Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Fatwa Berkaitan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Shisha Di Malaysia

Authors

  • Wan Zulkifli Wan Hassan
  • Nabilah Abdullah
  • Nazri Muslim
  • Jamsari Alias

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no1.20

Abstract

The usage of electronic cigarette (e-cigarette) and shisha has been expanding rapidly especially among young Malaysians, as if they are unstoppable and their usages are regarded as pleasure. This brings the question whether Malaysian community realize on the prohibitions of hazardous elements in their lives as outlined in Islam as clearly stated by the authorities in their Islamic legal rulings / law (fatwa). There are several fatwas produced to ensure the health and safety of the people are intact. Therefore the fatwa institutions from the federal as well as states play significant role in ensuring a harmonious and religious lives among citizens are upheld. Therefore, there is a need for studies on fatwa on e-cigarette and shisha need to be holistically researched, as they are produced with great intentions. The fatwa must also in line with al-Quran and al-Sunnah as well as relevant with their aims and wisdoms which are known as “maqasid syariah”. In this article, the writers investigate the requirements of maqasid syariah in the development of fatwas among Majlis Fatwa Kebangsaan and a few other states’ fatwa institutions relating to e-cigarette and shisha usages from the period of 2010 to 2015. The writers found out that all of the fatwas produced, have included the opinions and rulings of maqasid syariah to uphold and enforce not only on religious perspectives, but also for the sake of lives, minds, dignities and possessions of Muslims.
Keywords: Maqasid Syariah, Fatwa, electronic cigarette, shisha, Malaysia

ABSTRAK: Penggunaan rokok elektronik dan shisha telah menular dalam masyarakat Malaysia terutamanya anak muda pada masa kini. Ia seolah-olah tidak mampu dibendung sehingga penggunaannya dianggap sebagai suatu keseronokan dan kebanggaan bagi kehidupan mereka. Namun adakah masyarakat Malaysia sedar bahawa syariat Islam mempunyai garis panduan yang sebenar bagi mereka mengenai kepenggunaan bahan-bahan yang boleh memberi kemudaratan kepada mereka. Oleh itu permasalahan tersebut perlu diselesaikan melalui penjelasan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti. Terdapat banyak fatwa untuk menyelesaikan isu tersebut sebagai suatu penjelasan hukum kepada masyarakat dengan harapan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terus terpelihara. Oleh yang demikian, institusi fatwa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri memainkan peranan yang amat signifikan bagi memastikan amalan hidup secara beragama dan sihat dapat direalisasikan sepenuhnya. Kajian secara menyeluruh terhadap fatwa yang sedia ada bagi penggunaan rokok elektronik dan shisha perlu diambil perhatian bagi memastikan matlamat penjelasan dan pengamalan tercapai. Fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan jawatankuasa fatwa tidak akan diputuskan tanpa tujuan, matlamat dan keperluan. Ia perlu selari dengan hukum syarak yang ditetapkan oleh Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah sekali gus perlu menepati matlamat dan hikmahnya yang lebih dikenali sebagai “maqasid syariah”. Dalam artikel ini, penulis hanya melihat sejauh mana keperluan maqasid syariah diambil perhatian dan pertimbangan wajar dalam penentuan sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah negeri dalam isu yang berkaitan penggunaan rokok elektronik dan shisha dari tahun 2010 hingga 2015. Penulis mendapati, kesemua fatwa yang telah diputuskan mengambil kira pengaplikasian maqasid syariah demi untuk menjaga dan mengukuhkan lagi bukan sahaja berkaitan agama, bahkan ia juga melibatkan nyawa, akal, maruah dan harta benda masyarakat Islam.
Kata kunci: Maqasid Syariah, Fatwa, rokok elektronik, shisha, Malaysia,

