Legasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang Qiraat

Authors

  • Hayati Hussin
  • Abdul Rahim Ahmad
  • Muhammad Hafiz Saleh
  • Muhammad Arif Musa

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.161

Abstract

Al-Tarmasiy merupakan seorang ulama nusantara yang prolifik. Beliau banyak menghasilkan kitab dalam pelbagai disiplin pengajian Islam. Namun keunggulan beliau dalam bidang qiraat lebih terserlah. Karya beliau dalam bidang qiraat mewakili peratusan yang tertinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lain. Justeru kertas kerja ini dihasilkan bagi menyingkap legasi beliau dalam bidang qiraat. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dan berbentuk analisis kandungan dengan berpandukan kepada kitab-kitab qiraat karangan beliau. Hasil kajian mendapati terdapat enam buah kitab yang telah dihasilkan oleh al-Tarmasiy dalam bidang qiraat. Kitab-kitab tersebut iaitu Tacmim al-Manafic bi Qiraat al-Imam Nafic, Tanwir al-Sadr bi Qiraat al-Imam Abi cAmr, Ghunyat al-Talabah bi Sharh al-Tayyibah, Al-Badr al-Munir fi Qiraat al-Imam Ibn Kathir, Al-Risalah al-Tarmasiyyah fi Isnad al-Qira’at al-cAshriyyah dan Inshirah al-Fawaid fi Qiraat al-Imam Hamzah Riwayatay Khalaf wa Khallad. Implikasinya kajian ini dapat menyumbang ke arah usaha mentahkik kitab-kitab qiraat al-Tarmasiy serta menterjemahkannya dan mensyarahkannya ke dalam bahasa ibunda.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2020-05-31
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol5no1.161
Published: 2020-05-31
033 OJS add phone number field

How to Cite

Hussin, H., Ahmad, A. R., Saleh, M. H., & Musa, M. A. (2020). Legasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang Qiraat. Sains Insani, 5(1), 108-114. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.161
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)