Demokrasi Pilihanraya dan Cakna Perlembagaan: Tajuk Yang Sama, Topik Yang Berbeza

Main Article Content

Mohd Azmir Mohd Nizah
Afi Roshezry Abu Bakar

Abstract

Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mengangkat sistem raja berpelembagaan sebagai tunjang kepada sistem pemerintahan negara ini. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sistem pilihanraya merupakan satu wadah bagi rakyat untuk bersama-sama berpatisipasi dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Walaupun terdapat pelbagai medium lain yang boleh digunapakai bagi menunjukkan penyertaan rakyat dalam sistem pemerintahan negara, namun pilihanraya merupakan wadah yang paling kerap dan sering digunapakai oleh rakyat Malaysia. Selain pilihanraya, ketertinggian perlembagaan adalah juga merupakan antara elemen terpenting dalam memacu hala tuju bagi sesebuah negara termasuk Malaysia. Makalah ini akan membincangkan kepentingan pilihanraya dan kecaknaan terhadap perlembagaan merupakan asas-asas yang sangat penting bagi setiap rakyat untuk menghayatinya. Malah kepetingan kedua-dua elemen ini merupakan tunjang utama dalam memastikan hala tuju Malaysia pada masa hadapan berada dalam landasan yang benar. Ini adalah kerana, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu, boleh dilihat kedua-dua elemen ini seringkali dijadikan subjek dan sebagai bahan eksperimentasi bagi parti-parti politik untuk menarik dan mengkritik parti berbeza, dan sekaligus ia menggugat kestabilan masyarakat amnya. Jika trend ini berterusan ia boleh menjurus kepada barah yang berbahaya dan boleh menjejaskan kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai.

Article Details

How to Cite
Mohd Nizah, M. A., & Abu Bakar, A. R. (2020). Demokrasi Pilihanraya dan Cakna Perlembagaan: Tajuk Yang Sama, Topik Yang Berbeza. Jurnal Sains Insani, 5(1), 86-90. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/180
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)