Pendidikan Kerohanian Dalam Kitab Turath Jawi Siyar al-Salikin

Main Article Content

Shohana Hussin

Abstract

Pendidikan kerohanian adalah satu aspek tujahan yang menentukan kejayaan sesuatu matlamat pendidikan berjaya dihasilkan. Kebanyakan pendekatan pendidikan pada masa kini menyasarkan elemen pendidikan dari aspek akademik, intelektual, sains, teknologi dan kemahiran. Manakala aspek kerohanian dan kejiwaan yang menjadi asas paling utama dalam pembinaan sahsiah, adab, peribadi dan jati diri bangsa sering dikesampingkan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep, proses, kaedah dan pendekatan pendidikan kerohanian dalam kitab jawi Siyar al-Salikin yang telah lama menjadi kitab thurath dalam bidang pendidikan tradisional masyarakat Melayu di Nusantara. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan melalui pendekatan teks deduktif. Dapatan menunjukkan bahawa kitab Siyar al-Salikin adalah satu kitab turath warisan yang mempunyai nilai ilmu pendidikan yang tinggi dalam sejarah pembentukan watak bangsa Melayu Islam di Nusantara. Pendidikan kerohanian yang terkandung dalam kitab turath ini membentangkan konsep pendidikan kerohanian, tahapan, proses dan kaedah pendidikan serta amalan pendidikan kerohanian terbaik dalam membangunkan modal insan yang sempurna. Dengan itu, hasil dapatan kajian ini selayaknya dapat diupayakan sebagai salah satu sumber rujukan dalam pembinaan modul dan kaedah pendidikan serta pengajaran dalam aliran sistem pendidikan perdana.

Article Details

How to Cite
Hussin, S. (2020). Pendidikan Kerohanian Dalam Kitab Turath Jawi Siyar al-Salikin. Jurnal Sains Insani, 5(1), 67-72. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/144
Section
Articles