Pelanggaran Hak Kebebasan Bersuara melalui Penghinaan terhadap Agama: Penilaian Kritis dari Perspektif Islam dan Undang-Undang di Malaysia

Violation of the Right to Freedom of Speech through Religious Insults: A Critical Appraisal from the Perspective of Islam and Law in Malaysia

Authors

  • Nisar Mohammad Ahmad Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no2.497

Keywords:

Penghinaan Agama, Kebebasan Bersuara, Islam dan Undang-undang Malaysia

Abstract

Abstrak: Artikel ini bertujuan untuk meneliti isu penghinaan terhadap agama yang kerap berlaku mutakhir ini. Jika tidak ditangani sebaiknya, ia berpotensi mencetuskan suasana ketidakharmonian dan perbalahan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Tindakan menghina agama boleh dianggap sebagai suatu bentuk pelanggaran hak kebebasan bersuara yang dijamin di dalam Perlembagaan dan undang-undang. Bagi memahami isu ini dengan lebih lanjut, penelitian kritis akan dibuat berdasarkan perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk buku, artikel jurnal, dokumen dan laporan akhbar yang berkaitan. Bahagian awalan artikel ini meneliti konsep kebebasan bersuara yang merupakan satu cabang hak asasi manusia diikuti dengan penelitian berkaitan pelanggaran hak ini melalui tindakan penghinaan agama. Seterusnya, penelitian akan dibuat ke atas isu ini dari perspektif Islam dan beberapa akta yang berkuatkuasa dalam sistem perundangan di Malaysia. Beberapa contoh kes penghinaan terhadap agama akan turut dianalisis sebagai data sokongan diikuti dengan penelitian kepada faktor-faktor penyumbang dan kaedah penyelesaian. Dapatan daripada penulisan artikel ini mengesahkan perbuatan menghina mana-mana agama adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara sama ada yang digariskan oleh agama mahupun undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas serta proses pendidikan dan peningkatan kesedaran yang berterusan dalam masyarakat adalah penting bagi memastikan penghinaan agama tidak dinormalisasikan dalam kehidupan seharian.

 

Abstract: The aim of this article is to analyse the recent issue of religious insult which has the potential to create disharmony in the multi-racial community of this country. The act of insulting other religions can be considered as violating the right to freedom of expression guaranteed under the Federal Constitution and various laws in Malaysia. To further understand this issue, critical analysis will be made based on the perspectives of Islam and laws in Malaysia. This article uses qualitative research method by referring to books, journal articles, relevant documents and news reports. The preliminary part of this article examines the concept of freedom of expression as one of the basic human rights guaranteed for every human being. This article also analyses and justifies the act of insulting religion as tantamount to a violation of freedom of expression. Accordingly, a critical analysis will be made on this issue from the perspectives of Islam and relevant laws in Malaysia. A few cases of religious insult are analyzed as supporting information followed by appraisals on the contributing factors and solution mechanisms. The outcome of this article indicates and affirms that the act of insulting religions is clearly against the principle of freedom of expression as stipulated in Islam and Malaysian laws. Strict law enforcement as well as a continuous education and awareness raising process in the community are important to ensure that religious insults are not normalized in everyday life.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Kadir, M. N. (2009). Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Abdul Kadir, M. N. (2019). Fiqh Interaksi Antara Masyarakat Pelbagai Agama. Dalam Baharuddin, A et. al (Pnytg), Islam dan Hubungan Antara Penganut Agama (Hlm 179-217). Penerbit IKIM.

Ahmad Mughni, M. Z. (2022, Julai 19). Kecewa, putus asa dalam hidup, punca hina agama Islam – Exco. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/kecewa-putus-asa-dalam-hidup-punca-hina-agama-islam-exco/

Ahmad, N. M. (2021). Federal Constitution and Its Human Rights Approaches in Guaranteeing Peaceful Coexistence in Malaysia: An Analysis. Dalam Abdul Muthaliff et. al. (Pnytg), E-Proceedings of The International Conference on Aqidah, Religions and Social Sciences (Sigma 11). FKP, USIM.

Ahmad, N.M. (2011, July 1). Islam stresses principles of freedom of expression. Malaysiakini.com. https://www.malaysiakini.com/letters/168591

Ahmad, S. (2022, Julai 21). Penghantar makanan didenda RM50,000 hina Islam, Rasulullah SAW. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/978680/penghantar-makanan-didenda-rm50000-hina-islam-rasulullah-saw

Al-Shobuni, M. A. (t.t.) Shafwah al-tafasir tafsir lil quran al-'azim, jami'i baina al-mathur wa al-manqul. Dar Al-Hadith.

