Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia

Authors

  • Adlina Ab. Halim
  • Ahmad Nasir Mohd Yusoff
  • Arfah Ab Majid
  • Normala Othman
  • Norasyikin Azri
  • Nasrina M. Samir

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.151

Abstract

Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu contoh platform pembelajaran yang telah dilaksanakan di universiti awam dan swasta di Malaysia. Platform ini menggunakan kaedah pembelajaran secara maya di mana interaksi serta perbincangan dilakukan di dalam atas talian. Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 merupakan salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang merangkumi model, metod dan pendekatan yang lebih efektif dan interaktif seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti penerimaan pelajar UA terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan teknik survei melalui pengedaran instrumen soal selidik secara google form. Seramai 1373 orang pelajar Semester 1, sesi 2018/2019 daripada lima zon yang merangkumi 19 UA terlibat sebagai responden kajian. Persampelan kajian adalah secara berkelompok dan rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan cronbach alfa bagi bahagian penerimaan pelajar ialah 0.947. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0 berada pada tahap yang baik dengan min 4.04. Kajian mendapati kandungan MOOC TITAS 2.0 mempunyai elemen kemudahgunaan, kebolehgunaan, bersesuaian, sistematik dan memuaskan hati para penggunanya. Kajian merumuskan bahawa platform MOOC TITAS 2.0 merupakan salah satu contoh terbaik pelaksanaan e-learning sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran aktif, informatif dan interaktif.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd. Yusoff, Arfah Ab. Majid, Normala Othman dan Nasrina M Samir (2018). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Mooc Titas Versi 2.0 Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti Awam Malaysia. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 24-25 April 2019.

Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd. Yusoff, Arfah Ab. Majid, Normala Othman dan Atirah Ab. Samad (2018). E-Kandungan MOOC Tamadun Islam dan Tamadun Asia (MOOC TITAS) dalam Era Revolusi Industri ke-4. Prosiding Seminar Serantau Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari, UKM, 14-15 November 2018.

Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Noralina Ali (2016). Kaedah MOOC (Massive Open Online Course) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik (HE), Kenegaraan dan Pengajian Islam Alaf 21 di Universiti Awam dan Swasta. Prceeding of INSIGHt 2018 1st International Conference on Religion, Social Sciences and Technological Education, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, 18-19 Julai 2018.

Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2016). Kursus TITAS MOOC Dalam Platform ‘Open Learning” di UPM: Tumpuan kepada Konsep, Pelaksanaan dan Wadah Kesatuan Mahasiswa Pelbagai Bangsa. Jurnal Umran, Vol. 2, No. 1.

Baterah Alias, Azhar Aziz, Nur Zahidah Jaafar (2016). National Academic Colloquium Book Program muat turun 21/09/2019:

http://colloquiumilearn.uitm.edu.my/wp-content/uploads/2016/08/buku-program1.pdf

Cadangan Garis Panduan Pembangunan MOOC Malaysia (2017), muat turun 25/09/2019: http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_Garis_Panduan_Pembangunan_MOOC_Malaysia.pdf

Che Zaharah Abdullah, Fadhilah Adibah Ismail, Nur Nafhatun Md Shariff (2016). National Academic Colloquium Book Program, muat turun 24/09/2019:

http://colloquiumilearn.uitm.edu.my/wp-content/uploads/2016/08/buku-program1.pdf

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Latifah Abdul Latiff, Mashitah Sulaiman. (2019). Blended Learning dalam Kursus TITAS: Kajian terhadap Penggunaan TITAS MOOCs dalam Kalangan Pelajar UMS. Sains Insani 2019, Vol. 04, No. 01: 54-60.

Published

2020-05-31
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol5no1.151
Published: 2020-05-31
033 OJS add phone number field

How to Cite

Ab. Halim, A., Mohd Yusoff, A. N., Ab Majid, A., Othman, N., Azri, N., & M. Samir, N. (2020). Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia. Sains Insani, 5(1), 73-78. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.151
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange