Peranan dan Sumbangan Wanita terhadap Perkembangan Pendidikan Pondok: Kajian Biografi terhadap Ustazah Zaidatulakmam di Pusat Pengajian As-Sirajul Munir

The Role and Contribution of Women to the Development of Pondok Education: A Biographical Study of Ustazah Zaidatulakmam at Pusat Pengajian As-Sirajul Munir

Authors

  • Nurhamidah Jalil Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, N.Sembilan, Malaysia https://orcid.org/0009-0006-7042-840X
  • Nik Suhaida Nik Abdul Majid Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Islam Sains Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol9no2.691

Keywords:

: peranan wanita, sumbangan wanita, pondok di Malaysia, pendakwah wanita, Pusat Pengajian Islam

Abstract

Abstrak: Dalam konteks sejarah dan perkembangan pendidikan pondok di Malaysia, kajian mengenai peranan wanita sering kali terpinggir atau kurang diberikan perhatian yang sewajarnya. Sebagai pendidik, penggerak masyarakat, dan penyebar ilmu, tokoh wanita memainkan peranan yang signifikan dalam mengukuhkan kedudukan pendidikan pondok, terutamanya dalam konteks pemerkasaan wanita. Terdapat jurang yang besar dalam kajian lepas mengenai tokoh wanita dalam sistem pendidikan pondok kerana kajian mengenai tokoh di Malaysia yang melibatkan pembangunan sistem pondok banyak mengetengahkan tokoh lelaki. Realitinya, tokoh wanita sewajarnya juga diangkat kerana peranannya yang signifikan dalam memahami keperluan dan kesesuaian hal ehwal wanita. Justeru, artikel ini mendalami seorang tokoh wanita bernama Ustazah Zaidatulakmam yang telah mengasaskan dan membangunkan Pusat Pengajian As-Sirajul Munir sebagai pusat penyebaran dakwah dan ilmu agama kepada golongan wanita dari seawal usia kanak-kanak sehinggalah warga emas. Kajian biografi ini bertujuan mendokumentasikan latar belakang kehidupan, pendidikan dan perjalanan dakwah Ustazah Zaidatulakmam bagi menganalisis peranan dan sumbangan beliau sebagai wanita dalam konteks sistem pendidikan pondok. Data diperoleh melalui kaedah temu bual dan dokumen seterusnya diinterpretasi menggunakan kaedah naratif dan analisis tematik. Dapatan kajian menyimpulkan terdapat lima peranan dan sumbangan beliau melalui posisi sebagai pengasas pondok, pengajar, penulis, penceramah dan usahawan di pondok tersebut yang menyumbangkan pelbagai sumbangan dalam pembangunan wanita dari aspek ilmu dan sosial.

 

Abstract: In the context of the history and development of pondok education in Malaysia, the role of women has often been marginalized or given insufficient attention. As educators, community leaders, and disseminators of knowledge, women figures play a significant role in strengthening the position of pondok education, particularly in the context of women's empowerment. There is a substantial gap in previous research regarding female figures within the pondok education system, as studies in Malaysia that focus on the development of the pondok system have largely highlighted male figures. In reality, women figures also deserve recognition for their significant role in understanding the needs and suitability of women's affairs. Therefore, this article delves into the story of a female figure named Ustazah Zaidatulakmam, who founded and developed Pusat Pengajian As-Sirajul Munir as a center for disseminating dakwah (Islamic preaching) and religious knowledge to women, from early childhood to the elderly. This biographical study aims to document the background, education, and dakwah journey of Ustazah Zaidatulakmam in order to analyze her role and contributions as a woman within the context of the pondok education system. Data was obtained through interviews and documents, and subsequently interpreted using narrative and thematic analysis methods. The findings of the study conclude that there are five roles and contributions she made through her positions as a pondok founder, educator, writer, speaker, and entrepreneur at the pondok, contributing to the development of women in terms of knowledge and social aspects.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Faizal Yusoff, Nik Norliati Fitri Md Nor, Norizan Musa, & Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2022). Institusi pondok sebagai pilihan tempat tinggal warga emas wanita ke arah kesejahteraan hidup: Kajian kes di Terengganu. Journal of Sciences and Humanities, 19(5), 195-209.

Al-Nawawi. (1999). Al-Minhāj fī Şharh Şahīh Muslīm. Dar al-Khayr.

Azmi, B. & Mohamad Nazli, O. (2018). Sumbangan Mualim Haji Wahid dalam bidang dakwah di Melaka. Jurnal Maw’izah, 1(1), 137-153. https://www.unimel.edu.my/journal/index.php/JMAW/article/view/232/202

Bayan Linnas. (2019). Siri Ke-202: Guru dan kemuliaannya. https://www.muftiwp.gov.my/ms/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/3593-bayan-linnas-siri-ke-202-guru-dan-kemuliaanya

Haris, H. (2012). Metodologi peneliian kualitatif untuk ilmu-ilmu sosial. Salemba Humanika.

Irsyad Al-Fatwa. (2016). Siri Ke-122: Keperluan mendapatkan tauliah mengajar. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1310-irsyad-al-fatwa-ke-122-keperluan-mendapatkan-tauliah-mengajar

Kamarul Azmi jasmi. (2020). Siri Buku Amalan Harian. Akademi Tamadun Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Khadijah Zulfa. (2022). Kuselami Jiwamu. Laman Taman Ilmu Resources.

Khairul Nizam Zainal Badri. (2022). Development of self-potential in pondok education curriculum. Jurnal Ilmiah AL-Jauhari: Jurnal Studi Islam dan Interdisipliner, 7(1), 1-13. http://doi.org/10.30603/jiaj.v7i1.2518

La Mansi. (2013). Ulama perempuan Kota Palu Sulawesi Tengah: Biografi Syarifah Sa’diyah. Al-Qalam, 19(1), 75-84. http://dx.doi.org/10.31969/alq.v19i1.144.

Mohamad Redha Mohamad, Muhammad Zaid Shamshul Kamar & Shaharuddin Saad. (2018). Kepentingan sanad dalam menjaga keaslian al-Quran. Dlm Phayilah Yama et. al,. (Pytg), Proceeding of The International Conference on Contemporary Issues in Al-Quran and Hadith (92-98). Kolej Universiti Islam Selangor. https://conference.uis.edu.my/thiqah/e-prosiding/e-prosiding/e-prosiding-2018/isi-kandungan.

Mohammad Syahrol Azmil Mohamad Sani & Ashraf Ismail. (2021). Peranan dan sumbangan pondok baitul qurro' terhadap dakwah Islam di Melaka. Jurnal Maw’izah, 4, 61-74.

Mohd Farid Ravi Abdullah. & Zahari Mahad Musa. (22 Oktober 2019). Ulama Selangor: Peranan dan sumbangan [Conference session]. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3, Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Mohd Haidhar Kamarzaman, Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman & Mohd Sobri Ellias. (2021). Pondok sebagai benteng akidah ahli sunnah wal jamaah. Jurnal Al-Ummah, 3, 1-32.

Nasrun S & Norhayati Haji Hamzah. (2013). Peranan pondok pesantren di Kerinci Jambi Indonesia dalam perkembangan pendidikan Islam. Jurnal Al-Tamaddun, 8(1), 189-209.

Nasser, S. (2013). The transmission of the variant readings of the Qur'an. Brill.

Niken Bayu Algaheni & Gita Kostania. (2022). Tinjauan literatur: Pengaruh tahnik terhadap bayi baru lahir. Avicenna: Journal of Health Research, 5(2), 47-60.

Nur Afiqah Mohamad Haluwi & Khazri Osman. (12 Julai 2021). Ketokohan Tuan Guru Haji Abdul Aziz b Haji Abu Bakar dalam bidang dakwah [Conference session]. Seminar Tokoh Dakwah 1.0 (SEDAKWAH), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Azwa Azman. & Khazri Osman. (12 Julai 2021). Tokoh dakwah Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Mohd Nor. Seminar [Conference session]. Seminar Tokoh Dakwah 1.0 (SEDAKWAH), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Khaevani, Lalu Fauzi Haryadi. & Muhammad Ramdani Nur. (2023). Dedikasi ulama perempuan dalam pendidikan Islam: Kajian historis Ummuna Hj. Siti Raihanun Zainuddin Abdul Majid. Al-Nahdlah: Jurnal Pendidikan Islam, 3(2), 94-101.

Nurulhuda, I. & Umi Nur Amirah, N. A. (2019). Nusantara selepas merdeka: Cabaran agamawan dalam membela & membangun tanah air: Ulama Wanita Dan Perjuangan Kemerdekaan Negara: Rahmah Al-Yunusiyyah (1900-1969). UKM Bangi, Malaysia.

Noornajihan Jaafar, Zulkiple Abd Ghani, Siti Rugayah Hj Tibek, Amir Husin Mohd Nor, Setiyawan Gunardi, Noor Azizi Ismail, Ramiaida Darmi, Noor Saazai Mat Saad, Mohd Muzhafar Idrus, Hazlina Abdullah, Maziahtusima Ishak, Hayati Ismail & Adibah Sulaiman. (2017). Cabaran institusi pendidikan pondok serta impak terhadap pembentukan diri pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2(6), 223 – 235.

Norman, K. D. & Yvonna, S. L. (2009). Handbook of qualitative research. SAGE Publications.

Nor Rafidah Saidon, Sity Daud, & Mohd Samsudin. (2017). Faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika, 87(3), 63-75.

Syed Salim Syed Shamsuddin. (2021). Tuan Guru Haji Othman Qarib: Tokoh ulama Perak dan sumbangannya terhadap pengajian talaqqi dan dakwah. Dlm Anita Ismail et. al,. (Pytg), E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021 (477-489). Universiti Sains Islam Malaysia.

Ummah Karimah. (2018). Pondok pesantren dan pendidikan: Relevansinya dalam tujuan pendidikan. Misykat, 3(1), 137-154. http://doi.org/10.33511/misykat.v3i1.50.

Zaidatulakmam Zakaria. (2023). Solat Adalah Kunci Syurga. Laman Taman Ilmu Resources.

Zaidatulakmam Zakaria. (2023). Zadul Khairat. Laman Taman Ilmu Resources.

Zati Azmina Jaafar. (22 Oktober2019), Tok Guru Dala Peranan dan Sumbangan dalam Pendidikan Islam Nusantara [Conference session]. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 Ke -3 Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor.

Published

2024-11-30
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol9no2.691
Published: 2024-11-30
033 OJS add phone number field

How to Cite

Jalil, N., & Nik Abdul Majid, N. S. (2024). Peranan dan Sumbangan Wanita terhadap Perkembangan Pendidikan Pondok: Kajian Biografi terhadap Ustazah Zaidatulakmam di Pusat Pengajian As-Sirajul Munir: The Role and Contribution of Women to the Development of Pondok Education: A Biographical Study of Ustazah Zaidatulakmam at Pusat Pengajian As-Sirajul Munir. Sains Insani, 9(2), 203-214. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol9no2.691
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)