Astro Awani. (2021, Apr 17). Video Tular Iklan judi hina agama Islam – JAKIM [Video]. Youtube. https://www.astroawani.com/video-malaysia/video-tulariklan-judi-hina-agama-islam-jakim-1900190

Awang, A. et al. (2019). Pengukuhan Semula Peradaban Komuniti Cina Muslim Berasaskan Dialog Antara Agama: Pengalaman di Terengganu dan Brunei. Jurnal Sains Insani, 4(1), 77-84

Bernama. (2021, April 21). Hina agama Hindu, jurugambar didenda RM15,000. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/802824/hina-agama-hindu-jurugambar-didenda-rm15000

Countrymeters. (2022). Religion in Malaysia. https://countrymeters.info/en/Malaysia#religion

Daud, M. H. (2013). Non-Muslim Menurut Kaca Mata Rasulullah. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Hashim, H., Ghulam Khan, I. N., A. Shukor, H. & Yusof, N. (2021). Hukuman Bagi Kesalahan Penghinaan Ke Atas Rasulullah Saw Menurut Undang-Undang Jenayah Islam Dan Undang-Undang Di Malaysia. Dalam E-Proceedings of The International Conference on Da’wah and Islamic Management (IC-DAIM 2021) (Hlm. 58-72). Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Jabatan Agama Islam Selangor. (2022). Jangan Hina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Khutbah Jumaat 2 September 2022.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (2020, Februari 3). Larangan Menghina Agama Lain. https://muftins.gov.my/2020/02/03/larangan-menghina-agama-lain/

Jabatan Penerangan Malaysia (13 Mei, 2019). Data Kes Penghinaan Agama Islam. https://www.facebook.com/230445633883/photos/a.10151100879478884/10156786873673884/?paipv=0&eav=AfYI9AzmGZUuMH20zGE2eCpfiKlnZqvXg3LCeF-HR9j1WcBv3Lt0uETwd3rKh5qDaa0&_rdr

Karim, K. N. (2021, April 2). Photographer slapped with RM15,000 fine for insulting Hinduism. New Straits Times. https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/04/679006/photographer-slapped-rm15000-fine-insulting-hinduism

Kharal Anuar, M. A. & Samuri M. A (2017). Analisis Matan Undang-Undang Syariah Negeri Berkaitan Kesalahan Menghina Agama Islam di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 2(1), 1-30.

Kosmo (2022, Julai 18). Lagi kes hina agama Islam di media sosial. Kosmo online. https://www.kosmo.com.my/2022/07/18/lagi-kes-hina-agama-islam-di-media-sosial/

Malaysiapost (2021, Oktober 7). Polis siasat Ustaz Syakir Nasoha. https://malaysiapost.com.my/2021/10/07/polis-siasat-ustaz-syakir-nasoha/

Mohd Ramly, R., Abd Mutalib, M. M., Wan Mohd Razali, W. M. F. A., Mohd Shukor, N., Abd Rahman, M. R., Mat Sharif, E. A., Mustafa, M. Z., & Mohd Haris, I. (2021). Memahami Aspek Penghinaan Terhadap Agama Islam di Malaysia. Dalam E-Proceedings of The International Conference on Da’wah and Islamic Management (IC-DAIM 2021) (hlm 38-57). Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Mokhtar, N. A. (9 Julai, 2022). JAWI siasat persembahan komedi hina Islam. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/974812/jawi-siasat-persembahan-komedi-hina-islam

Nur Izzati Mohamad. (2021, Jun 30). Tukang urut hina azan ditahan. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/06/833854/tukang-urut-hina-azan-ditahan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2022, Julai 17). Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka – Mufti. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/dosa-besar-jadikan-agama-islam-sebagai-bahan-jenaka-mufti-371445

Razali, S. A. (2022, Julai 9). Polis siasat wanita hina Islam di kelab komedi. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/974866/polis-siasat-wanita-hina-islam-di-kelab-komedi

Redzuan Muharam. (2023, Mei 11). Penduduk Malaysia 33.2 juta, kadar kelahiran hidup meningkat. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1099817/penduduk-malaysia-332-juta-kadar-kelahiran-hidup-meningkat

Syahbudin, L. H. & Harun, M. S. (15 Jun 2022). Hormati kepercayaan agama rahsia keamanan sejagat. Malaysia Gazette. https://malaysiagazette.com/2022/06/15/hormati-kepercayaan-agama-rahsia-keamanan-sejagat/

Utusan Malaysia (2022, Julai 20). Hina agama: Duda direman empat hari. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/hina-agama-duda-direman-empat-hari/

Zuliaty Zulkiffli. (2021, Jun 15) Bakar tafsir al-Quran kerana kecewa kekasih berubah hati. Harian metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/718093/bakar-tafsir-al-quran-kerana-kecewa-kekasih-berubah-hati

Published

2023-11-30
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol8no2.497
Published: 2023-11-30
033 OJS add phone number field

How to Cite

Ahmad, N. M. (2023). Pelanggaran Hak Kebebasan Bersuara melalui Penghinaan terhadap Agama: Penilaian Kritis dari Perspektif Islam dan Undang-Undang di Malaysia: Violation of the Right to Freedom of Speech through Religious Insults: A Critical Appraisal from the Perspective of Islam and Law in Malaysia. Sains Insani, 8(2), 257-267. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no2.497
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange