Pengamalan Komunikasi Dakwah kepada Orang Asli di Negeri Selangor
The Practice of Dakwah Communication towards Orang Asli in Selangor
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no1.546Keywords:
Kata Kunci: Komunikasi, Dakwah, Penggerak, Orang AsliAbstract
Abstrak: Berdakwah kepada Orang Asli bukanlah sesuatu yang baru untuk para pendakwah di Malaysia. Pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan ajaran Islam sampai kepada Orang Asli. Terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pendakwah seperti sukar menguasai bahasa Orang Asli dan kelemahan yang ditunjukkan oleh pendakwah itu sendiri. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah kepada Orang Asli dan juga mengenalpasti halangan dan cabaran dakwah komunikasi yang dihadapi oleh pendakwah ketika berdakwah kepada Orang Asli. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui temubual separa struktur dengan melibatkan seramai sembilan orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di Negeri Selangor sebagai peserta kajian. Data disusun dan dikodkan mengikut tema dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua jenis komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah iaitu secara lisan dan bukan lisan. Pendekatan dakwah bil-hal mendapat respon yang baik dalam kalangan Orang Asli. Namun begitu, dakwah bil-qolam dan dakwah bil-lisan masih lagi relevan untuk digunakan kepada Orang Asli. Pendakwah lebih gemar gemar menggunakan dakwah bil-hal ketika berdakwah kepada Orang Asli seperti ziarah rumah Orang Asli dan membantu Orang Asli yang dalam kesukaran. Selain itu terdapat juga cabaran dan halangan yang dihadapi oleh para pendakwah seperti disihir oleh Orang Asli ketika berdakwah. Terdapat juga Orang Asli yang menggunakan rumah mereka untuk dijadikan gereja bagi menyebarkan fahaman Kristian kepada penduduk kampung. Namun, dengan adanya pelbagai bentuk metodologi dakwah, ia dilihat mampu melembutkan hati Orang Asli. Oleh itu, usaha dan kemahiran para pendakwah perlu diperkemaskan dari pelbagai aspek bagi memastikan kejayaan misi dakwah.
Abstract: Preaching to the Orang Asli is not something new for preachers in Malaysia. Various methods are used to ensure that Islamic teachings reach the Orang Asli. There are various challenges and obstacles faced by the preacher such as the difficulty in mastering the Orang Asli language and the weaknesses shown by the preacher himself. This study was carried out to identify the preaching communication used by the preacher to Orang Asli, and to identify the obstacles and challenges faced by the preachers when preaching to Orang Asli. This qualitative study uses a case study design. Data was obtained through semi-structured interviews involving a total of nine Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) in the State of Selangor as study participants. Data were organized and coded according to themes and analyzed descriptively. The results of the study show that there are two types of preaching communication used by preachers, namely verbal and non-verbal. Dakwah bil hal approach received a good response among the Orang Asli. Nevertheless, dakwah bill qolam and dakwah bil lisan are still relevant to be used for Orang Asli. Preachers prefer to use dakwah bil hal when preaching to Orang Asli, such as visiting Orang Asli homes and helping Orang Asli who are in difficulty. In addition, there are also challenges and obstacles faced by the preachers such as being bewitched by Orang Asli when preaching. Besides, there are Orang Asli that use their houses as churches to spread Christianity to the villagers. However, the various forms of preaching methodology are believed to be capable in softening the hearts of the Orang Asli. Therefore, the efforts and skills of preachers need to be streamlined from various aspects to ensure the success of the preaching mission.
Downloads
References
Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas. (2009). Kesedaran pendidikan dalam kalangan kanak-
kanak Orang Asli: perspektif pendidikan dan sosiobudaya. Bangi: Penerbit UKM.
Abdul Ghafar Don. (2014). Masyarakat Orang Asli Muslim Malaysia: Senario dan Realiti
Kefahaman dan Penghayatan Islam" Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmadi Abdul Rahman dan Ramlan Mustapha. (2020). Cabaran Pelaksanaan Dakwah terhadap
Masyarakat Orang Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Islammiyyat, 59-67.
Ahmad Redzuan bin Mohd Yunus, Ab. Aziz Mohd Zain. (2006). Dakwah masyarakat orang asli di
Negeri Pahang:Masalah pendakwah. Islamiyyat 28, 45-68.
Abdullah Ahmad Zin. (2009). Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Nur Damia Husna dan Zulkefli Aini. (2017). Bahasa Da’I dalam komunikasi Dakwah kepada
Masyarakat Orang Asli. Al-Hikmah 9(1), 110-127.
Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad. Mohd Sani Ismail (2019) Media Sosial Sebagai
Medium Dakwah Masa Kini. Universiti Islam Sultan Zainal Abidin
Syed Abdurrahman Syed Hussin. (2010). Dakwah kepada Orang Asli di Malaysia: Permasalahan
dan Halangan. Jurnal Usuluddin. September, 155-179.
Padzal bin Hj. Mokhtar (1997) Dakwah Di kalangan Masyarakat Orang Asli Negeri Terengganu,
UKM, Bangi.
Samsul Munir Amin. (2009). Ilmu Dakwah, M. A. Amzah, Jakarta
Zulkefli Bin Aini & S.Salahudin Suyurno. (2016). Pengantar Komunikasi dakwah. Bangi: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).
Wan Ahmad Amir Zal. (2013). Pembentukkan Modal Insan Orang Asli Darat dan Laut di Malaysia.
Journal of Society and Space, 1-14.
Zikmal Fuad. (2014) Pembangunan Dakwah Semasa, Bangi UKM.
Zulkifli Aini dan Abdul Ghafar Don. (2018). Pengamalan Bentuk-Bentuk Komunikasi Dakwah
Pendakwah Orang Asli. Al-'Abqari: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 13,
-116.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2023 Abu Sofi Hasbullah, Suhailiza Md. Hamdani, Eizan Azira Mat Sharif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.