Pembelajaran Norma Baharu Era Covid-19: Refleksi Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan USIM
Learning in the New Norms of the Covid-19 Era: USIM Research Methodology Course Students’ Reflections
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.276Keywords:
COVID-19, kursus Metodologi Penyelidikan, pembelajaran dalam talian, norma baharuAbstract
Masyarakat seluruh dunia menyaksikan perubahan drastik dalam kehidupan mereka sejak berlakunya penularan wabak COVID-19. Perubahan ini meliputi semua aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat terpaksa mengharungi norma kehidupan baharu bagi mengekang penularan pandemik ini. Bidang pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahu pun institusi pengajian tinggi turut terkesan dengan perubahan tersebut. Di Malaysia, para pendidik dan pelajar mula beralih daripada pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah dan bilik kuliah kepada norma baharu PdP dalam talian (online). Pelbagai platform digunakan untuk merealisasi sistem PdP seperti penggunaan Google Classroom, Telegram, Zoom, Microsoft Teams dan sebagainya agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut melaksanakan pembelajaran dalam talian selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya pembelajaran pelajar dapat diteruskan tanpa sebarang halangan. Kajian ini cuba melihat perubahan ini dari kaca mata pelajar Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka tentang pembelajaran dalam talian. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik bentuk terbuka. Responden kajian terdiri daripada pelajar Tahun 3 yang mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan (MP) pada semester satu sesi akademik 2020/2021. Hasil kajian mendapati kursus ini sukar untuk dipelajari melalui dalam talian kerana memerlukan penerangan secara terus dan terperinci daripada pensyarah. Selain itu, pelajar juga kurang selesa mengikuti pembelajaran dalam talian kerana tidak dapat bersemuka dengan pensyarah untuk bertanyakan apa jua permasalahan yang dihadapi semasa melakukan tugasan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak pensyarah dan pentadbir universiti untuk memastikan kaedah PdP yang bersesuaian kepada pelajar dan memberi manfaat yang optimal dalam pembelajaran mereka.
Downloads
References
Adnan, M & Anwar, K. (2020). Online Learning Amid The COVID-19 Pandemic: Students' Perspectives. Journal of Pedagogical Sociology and Psychology, 2 (1), 45-51.
Cameron, E., & Green, M. (2019). Making Sense Of Change Management: A Complete Guide To The Models, Tools And Techniques Of Organizational Change. Kogan Page Publishers.
Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. E-Risalah USIM. Dicapai pada 2 Disember 2020 dari https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/
Hill, K & Fitzgerald, R. (2020). Student Perspectives On The Impact Of COVID-19 On Learning. AISHE-J, 12 (2), 1-9.
Hiltz, S. R., & Turoff, M. (2005). Education Goes Digital: The Evolution Of Online Learning And The Revolution In Higher Education. Communications of the ACM, 48(10), 59–64.
Kopp, M., Gröblinger, O., & Adams, S. (2019, March 11–13). Five common assumptions that prevent digital transformation at higher education institutions. Dalam INTED2019 Proceedings, pp. 1448–1457.
Leszczyński, P., Charuta, A., Łaziuk, B., Gałązkowski, R., Wejnarski, A., Roszak, M., & Kołodziejczak, B. (2018). Multimedia And Interactivity In Distance Learning Of Resuscitation Guidelines: A Randomised Controlled Trial. Interactive Learning
Environments, 26(2), 151–162.
Muzaffar Syah Mallow. (2020 Jun 29). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian. Tinta Minda. Dicapai pada 2 Disember 2020 dari https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1853908
Shivangi, D. (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems 2020, 49(1), 5–22.
WHO. (2020). Coronavirus disease (COVID-19) pandemic. World Health Organization. Dicapai pada 2 Disember 2020 dari https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2021 Lubna Abd Rahman, Zalika Adam, Siti Rosilawati Ramlan, Ghazali Zainuddin
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.