Pendidikan Kanak-Kanak Muslim Rohingya: Kajian Kes di Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE), Kajang, Selangor.
Education of Rohingya Muslim Children: A Case Study in Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE), Kajang, Selangor.
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.364Keywords:
Rohingya di Malaysia, pendidikan, RISE, peranan dan cabaran, Rohingya in Malaysia, education, RISE, role and challengesAbstract
Kedatangan pelarian Rohingya ke Malaysia telah menimbulkan pelbagai implikasi termasuk masalah sosial dan peningkatan kadar jenayah. Sebahagian besar daripada mereka adalah golongan yang tidak mendapatkan pendidikan yang sewajarnya di negara asal dan hal ini menyukarkan mereka untuk meneruskan kehidupan apabila berada di Malaysia atau negara transit. Kajian ini bertujuan meneliti latar belakang Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE), Kajang, Selangor dan menganalisis peranan dan cabaran RISE dalam menguruskan pendidikan masyarakat pelarian Rohingya. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes dan data diperoleh daripada kajian perpustakaan dan temu bual kumpulan fokus. Kajian mendapati RISE merupakan salah sebuah pusat pembelajaran yang ditubuhkan oleh NGO tempatan dalam usaha menyediakan pendidikan asas kepada golongan pelarian di Malaysia. Antara peranan RISE adalah memberi perlindungan, menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan serta silibus pembelajaran yang sesuai kepada kanak-kanak Rohingya. Namun begitu, dalam usaha memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak Rohingya, RISE berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antaranya ialah masalah komunikasi kerana kanak-kanak tersebut tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, ketiadaan kad UNHCR dan masalah dalaman keluarga masyarakat Rohingya. Selain itu, RISE juga tidak mempunyai dana kewangan yang banyak untuk membiayai kos pendidikan kanak-kanak tersebut yang menyukarkan mereka untuk memberi perkhidmatan dan kualiti pendidikan yang lebih baik. Kajian seumpama ini juga boleh diteruskan terhadap pusat bimbingan alternatif lain di seluruh negara bagi mengenal pasti kekurangan dan mencadangkan penambaikan. Kajian diharapkan memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk kerajaan atau organisasi yang terlibat dalam merencanakan modul atau silibus serta sistem pendidikan yang berkualiti untuk pusat bimbingan alternatif di Malaysia.
The arrival of Rohingya refugees to Malaysia has caused some social and arising criminal rates. Most of them have not had an educational basis in their origin country and have contributed to adversity for them to live in Malaysia or any transit country. The purpose of this research is to examine the background of Rohingya Intellectual Skills and Excellence (RISE), Kajang, Selangor by analyzing the roles and challenges in taking charge of the education for the Rohingya refugees. The qualitative study has been used by approaching a case study and the data obtained from library research and focus group interviews. The study's key finding indicates that RISE is one of the learning centres established by local NGOs in an attempt to provide primary education for refugees in Malaysia. The objective of RISE is to provide safety and school essentials with a convenient learning syllabus for refugees children. However, to provide an appropriate education for Rohingya children, RISE had to face diverse challenges. The challenges are the complication of communication because the children do not understand Malay or English, the absence of UNHCR cards and the internal problems of Rohingya families. In addition, RISE also does not have sufficient financial funds to accommodate their educational costs for quality education. These studies will enhance other learning centres across the country to identify the inadequacy of refugee children education and suggest improvements. This research is expected to contribute to variegated parties besides the government or organizations involved in planning modules or syllabus to attempt a quality education system for learning centres in Malaysia.
Downloads
References
Abdullah, A. (2014). Diaspora Rohingya di Malaysia: Pengekalan identiti dan survival masyarakat minoriti. Sarjana, 29(1), 107-122.
Ali, N., Islam, P. K. P. P., & Kemasyarakatan, P. P. S. (2014). Cabaran-cabaran pelarian Rohingya Muslim: kajian kes di Pulau Pinang. Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS), 13, 265-74.