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Wan Zulkifli Wan Hassan

Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Nabilah Abdullah

Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia

Nazri Muslim

Pusat Citra,Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, Malaysia

Jamsari Alias

Pusat Citra,Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, Malaysia

References

Abdul Rahman Ibrahim al-Kailani. (2000). Qawa’id al-Maqasid ‘Inda al- Imam Al-Syatibi. Damsyiq : Dar al-Fikr.
Ahmad Yusdirman. (2016). Rokok Elektronik (Vape)- Bahaya atau Membantu Perokok?, Lihat dalam http://www.majalahsains.com).
Al-Burhani Muhammad Hisyam. (1995). Sadd al-Dhara’I’ fi al-Syari’ah al-Islamiyyah. Damsyik: Dar al-Fikr.
Al-Suyuti. (1990). Al-Asybah wa al-Naza’ir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Badran Abu al-‘Ainain Badran. (1969). Usul al-Fiqh, Mesir: dar al-Ma’arif
Cartomizers vs Atomizers vs Clearomizers: Ultimate Guide, https://quitsmokingcommunity.org. Capai pada 9 Ogos 2016.
Gilbert HA. (1965). Smokeless non-tobacco cigarette. 3,200,819 United States Patent Office 1963;; Wikipedia, Electronic cigarette, http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette, Capaian pada 8 Ogos 2016.
Hasan hj. Ahmad. (1999). Maqasid Syariah: Konsep dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan Hukum, dalam Abdul Karim Ali dan Raihanah Azahari, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Herzog B., Metrano B., Gerberi J. (2012). Tobacco Talk Survey: E-Cigarettes a promising opportunity. Equity Research, Wells Fargo Securities. Lihat: http://www.stevevape.com/wp-content/uploads/2012/05/E-Cigs-A-Promising-Opportunity.pdf . Capaian pada 9 Ogos 2016.
Kamal Chaouachi. (2009). Hookah (Shisha, Narghile) Smoking and Environmental Tobacco Smoke (ETS). A Critical Review of the Relevant Literature and the Public Health Consequences, in International Journal of Environmental Research and Public
Health, DIU Tabacologie, Université Paris XI / Paris, France; 6(2), 798-843.
Leon Kosmider, Andrzej Sobczak, Maciej Fik, Jakub Knysak, Marzena Zaciera, Jolanta Kurek, Maciej Lukasz Goniewicz. (2014). Carbonyl Compounds in Electronic Cigarette Vapors: Effects of Nicotine Solvent and Battery Output Voltage, http://ntr.oxfordjournals.org, Capaian pada 23/8/2016.
Maria Mironidou-Tzouveleki, Evanthia Tzitzi, Panagiotis Tzitzis. (2015). dalam Electronic Cigarette (E-Cig) As A Way Of Smoking Cessation: Benefits And Potential Harms, Journal of Drug Addiction, Education, and Eradication, Nova Science Publishers, Inc. Volume 11, Number 3-4 ;
Mironidou-Tzouveleki, Maria; Tzitzi, Evanthia; Tzitzis, Panagiotis. 2015, Journal of Drug Addiction, Education, and Eradication. 2015:235-253.
Rima Nakkash, Joanna Khalil. (2010). Health Warning Labelling Practices On Narghile (Shisha, Hookah) Waterpipe Tobacco Products And Related Accessories, in Tobacco Control, 19:235-239, http://tobaccocontrol.bmj.com ). Capaian pada 9 Ogos 2016.
Shukeri Mohamad. (1996). Maqasid al-Syariah dalam Pengurusan Harta, dalam Abdul Kadir et. Al, Monograf Syariah, Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya
The Sacred Narghile. (updated 2006). Available at URL: http://www.sacrednarghile.com/en/index.php; Capaian ada 9 Ogos 2017.
Online. http://www.canadavapes.com/health/propylene-glycol-safety.html.
Online. http://www.wisegeek.com/what-is-vegetable-glycerin.htm.
Yusuf al-Qaradhawi. (2004). http://www.aljazeera.net/programs/religionandlife/2004/6/3. Capaian pada 9 Ogos 2017.
Yusuf Hamid al-‘Alim. t.th, al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syaria’ah al- Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Hadith

Published

2018-09-03
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol3no1.20
Published: 2018-09-03
033 OJS add phone number field

How to Cite

Wan Hassan, W. Z., Abdullah, N., Muslim, N., & Alias, J. (2018). Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Fatwa Berkaitan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Shisha Di Malaysia. Sains Insani, 3(1), 18-26. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no1.20
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange