Sīrah Nabawiyyah dan Byzantine Rom: Analisis Terhadap Surat Ibn al-Layth Kepada Empayar Rom
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no2.39Abstract
Menurut Nadia el-Sheikh, di zaman Constantine IV, Kerajaan Byzantine melaksanakan polisi yang aggresif terhadap Kerajaan Abbāsiyah. Mereka telah menghentikan bayaran jizyah kepada Kerajaan Abbāsiyyah sehingga menyebabkan Khalīfah al-Rāshid (m. 193/809) mengarahkan supaya satu surat amaran dikeluarkan kepada Empayar Rom. Muḥammad ibn al-Layth (m. 203/819) telah merangka satu surat amaran bagi pihak al-Rāshid memperingatkan Byzantine tentang perkara ini. Anehnya, menurut analisis terhadap surat tersebut, hanya 15% sahaja daripada kandungan surat ini yang dirangka berhubung isu jizyah, manakala baki 85% lagi adalah kandungan peringatan yang mempunyai unsur keagamaan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk (1) mengkaji isi kandung surat Ibn al-Layth tersebut yang mempunyai elemen Sirah Nabawiyyah, (2) meneliti apakah punca Ibn al-Layth meletakkan elemen Sīrah Nabawiyyah di dalam suratnya kepada Maharaja Rom tersebut (3) dan menghuraikan perkaitan elemen Sīrah Nabawiyyah dengan Kerajaan Byzantine Rom. Kajian ini bersifat tekstual. Metod yang digunakan adalah tertumpu kepada analisis teks. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa elemen keagamaan dan Sīrah Nabawiyyah yang terkandung di dalam surat ini adalah bersifat tekanan keagamaan yang menggambarkan Kerajaan Abāssiyyah bukan sahaja teguh dengan sokongan kekuatan ketenteraan fizikal malah dipacu oleh unsur keagamaan yang dipimpin terdahulu oleh Nabi yang dinukilkan dalam sejarah.
Kata kunci: Sīrah Nabawiyyah, Byzantine Rom, Ibn al-Layth, al-Rāshid, Jizyah, Abbāsiyyah
Downloads
References
Al-Azadī, Maʿmar ibn Rāshid, al-Jāmi’. 1982. ed. Habīb al-Rahman al-A’zamī. Bayrūt: al-Maktaba al-Islāmī.
Al-Buk̲h̲ārī, Muḥammad ibn Ismāʿīl ibn Ibrāhīm ibn al-Mug̲h̲īrah. 1987. al-Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Bayrūt: Dār Ibn Kathīr.
Al-Ḥamawī, Yāqūt ibn Abdullah. 1993. Mu’jam al-Udabā’ Irshād al-Arīb ilā Maʿrifa al-Adīb, ed. Ihsān ʿAbbās. Beirūt: Dār al-Gharb al-Islāmī. p.28.
Al-Khafājī, Abdullah ibn Muḥammad ibn Saʿīd. 1982. Sirr al-Faṣāha. Dār Kutub al-ʿIlmiyya. p.175.
Al-Yaʿqūbī, Aḥmad ibn Abī Ya’qūb ibn Jaʿfar ibn Wahb ibn Wāḍiḥ. 2010. Tārikh al-Ya’qūbī, ed. ʿAbd al-Amīr. Beirūt. p.2/345.
Arthur Jefferey. 1944. ‘Ghevond’s Text of the Correspondence between ‘Umar II and Leo III’, The Harvard Theological Review. Cambridge. m/s 269-332.
C. Block. 2011. Expanding Quranic Bridge, PhD thesis, University of Exeter. m/s 96.
Chokr, Melham. 1993. Zandaqa Et Zindiqs En Islam Au Second Siecle De L’hegire. Damshik. m/s 85-88.
Cross, F.L.; Livingstone, E.A.. 1983. Oxford Dictionary of the Christian Church (2nd ed.). Oxford: Oxford University Press., pp. 218.
Douglas, J.D. 1978. The New International Dictionary of the Christian Church (revised ed.), Grand Rapids. MI: Zondervan. p. 173
El-Sheikh, Nadia Maria. 2004. Byzantium Viewed by the Arabs. Harvard University Press. m/s 92-93.
Ibn Ishāq, Muḥammad. 2004. al-Sīrah al-Nabawiyya li Ibn Isḥāq, ed. al-Mazidī. Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-Ilmiyyah.
Ibn Saʿd. 1990. Tabaqāt al-Kubrā. Bayrūt: Dār al-Kutub al-Ilmiyya.
Kahālah, ‘Umar Ridhā. 1993. Muʿjam al-Muallifīn. Muassasah al-Risālah, p.3/611-612
Kister, M.J. 1983. ‘Sira Literature’ dalam Cambdrige History of Arabic Literature. Arabic literature to the end of the Umayyad period. ed. A.F.L Beeston. Cambridge.
m/s 355.
Roggema, Barbara, “Abu al-Rabi’ Muhammad ibn al-Layth,” (ed.) David Thomas, dll, Christian-Muslim Relations A Bibliographical History, Brill Online.
Ṣafwat, Aḥmad Zaki. Jamharat Rasāʾil al-ʿArab fī ʿUṣūr al-ʿArabiyya al-Zāhira. Bayrūt. p.3/160.
Sharif, M.M, 1963. A History of Muslim Philosophy. Germany. m/s 1/437.
Shboul, Ahmad M.H.. 1999. ‘Arab Islamic perceptions of Byzantine religion and culture’, dalam Muslim Perceptions Of Other Religions. ed. J. Waardenburg. New
York. m/s 130.
Published
How to Cite
Issue
Section
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.