Pewajaran Ratu Serimpak Sebagai Simbol Budaya dan Tradisi Etnik Sama-Bajau
The Justification of the Ratu Serimpak as a Symbol of Culture and Tradition of the Sama-Bajau Ethnic
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no1.764Keywords:
Busana Tradisi; Hiasan Kepala; Ratu Serimpak; Sama-Bajau; SabahAbstract
Pertandingan Ratu Serimpak merupakan aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha untuk mengangkat dan melestarikan warisan budaya ini agar terus diingati oleh masyarakat khususnya etnik Sama-Bajau. Serimpak merupakan hiasan kepala yang dipakai bersama dengan Badu Sipak (busana tradisi) oleh wanita etnik Sama-Bajau ketika majlis perkahwinan mahupun majlis keramaian. Busana tradisi ini menjadi simbol budaya dan tradisi etnik yang memperlihatkan keunikan dari segi reka bentuk dan warna yang terdapat dalam pakaian etnik ini. Kajian ini meneliti pewajaran Ratu Serimpak sebagai simbol budaya dan jati diri etnik Sama-Bajau di Sabah yang dipertandingkan di negeri Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan etnografi melalui tinjauan literatur, pemerhatian, dokumentasi visual dan temu bual bersama informan utama. Data visual yang dikumpulkan akan dianalisis melalui triangulasi untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan. Data visual yang diperoleh akan dipindahkan ke data analisis selepas selesai proses triangulasi dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan pertandingan Ratu Serimpak ini merupakan usaha penting untuk memartabatkan busana etnik Sama-Bajau di samping dapat memupuk kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau untuk mengenal lebih mendalam tentang warisan budaya etnik mereka. Penilaian terhadap peserta dalam pertandingan Ratu Serimpak merangkumi aspek pengetahuan dan peri laku budaya, kefasihan berbahasa ibunda, penilaian dalam penggayaan busana tradisi dan sesi soal jawab dapat dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau terhadap budaya dan bahasa mereka. Impak kepada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk melestarikan budaya dan etnik melalui pertandingan Ratu Serimpak ini. Penganjuran pertandingan ini mampu menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar Sabah untuk memahami warisan budaya di negeri Sabah.
Downloads
References
Barthes, R. (2013). The language of fashion. Los Angeles: Bloomsbury Publishing.
Chong Han San & Low Ai Fuah. (2008). The tamu native market. Kota Kinabalu: OPUS.
Condronegoro, Mari S. (1995). Busana adat keraton Yogyakarta. Yogyakarta: Yayasan Pustaka Nusatama.
Derrett, R. (2008). Regional festivals nourishing community resilience: The nature and role of cultural festivals in Northern Rivers NSW communities. Southern Cross University, Lismore, NSW. Doctoral dissertation. unpublished.
Florina Jumil. (2023). Unduk Ngadau: Sejarah, falsafah dan tradisi. Jurnal Antarabangsa Pengajian Kepulauan Melayu 1(3), 55-62.
Forney, J. C., & Rabolt, N. J. (1986). Ethnic Identity: Its Relationship to Ethnic and Contemporary Dress. Clothing and Textiles Research Journal, 4(2), 1-8. https://doi.org/10.1177/0887302X8600400201
Humin Jusilin & Salbiah binti Kindoyop. (2015). Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran. Gendang Alam, 5, 39-61.
Humin Jusilin & Salbiah binti Kindoyop. (2016). Rekaan busana tradisional wanita etnik Lotud di Sabah. Dlm. Mat Zin Mat Kib, Christina Andin & Ismail Ali (Eds.). Pluralisme Etnisiti Sabah dan Sarawak. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pp:165-178.
Humin Jusilin. (2013). Lemba’ (Pelamin): Sebagai objek budaya dalam adat perkahwinan masyarakat Iranun di Sabah. TENIAT: International Journal of Creative Futures and Heritage, 1(1), 112-128.
Humin Jusilin. (2019). Identiti budaya dalam reka bentuk busana tradisi wanita Tatana di Kuala Penyu Dlm. Ismail Ibrahim, Mat Zin Mat Kib & Sim Chee Cheang (Eds.). Borneo dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. 239-255.
Jenefer Masirin & Prinses Saliang. (2018). Sustaining ethnic identity through fashion. International Journal of INTI, 22, Special Issue, 48-53.
Kamus Dewan. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koentjaraningrat. (2000). Pengantar Ilmu Antropologi. Jakarta: Rineke Cipta
Marican, Sabitha. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial . Petaling Jaya: Prentice Hall.
Norshahira Abdul Said & Leng Poh Gee. (2023). Kajian Kes Terhadap Igal-Igal Suku Kaum Bajau Di Daerah Kunak, Sabah. Dlm. Chin, L. F. H., Hamza, H. Z., & Sampurno, M. B. T. (Eds.). Kajian kes dalam seni persembahan. Volume 1. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pp: 78-91.
Home [Facebook page]. Facebook Pusat Kebudayaan Bajau Sama Tuaran. Diakses pada September, 10, 2024, https://www.facebook.com/RumahBajau/?locale=ms_MY
Home [Facebook post]. (2024, Oktober, 21). Facebook Nazir Badu Sama. Facebook. https://www.facebook.com/rashideh2?locale=ms_MY
Riza Mutia, dkk. (1996). Kerajinan perak di Sumatera Barat. Padang: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Museum Negeri Propinsi Sumatera Barat.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2009). Pragmatik ragam dan warna tipo selisir dan sempangan Bajau. Dlm. Low Kok On, Inon Shaharuddin Abd Rahman & Esterlina Lazarus (Eds.). Isu-isu Sastera dan Budaya: Prosiding Persidangan Seni Kebangsaan, 24-25 Julai 2009. Kota Kinabalu: Norzaynab Printing Sdn Bhd. Pp: 263-272.
Salbiah Kindoyop, Humin Jusilin & Noria ak Tugang. (2017). Pembudayaan reka bentuk busana tradisional masyarakat Dusun Tindal di Sabah. Jurnal Gendang Alam, 7, 137-149.
Siti Halizah Mudin, Zaimie Sahibil & Friscilla Saimun. (2019). Pembentukan imej geometri dan citra budaya dalam tenunan tubau masyarakat Iranun di Kota Belud. Jurnal Gendang Alam, 9, 43-55.
Tamu Besar Kota Belud. (2024, September 19). https://kotabeludhijau.wordpress.com/2009/10/20/tamu-besar-kota-belud-24-25-10-2009/
Ulrich, D. (1998). Six practices for creating communities of value, not proximity. In F. Hesselbein, M. Goldsmith, R. Beckhard, & R. F. Schubert (Eds.). The community of the future (pp. 155–166). San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
UNESCO. (2003). Convention for the safeguarding of the intangible Cultural Heritage. Paris: UNESCO.
Wills, J. (2001). Just, vibrant and sustainable communities, a framework for progressing and measuring community wellbeing. Local Government Community Services of Australia, Townsville.
Yuliarma, Y. (2016). The art of embroidery designs: Mendesain motif dasar bordir dan sulaman. Jakarta: Keputakaan Populer Gramedia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Rosmah Derak, Saidatul Nornis Haji Mahali, Noorafini Kassim (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.