Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur History and Depression Symptoms: A Literature Reviews

Main Article Content

Nur Ashidah Yahya
Fariza Md. Sham

Abstract

Kemurungan adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang menjadi sukar dan jika tidak dirawat ia akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Lazimnya, manusia merasai pelbagai jenis perasaan sama ada hiba, sedih, dan sebagainya tetapi jika perasaan itu berlebihan dan berpanjangan ia akan membawa kepada masalah kesihatan mental yang teruk. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang fenomena kemurungan dari zaman silam mengikut pandangan sarjana Barat dan Islam serta memfokuskan kepada definisi dan simptom kemurungan dari aspek afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi yang dialami oleh individu kemurungan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data kajian menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, artikel, jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa kemurungan sudah wujud pada zaman dahulu lagi dan jika tidak ditangani dengan baik ia akan membawa kepada penyakit mental. Konsep kemurungan menjelaskan bahawa kemurungan terjadi akibat perasaan sedih yang berpanjang dan simptom kemurungan yang dialami oleh individu ini tidak harus dipandang remeh kerana ia akan memudaratkan kualiti kehidupan termasuk isu mencederakan dan membunuh diri.

Article Details

How to Cite
Yahya, N. A., & Md. Sham, F. (2020). Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur: History and Depression Symptoms: A Literature Reviews. Jurnal Sains Insani, 5(1), 34-42. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/130
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)