Amin, N. S. [KiniTV]. (2019, Oktober 18) . Khas: Sekolah Anak Rohingya RISE Perlu Dana Berterusan [Video]. Youtube. https://youtu.be/KPqpjmr4DhQ
Dali, A. M., & Abdullah, A. (2012). Air mata kesengsaraan Rohingya: identiti, penindasan dan pelarian. Inteam Publishing.
Equal Rights Trust. (2014). Equal only in name: The human rights of stateless Rohingya in Malaysia. Equal Rights Trust.
Hajimin, M. N. H. H., & Ibrahim, I. A. (2017). Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut syariah dan undang-undang Malaysia: Kajian di Negeri Sabah. Jurnal Hadhari: An International Journal, 9(2), 193-206.
Islamic Relief Malaysia. (2017, 15 Februari). Rohingya Integrated School of Excellence bakal lahirkan pelajar Rohingya berkualiti tinggi. https://islamic-relief.org.my/ms/rohingya-integrated-school-of-excellence-rise-bakal-lahirkan-pelajar-rohingya-berkualiti-tinggi/
Islamic Relief Malaysia. (2019, 10 September). IRM berbesar hati terima kunjungan hormat delegasi kementerian dan wakil PBB. https://islamic-relief-terima-kunjungan-hormat-delegasi-kementerian-dan-wakil-pbb/
Islamic Relief Malaysia. (2019, 14 September). IRM, Mahasiswa pergigian Universiti Al-Azhar santuni pelajar RISE. https://islamic-relief.org.my/ms/irm-mahasiswa-pergigian-universiti-al-azhar-santuni-pelajar-rise/
Islamic Relief Malaysia. (2019, 16 Mei). Korban jiwa dan raga demi sahsiah anak Rohingya. https://islamic-relief.org.my/ms/korban-jiwa-dan-raga-demi-sahsiah-anak-rohingya/
Islamic Relief Malaysia. (2020, 7 April). Islamic Relief Malaysia terus salur bantuan meski gerak kerja terbatas. https://islamic-relief.org.my/ms/islamic-relief-malaysia-terus-salur-bantuan-meski-gerak-kerja-terbatas/
Islamic Relief Malaysia. (n.d.). Kemahiran dan kecemerlangan intelek (ISE) - Menyediakan pendidikan bagi pelarian Rohingya di Malaysia. https://islamic-relief.org.my/ms/refugee-intellectual-skills-excellence-rise-menyediakan-pendidikan-bagi-pelarian-rohingya-di-malaysia/
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khan, I. N. G., Shukor, H. A., Hashim, H., & Yusof, N. (2019). Isu perundangan berkaitan perkahwinan etnik Rohingya beragama Islam di Malaysia. 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, Malaysia, 66-75. http://conference.kuis.edu.my/mfifc/images/E-Proceeding-2019/06-Isu_perundangan-_Intan_Nadia_Ghulam_Khan.pdf
Miskiman, N., & Zainal, K. (2019). Cabaran dan limitasi pendidikan untuk kanak-kanak tanpa warganegara di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Proceeding International Conference on Business, Education, Innovation & Social Science (ICBEISS 2019), Malaysia, 382-290. https://www.academia.edu/39931538/cabaran_dan_limitasi_pendidikan_untuk_kanak_kanak_tanpa_warganegara_di_pulau_mabul_semporna_sabah
Pazil, N. F. A. (2020). Aplikasi enam dimensi kelompok minoriti berdasarkan pendekatan Kinloch: Perubahan sosio-politik minoriti Rohingya. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 16(4), 311-325.
Suan, T. P. (2006). Kehidupan Rohingya di Malaysia: Perjuangan dalam Ketidakpastian Hidup. Akademika, 68(1), 111-122.
UNHCR Malaysia. (n.d.). Figures at a Glance in Malaysia. https://www.unhcr.org/en-my/figures-at-a-glance-in-malaysia.html
Wahab, A. A. (2019). Dalal dan penyeludupan Rohingya ke Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wahab, A. A. (2017). Penyeludupan migran dan keselamatan insan: Kajian kes orang pelarian Rohingya di Lembah Klang, Malaysia. [Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan], Universiti Kebangsaaan Malaysia, Selangor.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 Aida Zahirah Samsudin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.