Faktor Bahan Bantu Mengajar yang Menyokong Pengamalan Pemikiran Kritis Guru Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21

Factors in Teaching Aids that Support Islamic Education Teachers' Critical Thinking Practice in Improving 21st Century Learning Skills

Authors

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no1.428

Keywords:

Factors of Teaching Aids, Critical Thinking, Islamic Education Teachers, Secondary Schools

Abstract

Abstrak: Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan perkara asas yang perlu ada dalam pengajaran guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. Tanpa adanya BBM, pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI)  menjadi lesu, kaku dan hambar kerana pelajar berasa bosan dan tidak berminat untuk mengikuti pengajaran GPI yang lebih cenderung berpusatkan kepada guru. Hal ini kerana BBM yang kurang sofistikated akan menyebabkan para pelajar merasa bosan dan kurang merangsang minat pelajar untuk berfikir. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan faktor BBM yang menyokong amalan pemikiran kritis GPI dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya yang berbentuk kajian kes. Sampel dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan dengan memilih tujuh orang GPI yang mengajar subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 di sekolah menengah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menjawab persoalan kajian. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Seterusnya data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12.0 untuk memudahkan pengkaji menganalisis, mengekodkan dan mengkategorikan tema-tema. Dapatan kajian menunjukkan faktor BBM yang menyokong amalan pemikiran kritis GPI dalam meningkatkan kemahiran PAK-21 terbahagi kepada dua komponen utama iaitu BBM maujud dan BBM maya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa BBM yang bersifat maujud dan BBM secara maya mampu merangsang minat GPI untuk menjadi lebih kritis  dan menjadi daya penggerak serta motivasi kepada GPI untuk merangsang minat pelajar untuk berfikir dengan lebih kritis dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.  Oleh yang demikian, dapatan kajian ini boleh menjadi panduan kepada GPI bagi pengamalan pemikiran kritis dalam sesi PdPc abad ke-21 seiring dengan arus globalisasi masa kini untuk menjadikan pengajaran GPI lebih berhikmah.

 

Abstract: The use of Teaching Aids (BBM) is quintessential in the teaching of teachers to enhance the efficacy of teaching in the PdPc of the 21st-century. Without BBM, the teaching of Islamic Education teachers (GPI) becomes lifeless, rigid and monotonous because students feel unmotivated and indifferent in following the teaching as it tends to be teacher-centred. Thus, this research aimed to explore the BBM factors that support the practice of GPI critical thinking in improving 21st-century learning skills (PAK-21). The study methodology used a fully qualitative approach in the form of a case study. The sample was selected based on purposive sampling by choosing seven GPIs who taught Form Four Islamic Education subjects in secondary schools and met the set criteria set to answer the research questions. Data were collected through semi-structured interviews, teaching observations and document analysis. Next, the data were analysed using Nvivo 12.0 software to enable the researcher to analyse, code and categorise the themes. The study conclusions established that the BBM factors that supported the practice of GPI critical thinking in improving 21st-century learning skills were divided into two primary components: real BBM and virtual BBM. The results also established that real BBM and virtual BBM could boost the interest of GPI to be more critical and be the driving force and inspiration to GPI to stimulate students’ interest to think more critically and produce students who are balanced in terms of cognitive, affective and psychomotor. Ergo, the data of this study could guide GPI to practice critical thinking in 21st-century PdPc sessions in line with the pertinent needs of globalisation to reinforce GPI wise teaching.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aina Sabariah Md Isa & Huzaimah Ismail. (2015). Media Sosial Sebagai Medium Terkini Pembentukan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar. Dlm Hasan Bahrom, S. Salahudin Suyurno & Abdul Qayuum Abdul Razak (Penyt), 1 st International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2015) (hlm 571-580). UiTM Melaka.

Ahmad Zainuri. (2019). Perubahan Paradigma Pendidikan Islam: Aplikasi ICT Dalam Proses Pembelajaran PAI Di Sekolah. CONCIENCIA: Jurnal Pendidikan Islam, 17(1), 1-10. doi: 10.19109/conciencia.v17i1.3429.

Amir Mohd Nason, & Mohd Shukri Hanapi. (2019). Penerapan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Qalbu Dalam Pembelajaran Abad Ke-21: Cabaran Dan Harapan. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 20, 33–48.

Azlina A. Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid dan Zaleha Abdullah. (2014, Ogos 11-13). Flipped Classroom dalam Konteks Malaysia [Sesi Konferens]. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, UTM, Johor.

