Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Authors

  • Masitah Esa
  • Amini Amir Abdullah
  • Nurdeng Deuraseh
  • Ma'rof Redzuan

DOI:

https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no2.32

Abstract

This article discusses the implementation of a new concept of da’wah management carried out by The Islamic Da’wah Foundation Malaysia (YADIM). It is suppose to manage and delegate all movements systematically and effectively to the public. This method of da’wah managing used in an Islamic-based organization should be viewed holistically by other organizations in achieving their respective goals and objectives. What has been discussed by certain Islamic intellects are focussed more towards the management of the organization based on what is known, no scholar has ever discussed thoroughly on da’wah management. What should the organization have in order to be da’wah compliant? How does a da’wah compliant management work? What distinguishes a da’wah compliant organization compared to a conventional organization? All these questions will be answered in this paper using the Islamic epistemology approach. It is the calling towards acceptance and appreciation of Islamic values in life. There are many values contained in the Al Quran and Al Hadith on the aspects of Islamic management. Effective diversified management methodologies will attract Mad'u to improve on themselves, their families and communities. Various theories were put forward by experts in the field of management are seen as ideas to develop this da’wah management concept. Many revelations in the Al Qur'an and Al Hadith view God as the best Manager and Administrator anytime managers and administrators as well as possible. From the beginning of time and until today, Prophet Muhammad (SAW) became the role model in examplery systematic planning and preparation of the Islamic ideologies. Islamic or da’wah management principles are ultimately aimed to achieve the blessings of Allah SWT. Therefore, these researchers will focus on an initial survey related to the management of the Islamic Da'wah Foundation Malaysia (YADIM) as the executing agency to the public. The Overview of this study uses qualitative methods through documentation analysis. The results of this study found that YADIM has a specific management strategy and methodology that corresponds to the present-day society.

Keywords: Implementation, management, da’wah, YADIM

Abstrak: Artikel ini membincangkan tentang implementasi pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menguruskan gerakan dakwah secara sistematik dan berkesan kepada masyarakat. Aspek pengurusan perlu dilihat secara holistik oleh organisasi dakwah dalam mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Apa yang telah dibincangkan oleh para intelektual Islam banyak menjurus kepada pengurusan dakwah tetapi berdasarkan apa yang kami ketahui, tiada sarjana yang pernah membincangkan secara tuntas pengurusan organisasi dakwah. Apa yang harus ada dalam organisasi dakwah? Bagaimana bentuk pengurusan organisasi dakwah? Apakah yang membezakan pengurusan organisasi dakwah dengan organisasi konvensional? Semua persoalan ini akan dijawab dalam dalam kertas ini dengan menggunakan pendekatan epistemology Islam. Pelaksanaan dakwah merupakan seruan atau ajakan ke arah penerimaan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Pelbagai nilai yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith termasuklah aspek pengurusan lslam. Pengurusan yang efektif dengan kepelbagaian metodologi dakwah akan menarik minat para mad’u dalam memperbaiki diri, keluarga dan juga masyarakat. Pelbagai teori yang dikemukakan oleh para pakar dalam bidang pengurusan yang dilihat sebagai satu idea untuk memperkembangkan gagasan-gagasan yang dibina dalam memperluaskan konsep pengurusan ini. Banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith agar manusia melihat hakikat bahawa Allah merupakan pengurus dan pentadbir yang sebaik-baiknya. Role model yang menjadi teladan kepada umat Islam berkaitan pengurusan bermula sejak zaman Rasulullah SAW yang telah membuat perancangan dan penyusunan suatu sistem yang berteraskan fahaman keislaman. Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik ini memperluaskan lagi kegiatan dakwah Rasulullah SAW sehingga ke hari ini. Prinsip-prinsip pengurusan Islam diaplikasikan yang akhirnya bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah SWT.Oleh yang demikian, pengkaji akan memfokuskan tinjauan awal berkaitan dengan pengurusan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai agen pelaksana dakwah kepada masyarakat. Keseluruhan daripada kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik analisis dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa YADIM mempunyai strategi pengurusan tertentu dalam usaha gerakan dakwahnya melalui manhaj-mahaj yang bersesuaian dengan masyarakat masa kini.

Kata kunci : Implementasi, pengurusan, dakwah, YADIM

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Masitah Esa

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur

Amini Amir Abdullah

Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor

Nurdeng Deuraseh

Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor

Ma'rof Redzuan

Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor

References

Ab. Aziz Mohd Zin, Nor Raudah Hj Siren, Yusmini Md Yusoff, Faridah Mohd Sairi & Mohd Anwarulhaq Sulaiman (pnyt.). (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ab. Aziz Mohd Zin. (1999). Pengantar Dakwah. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Abu Urwah (1999). Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Al-Mawardi, Abu al-Hassan, 'Ali Muhammad Habib Al-Basri. (1985). Al-Ahkam al- Sultaniyyah. Beirut: Dar Al-Kutub Al'Ilmiyyah

Auni Haji Abdullah. (2007). Pengurusan Islam :Potensi dan Cabaran. Kuala Lumpur: Darul Fikir

Berita Harian. Mukatamar Majlis Amal Islami Malaysia: Isu Ancaman agama Islam, perpaduan jadi tumpuan. 19 Februari 2016.

James. A.F. Stoner & Charles Wankel (1986). Management, 3rd. Edition. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kertas kerja Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslim oleh Nik Mohd Mohyideen Musa. 1972 dalam Kongres Ekonomi Islam Ke-2 di Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas makluman Majlis Tindakan Dakwah NGO Islam-YADIM Negeri Sarawak. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Saudara Kita Jabatan Agama Islam Sarawak Bil. 1/2015. Dokumen Sulit Hak Milik Yayasan Dakwah Islamaiah Malaysia.

Laporan Program Sepanjang Tahun 2014. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur

Laporan Tahunan YADIM. (2009). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia: Kuala Lumpur

Mahayudin Hj. Yahya. (2001). Islam Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perakuan Perbadanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. T.Thn. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia: Kuala Lumpur

Perlembagaan Yayasan Dakwah Malaysia. (T.Thn). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

R.G Anderson (1983) A Dictionarry Of Management Terms. Plymouth: Mac Donald and Evans.

Rasid Muhammad, Mohd Yadman Sarwan dan S.Salahudin Suyurno (2012). Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Shah Alam: Penerbit Press Universiti Teknologi Mara

Risalah Majlis Dakwah Negara (MDN) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, t.thn. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Roslan Mohamad (2003). Pengurusan dakwah: sorotan mengenai konsep. Jurnal YADIM Bil. 5. Disember 2003.

Siri Penyiaran Dakwah (1). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur.

Stephens P.Robbins & Mary Coutler (2005). Management. Boston: Mc Graw Hill

Syed Othman Al-Habshi. (1998). Kepentingan pengurusan dalam dakwah Islamiah dalam Abdullah Muhammad Zin. Prinsip dan kaedah dakwah dalam arus pembangunan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Utusan Malaysia, MDN tubuh Sekretariat Perpaduan Ummah. 31 Mei 2016

Utusan Melayu. Kongres Ekonomi Islam Ke-2, 18 Mei 1972.

www.yadim.com.my telah di akses pada 25 Julai 2015

Published

2018-09-13
CITATION
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol2no2.32
Published: 2018-09-13
033 OJS add phone number field

How to Cite

Esa, M., Abdullah, A. A., Deuraseh, N., & Redzuan, M. (2018). Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sains Insani, 2(2), 10-19. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no2.32
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)