Hubungan antara Sains dan Keberadaan Penjadi Menurut Perspektif Al-Imam Al-Sanusi The Relationship between Science and The Existence of Creator According to the Perspective of Al-Imam Al-Sanusi

Main Article Content

Masakaree Ardae

Abstract

Sains adalah ilmu pengetahuan yang sistematik dan boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sejarah awal mencatatkan bahawa sains telah mendapat tentangan yang hebat dari pihak gereja di Barat kerana ia dianggap berlawanan dengan agama. Menerusi kitab Umm Al-Barahin Al-Imam Al-Sanusi telah memjelaskan tanda-tanda atau bukti-bukti keberadaan Allah berbentuk Sains. Sejauh manakah Al-Imam A-Sanusi berjaya mengaitkan hubungan sains dan keberadaan penjadi sebagai tanda atau bukti keberadaan Allah. Memandangkan kitab Umm Al-Barahin telah menjadi pilihan bagi kebanyakan ulama turath Islami di pusat-pusat pengajian Islam khususnya di alam Melayu dan persoalan tersebut juga belum lagi dibincang oleh mana-mana pengkaji, maka artikal ini cuba memecahkannya menerusi Sains Semula Jadi yang merupakan teras kepada sains lain. Sehubungan dengan itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenalpasti Sains Semula Jadi dan hubungan dengan keberadaan penjadi menurut perspaktif Al-Imam Al-Sanusi dalam kitab Umm Al-Barahin. Bagi mencapaikan objektif tersebut kajian ini menggunakan analisis kandungan melalui data kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa menerusi Kitab Umm Al-Barahin Al-Imam Al-Sanusi telah berjaya mengemukakan hubungan Sains Semula Jadi seperti alam berubah dengan keberadaan Allah.

Article Details

How to Cite
Ardae, M. (2019). Hubungan antara Sains dan Keberadaan Penjadi Menurut Perspektif Al-Imam Al-Sanusi. Jurnal Sains Insani, 4(2), 28-36. https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.2.04
Section
Articles