Definisi, Konsep dan Teori Toleransi Beragama

Main Article Content

Khadijah Muda
Siti Nor Azhani Mohd Tohar

Abstract

Tujuan artikel ini adalah untuk menghuraikan definisi, konsep dan teori toleransi beragama. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Toleransi adalah sikap atau tingkahlaku individu dari segi dalaman atau luaran. Toleransi dari segi dalaman seperti persepsi, prejudis dan stereotaip tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia boleh berubah dan ditunjukkan melalui tingkah laku. Toleransi beragama pula boleh diertikan sebagai sikap atau tingkahlaku yang bersedia untuk menghormati dan membenarkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang halangan selagi mana tidak menyentuh sensitiviti agama lain dan tidak melanggar batas syariat yang ditetapkan agama. Dari segi teori pula, artikel ini mengupas teori toleransi beragama menunrut sarjana Islam dan Barat.

Article Details

How to Cite
Muda, K., & Mohd Tohar, S. N. A. (2020). Definisi, Konsep dan Teori Toleransi Beragama. Jurnal Sains Insani, 5(1), 194-199. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/179
Section
Articles