Ciri-ciri Wahhabi Menurut Pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah
Characteristics of Wahhabi According to the View of Muhammad Abū Zahrah in the Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.183Keywords:
Ciri-ciri, Wahhabi, Wahhabisme, Muḥammad Abū Zahrah, Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah.Abstract
Makalah ini membincangkan mengenai Wahhabiyyah berdasarkan pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam bukunya, Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah Fī al-Siyāsah Wa al-ʿAqāi’d Wa Tāríkh al-Madhāhib Al-Fiqhiyyah. Muḥammad Abū Zahrah merupakan seorang ulama muktabar di Mesir yang memiliki kepakaran dalam bidang perundangan. Karya beliau yang menjadi rujukan utama makalah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu politik, akidah dan fiqh. Beliau juga mengkhususkan satu topik membincangkan mengenai kemunculan gerakan baharu iaitu Wahhabiyyah, Bahāʿiyyah dan Qādiyaniyyah. Makalah ini memfokuskan analisis pandangan Muḥammad Abū Zahrah terhadap Wahhabiyyah bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kumpulan ini. Beliau menggariskan lapan ciri perilaku Wahhabi yang mana kesemua ciri ini saling berkait antara satu sama lain. Analisis ini turut mengemukakan pandangan Hersi Mohamad Hilole dalam bukunya yang bertajuk al-Salafiyyah al-Wahhābiyyah Bayna Muʿayyidiihā Wa Muntaqidīhā dan Naṣir ʿAbd al-Karim al-ʿAql melalui penulisannya, Islāmiyyah Lā Wahhābiyyah. Makalah ini juga menghuraikan hujah sokongan dan penolakan berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan oleh Muḥammad Abū Zahrah. Oleh itu, makalah ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian teks, yang secara khususnya tertumpu kepada kaedah analisis kandungan kepada skop Wahhabiyyah menurut pandangan Muḥammad Abū Zahrah. Hasil daripada kajian ini, terdapat tiga tema utama dapat dibentuk mengenai ciri-ciri Wahhabi seperti yang telah dibincangkan oleh Muḥammad Abū Zahrah. Ciri-ciri ini adalah pertama, tauhid dan ibadah. Kedua, sikap Wahhabi mengenai bidaah. Dan ketiga, sikap radikal golongan Wahhabiyyah dalam perkara agama sehingga mengkafirkan dan membunuh.
Downloads
References
Abdul Wahab, M. (2006). Kasyfus Syubhat: Mengikis Segala Keraguan dan Kesamaran. (A. W. Bustami, Trans.) Johor Bahru: Pustaka Azhar.
al-ʿAql, N. ʿ.-K. (2004). Islāmiyyah Lā Wahhābiyyah. Riyadh: Dār Kunuz Ishbīlya lil-Nashr wal-Tawziʿ.
al-Aql, N. A. (2006). Hanya Islam Bukan Wahhabi. (A. R. Siddiq, Trans.) Jakarta: Darul Falah.
Al-Azdiyyi, A. D.-A. (2009). Bāb Taswiyyah al-Qubr. In A. D.-A. Al-Azdiyyi, Sunan Abī Dāwud (Vol. Juz'5). Beirut: Dār al-Risālah al-ʿ lamiyyah.
Al-Baihaqī, A. B.-H. (1970). Manāqibu al-Shāfiʿiyy (Vol. 1). Egypt: Dār al-Turāth.
Al-Bukhāriyy, M. i. (1980). Bāb al-Buyūʿ. In M. i. Al-Bukhāriyy, Ṣahih al-Bukhāriyy (Vol. Juz’2). Cairo: al-Matbaʿah al-Salafiyyah.
al-Muṭawwaʿ, ʿ. A.-M. (2011). Al-Daʿwah al-Iṣlāhiyyah: fī Bilād Najd ʿalā Yarā al-Imām al-Mujaddid al-Sheikh Muḥammad ʿAbd Wahhāb wa-Aʿlāmuhā min Baʿdihi. Saudi: Dār al-Tadmuriyyah.
Al-Nawawiy, A. Z. (2007). Bāb al-Amar Bi al-Maʿrūf Wa al-Nahī ʿAn al-Munkar. In A. Z. Al-Nawawiy, Riyād al-Ṣālihīn (p. 82). Beirut: Dār Ibn Kasīr.
Al-Qur'an.
al-Yassini, A. (1990.). Al-Dīn wa al-Dawlah fī al-Mamlakah al-ʿArabiyyah al-Saʿūdiyyah. London : Dār al-Sāqiy.
Blanchard, C. M. (2008). The Islamic Traditions of Wahhabism and Salafiyya. United States Congress. Washington: Congressional Research Service (CRS).
Brodeur, P. C. (1989). Contemporary Muslim Approaches to the Study of Religion: A Comparative Analysis of Three Egyptian Authors (Tesis Master ed.). Montreal: McGill University.
DeLong-Bas, N. (2014, September 29). Wahhabism. doi:10.1093/obo/9780195390155-0091.
Hilole, H. M. (2012). Wahabi Sesatkah Mereka?. (M. Y. Khalid, Trans.) Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Hīlūlih, H. M. (1996). Al-Salafiyyah al-Wahhabiyyah Baina Mu’ayyidīhā Wa Muntaqidīhā. Madewa: Borneo Printers & Trading Sdn. Bhd.
Kamali, M. H. (2015). Muhammad Abu Zahrah. Retrieved from Academia.edu: https://hashimkamali.academia.edu/MohammadHashimKamali
Mahaiyadin, M. H. (2017). Ini Mazhabku: Bagaimana Saya Beriltizam dengan Mazhab. Selangor: Inspirasi Media.
Mas’od, M. A. (2013). Diskusi Isu Aqidah & Pemikiran Semasa di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Maskumambang, M. F. (2015). Menolak Wahabi: Membongkar Penyimpangan Sekte Wahabi; dari Ibnu Taimiyah hingga Abdul Qadir At-Tilimsani. Surabaya: Sahifa.
Muslim, A. a.-H.-H. (2006). Bāb al-Amr Bi Taswiyyah al-Qubr. In Ṣahīh Muslim. (Vol. Juz’ 1). Riyadh: Dār Thayyibah.
Nzegwu, N. (1996). Ethiopia: The Origin of Coffee. Retrieved from Africa House: https://www.africaresource.com/house/news/our-announcements/21-the-history-of-coffee
Soal Jawab Felo Hukum. (2019). Hukum Gantung Gambar. Retrieved from Sumber Maklumat al-Ahkam al-Fiqhiyyah (e-SMAF): http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/soal_jawab_felo_hukum/6
Zahrah, M. A. (1963). Tārīkḥ Al-Madhāhib Al-Islāmiyyah Fī Al-Siyāsah Wa Al-ʿAqāi’d Wa Tāríkh Al-Madhāhib Al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dār al-Fikr al-ʿArabī.
Zahrah, M. A. (1996). Aliran Politik dan ʿAqidah dalam Islam. (A. R. Dahlan, & A. Qarib, Trans.) Selangor: Penerbit Edaran Kalam.
Published
Versions
- 2020-07-13 (2)
- 2020-05-31 (1)
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2020 Rushda Amirah Ishak, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.