Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu

Authors

  • Nur Asyikin Hamdan
  • Abdul Latif Samian
  • Nazri Muslim

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.51

Abstract

Isu sains tauhidik masih baru dibahaskan dalam masyarakat kita. Oleh itu, kertas kerja ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang sains tauhidik ke arah pembangunan tamadun melayu. Pengkaji melihat dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu. Beliau ialah seorang saintis fizik iaitu Prof Dr Khalijah Mohd Salleh. Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembentukan gagasan sains tauhidik. Dalam Tamadun Islam, ilmu tauhid menjadi asas utama dalam pemikiran sains. Tugas utama para penggerak ke arah pembangunan sains tauhidik adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam yang berpaksikan ilmu ketuhanan. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim terhadap pembentukan sains tauhidik merupakan suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam ke arah membangunkan tamadun melayu.

Kata kunci: Sains Tauhidik, pandangan Khalijah Salleh, pembangunan, Tamadun Melayu

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Nur Asyikin Hamdan

ATMA, UKM, Bangi, Malaysia

Abdul Latif Samian

ATMA, UKM, Bangi, Malaysia

Nazri Muslim

Nazri Muslim, Pusat Citra, UKM, Bangi, Malaysia

References

Abdul Latif Samian. 2013. Hidup bersendikan Sains , Sains bersendikan Syarak, Syarak bersendikan Kitabullah. Dlm Jurnalis Uddin drk., 2013. 'Sains& Teknologi di Alam Melayu'. Bangi: ATMA, UKM

Dusuki Haji Ahmad. 1980. Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Khalijah Salleh. 1996. Paradigma Sains Moden dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khalijah Salleh. 2010. Al-Quran Dan Alam Sebagai Kitab Allah. Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik. Islamic University of Indonesia

Khalijah Salleh. 2014. Pendidikan Sains Berteraskan Tauhid. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Khalijah Salleh. 2008. Paradigma Ketauhidan Integrasi Sains dan agama. Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Bangi: Fakulti Sains dan Teknologi.

Khalijah Salleh dan Mohd Yusof Osman. 2009. Sains Tauhidik Sebagai Satu Kursus STPD. Seminar Pendidikan Sains dan Teknologi Maklumat. Bangi.

Khalijah Salleh. 2009. Sains Tauhidik:Model,Ciri-ciri, Kegiatan dan Amalan. Seminar Pendidikan Sains dan Teknologi Maklumat. Bangi.

Khalijah Salleh. 2009. Penghayatan Budaya Kependidikan Yang Kondusif Untuk Kemajuan Sains & Teknologi. Dalam Mohd Yusof Hj. Othman (peny.). Wacana Sejarah dan
Falsafah Sains : Sains Dan Masyarakat (halaman 548) : Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Yusof Osman. 2009. Penerokaan Al-Quran melalui Sains. Dalam Mohd Yusof Hj. Othman (peny.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sains : Sains Dan Masyarakat (halaman
636) : Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Yusof Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Published

2017-06-01
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol2no1.51
Published: 2017-06-01
033 OJS add phone number field

How to Cite

Hamdan, N. A., Samian, A. L., & Muslim, N. (2017). Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu. Sains Insani, 2(1), 54-60. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.51
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange