Topik-Topik Komunikasi Dakwah Dalam Mesej Akidah Kepada Masyarakat Orang Asli di Selangor
Topics of Da'wah Communication In The Messages of the Faith to the Orang Asli in Selangor
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no2.56Abstract
One of the factors that can affect a person's behavior is a communication message. In the context of the da`wah, preachers who involved actively in da`wah communication with the Orang Asli should be able to ensure that the message conveyed can be understood by the target group. In addition, the selection of the correct messages of da`wah based on the foremost priority simplify the process of sharing information between the preachers and the Orang Asli. Accordingly, this article aims to identify specific topics of Islamic faith (akidah) submitted by the Orang Asli in the process of da`wah communication and to identify verbal feedback given by the preachers to the Orang Asli of the topics. This qualitative study using case study design and data was collected through semi-structured interviews. Interviews involving nine preachers were active in da`wah activity to the Orang Asli community in Selangor. Data were analyzed thematically according to the specified objectives. The study found that the topics frequently raised by the Orang Asli is concerned about belief in Allah, belief in Malaikat, and belief in Qada' and Qadar. The topics may be found within the framework of worldview in their beliefs and practice of ancient traditions. Therefore, the preachers gave verbal feedback on these topics is based on a clear and precise sample corresponding to the level of their thinking. The emphasis on these topics is very important to strengthen and purify the faith of the community.
Keywords: Communication; Message; Preacher; Indigenous community
Abstrak: Elemen mesej dalam komunikasi merupakan salah satu faktor yang dapat memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang. Dalam konteks dakwah, pendakwah yang terlibat dalam proses komunikasi dakwah dengan Orang Asli seharusnya berkebolehan memastikan kandungan mesej yang disampaikan boleh difahami oleh sasaran dakwahnya. Di samping itu, pemilihan mesej dakwah yang betul mengikut keutamaan memudahkan proses perkongsian maklumat antara pendakwah dengan Orang Asli. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti topik-topik tertentu dalam mesej akidah yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli kepada pendakwah dan mengenalpasti maklum balas lisan yang diberikan oleh pendakwah kepada Orang Asli terhadap topik tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pengumpulan data melalui temu bual separa struktur. Temu bual melibatkan sembilan orang pendakwah yang aktif dalam aktiviti dakwah masyarakat Orang Asli di Selangor. Data kajian dianalisis secara tematik mengikut objektif yang ditentukan. Kajian ini mendapati bahawa topik-topik yang sering dikemukan oleh Orang Asli kepada pendakwah dalam penyampaian mesej akidah ialah berkenaan tentang keimanan kepada Allah SWT, keimanan kepada malaikat, dan keimanan kepada qada’ dan qadar. Topik-topik berkenaan didapati berada dalam kerangka worldview kepercayaan dan amalan tradisi mereka. Sehubungan dengan itu, pendakwah memberikan maklum balas lisan terhadap topik-topik tersebut adalah berdasarkan keterangan yang jelas dan contoh yang tepat bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Penekanan terhadap topik-topik tersebut merupakan perkara yang penting dalam rangka mengukuhkan dan memurnikan akidah masyarakat Orang Asli.
Kata kunci: Komunikasi; Mesej; Pendakwah; Komuniti Orang Asli
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.