Pengaruh Kepimpinan Bersituasi Terhadap Prestasi Kerja Dalam Konteks Komunikasi Keorganisasian Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Main Article Content

Susilawati Abdullah

Abstract

Pemimpin merupakan faktor penting bagi memastikan sesebuah organisasi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh organisasi dan kepentingan kepimpinan perlu diberikan perhatian yang selayaknya. Pemimpin yang bijak tidak boleh mengeneralisasikan sesuatu situasi itu adalah sama dan akan mengambil tindakan yang sama bagi menyelesaikan sesuatu situasi yang telah timbul namun harus mengambil pendekatan yang bersesuaian. Kajian ini akan melihat bagaimana pengaruh kepimpinan pemimpin yang berada dalam kumpulan pengurusan dan professional yang terdiri dari penolong pendaftar terhadap prestasi kerja kakitangan kumpulan pelaksana di sesebuah organisasi. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis pengaruh kepimpinan bersituasi terhadap prestasi kerja dalam konteks komunikasi keorganisasian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Responden kajian ini adalah seramai 229 yang terdiri daripada kakitangan kumpulan pelaksana di USIM. Nilai Cronbach’s Alpha bagi pemboleh ubah bebas iaitu kepimpinan adalah .938 manakala bagi pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kerja ialah .958. Teori yang digunapakai bagi kajian ini adalah Teori Kepimpinan Bersituasi. Berdasarkan Analisis Regresi dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek kepimpinan menyumbang sebanyak 54 peratus kepada prestasi kerja di USIM. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek penyertaan, delegasi tugas dan juga arahan majikan merupakan aspek penyumbang utama dalam memberi pengaruh terhadap prestasi kerja di USIM. Kepimpinan merupakan aset yang penting bagi pembangunan dan perkembangan kakitangan dan juga organisasi.

Article Details

How to Cite
Abdullah, S. (2020). Pengaruh Kepimpinan Bersituasi Terhadap Prestasi Kerja Dalam Konteks Komunikasi Keorganisasian Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Jurnal Sains Insani, 5(1), 237-244. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/193
Section
Articles