Creswell, J.W. & Poth. C.N. (2018). Qualitative Inquiry & Research Design: Choosing Among Five Approaches. Sage Publications, Inc. Fourth edition.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59–74. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Membudayakan Kemahiran Berfikir (Buku Rujukan i-THINK). https://online.anyflip.com/yunm/pbsl/mobile/#p=1

Maimun Aqsha Lubis, Sabariah Sulaiman & Mohd Sham Kamis. (2016). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Inovasi Pengajaran : Cabaran Pasca-Moden. Dlm. Mohd Farid Mohd Shahran & Nor Hartini Saari (Penyt). Guru Cemerlang Pendidikan Islam : Persediaan dan Cabaran (hlm 137-157). Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Merriam, S.B. & Tisdell, E.J. (2016). Qualitative Research. A guide to design and implementation. Jossey Bass.

Mohd Faeez IIlias, Muhamad Faiz Ismail dan Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Faktor Dorongan Dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Bestari. 3rd. International Conference on Islamic Education, 5(1), 943–953. doi: 10.1016/B978-1-4557-4801-3.00313-1.

Mohd Faeez IIlias, Muhamad Faiz Ismail, & Kamarul Azmi Jasmi. (2017). Faktor Dorongan Dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Bestari. 3rd. International Conference on Islamic Education, 5(1), 943–953. https://doi.org/10.1016/B978-1-4557-4801-3.00313-1.

Mohd Nasri Abdullah. (2017). Pengamalan kompetensi dalam kalangan pensyarah Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia. [Tesis Dr. Fal, Universiti Teknologi Malaysia].

Mohd Syaubari bin Othman & Ahmad Yunus bin Kassim. (2017). Teaching Practice of Islamic Education Teachers Based on Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Primary School in Malaysia: An Overview of the Beginning. International Journal of Academic research in Business and Social Sciences. 7(3), 401-415.

Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. (2020). Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam : Satu Perbincangan. Journal of ICT in Education, 7(2), 14–26.

Munirah Husna Baharuddin, Abdul Razaq Ahmad & Noria Munirah Yakub (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Abad Ke-21 : Isu dan Cabaran. Proceeding: 7th International Seminar On Regional Education, 1, 324-335.

Noor Athirah Mokhtar, Areen Sherryna Abdul Halim dan Kamarul Azmi Jasmi. (2019). Media Sosial dan Kaedah Pengajaran Menurut Islam. Prosiding Seminar Sains, Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), 211-226.

Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul, Roseamnah Abd. Rauf. (2013). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. The Journal of Islamic Education, 1(2), 58–73.

Nor Shahila Ishak & Fariza Khalid. (2021). Penggunaan Video Youtube Bagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian Murid Dalam Pembelajaran Geografi Fizikal Di Sekolah Menengah. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities (MJSSH), 6(3), 228-240. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.708.

Rosnani Hashim. (2012). Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi inkuiri dan pedagogi filosofiyyah dalam kalangan guru 1. Persidangan Majlis Dekan Fakulti Pendidikan, 1–10.

Rostyanta, I., Sutiadiningsih, A., Bahar, A., & Miranti, M. G. (2020). Pengaruh Pembelajaran Dengan Google Classroom Diintegrasikan Video Interaktif Terhadap Keterampilan Berfikir Kritis Dan Bertanggung Jawab. J. TATA BOGA, 9(1), 142-153.

Saharia Hj. Ismail. (2015). Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development, 8(2), 83-99.

Siti Fatihah Osman, Wan Hassan Wan Embong, Muhammad Talhah Ajmain. (2020). Islamic Education Teacher's Critical Thinking Practice and Its Challenges In Enhancing 21 st Century Learning Skills. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24 (5), 973-980.

Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin dan Razali Hassan. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan 'Streaming Video' Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.

Siti Rokiah Ab Rahman & Fadzli Adam. (2015). Kredibiliti Youtube Sebagai Medium Pembelajaran Agama Dalam Peradaban Islam Kontemporari. Proceeding International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, November 2012, 593–599.

Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim (2020). Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar : Analisis dan Kajian Kritikal. Journal Of ICT In Education (JICTIE), 3, 24-33.

Wan Hassan Wan Embong (2013) Penggunaan BBM Dalam Pendidikan Akidah : Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Proceeding of SIST2013.

Wan Hassan Wan Embong (2014). Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Akidah Tingkatan 4: Kajian ke atas guru-guru cemerlang pendidikan Islam di Daerah Johor Bahru. [Tesis Dr Fal. Universiti Malaya].

Wan Hassan Wan Embong & Kamarul Azmi Jasmi (2019). Perspektif Baharu Dalam Pengkaedahan Pendidikan Akidah di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Published

2023-05-31
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol8no1.428
Published: 2023-05-31
033 OJS add phone number field

How to Cite

Osman, S. fatihah. (2023). Faktor Bahan Bantu Mengajar yang Menyokong Pengamalan Pemikiran Kritis Guru Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21: Factors in Teaching Aids that Support Islamic Education Teachers’ Critical Thinking Practice in Improving 21st Century Learning Skills . Sains Insani, 8(1), 51-57. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no1.428
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.