Ciri-ciri Wahhabi Menurut Pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah

Main Article Content

Rushda Amirah Ishak
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai Wahhabiyyah berdasarkan pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam bukunya, Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah Fī al-Siyāsah Wa al-ʿAqāi’d Wa Tāríkh al-Madhāhib Al-Fiqhiyyah. Muḥammad Abū Zahrah merupakan seorang ulama muktabar di Mesir yang memiliki kepakaran dalam bidang perundangan. Karya beliau yang menjadi rujukan utama makalah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu politik, akidah dan fiqh. Beliau juga mengkhususkan satu topik membincangkan mengenai kemunculan gerakan baharu iaitu Wahhabiyyah, Bahāʿiyyah dan Qādiyaniyyah. Makalah ini memfokuskan analisis pandangan Muḥammad Abū Zahrah terhadap Wahhabiyyah bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kumpulan ini. Beliau menggariskan lapan ciri perilaku Wahhabi yang mana kesemua ciri ini saling berkait antara satu sama lain. Analisis ini turut mengemukakan pandangan Hersi Mohamad Hilole dalam bukunya yang bertajuk al-Salafiyyah al-Wahhābiyyah Bayna Muʿayyidiihā Wa Muntaqidīhā dan Naṣir ʿAbd al-Karim al-ʿAql melalui penulisannya, Islāmiyyah Lā Wahhābiyyah. Makalah ini juga menghuraikan hujah sokongan dan penolakan berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan oleh Muḥammad Abū Zahrah. Oleh itu, makalah ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian teks, yang secara khususnya tertumpu kepada kaedah analisis kandungan kepada skop Wahhabiyyah menurut pandangan Muḥammad Abū Zahrah. Hasil daripada kajian ini, terdapat tiga tema utama dapat dibentuk mengenai ciri-ciri Wahhabi seperti yang telah dibincangkan oleh Muḥammad Abū Zahrah. Ciri-ciri ini adalah pertama, tauhid dan ibadah. Kedua, sikap Wahhabi mengenai bidaah. Dan ketiga, sikap radikal golongan Wahhabiyyah dalam perkara agama sehingga mengkafirkan dan membunuh.

Article Details

How to Cite
Ishak, R. A., & Wan Razali, W. M. F. A. (2020). Ciri-ciri Wahhabi Menurut Pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah. Jurnal Sains Insani, 5(1), 225-236. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/183
Section
Articles