Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Di dalam Pembangunan Komuniti Melayu-Muslim Berteraskan Ilmu Persilatan The Role of Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) in Malay-Muslim Community Development of Silat Knowledge-Based

Main Article Content

Asnarulkhadi Abu Samah
Shukri Janudin

Abstract

Penyertaan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui kegiatan-kegiatan kesukarelawan amat penting di dalam proses pembangunan komuniti. Peranan ini turut dilaksanakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) bagi mengembangkan ilmu bela diri sebagai wadah penyatuan masyarakat Melayu-Muslim di Malaysia. Pembelajaran ilmu persilatan Melayu telah dijadikan sebagai satu daya tarikan yang menggalakkan penyertaan masyarakat sekali gus memacu rasa cinta terhadap tamadun bangsa dan sebagai pemangkin semangat patriotisme. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan penyelidikan kajian kes dengan objektif utamanya adalah memfokuskan penglibatan PSSCM di dalam proses pembangunan dan pemerkasaan komuniti Melayu-Muslim di negara ini. Kajian ini menggunakan sumber-sumber primer melalui temu ramah bersemuka, pemerhatian serta penglibatan penyelidik di lapangan bersama tenaga penggerak PSSCM dan dipadankan dengan maklumat-maklumat dari sumber sekunder seperti artikel, tesis, jurnal dan laman sosial yang berkaitan dengan bidang pembangunan komuniti. Kertas kerja ini diharapkan mampu menjadi perintis kepada kajian-kajian komprehensif yang berkaitan dengan aspek pembangunan komuniti dan amalan ilmu persilatan di masa akan datang bagi membuktikan terdapatnya keberkaitan serta kepentingan peranan PSSCM sebagai sebuah pertubuhan silat yang menyumbang kepada proses pembangunan serta pemerkasaan komuniti di negara kita.

Article Details

How to Cite
Abu Samah, A., & Janudin, S. (2020). Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Di dalam Pembangunan Komuniti Melayu-Muslim Berteraskan Ilmu Persilatan: The Role of Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) in Malay-Muslim Community Development of Silat Knowledge-Based. Jurnal Sains Insani, 5(1), 79-85. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/197
Section
Articles