F. (2020). Transformasi Tadbir Urus Wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs): Transformation of Waqf Governance by Perlis Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPs). Sains Insani, 5(1), 212-224. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.194 (Original work published May 31, 2020)
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)