Tafsir Al-Bahrul Madid Karangan Ibn A’jibah
DOI:
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.171Abstract
Salah satu kitab Turath warisan Islam adalah Tafsir Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah. Kitab ini adalah adalah salah satu kitab tafsir yang menggunakan pendekatan tafsir Sufi Ishari. Ia adalah bentuk tafsiran berdasarkan isyarat yang tersembunyi di sebalik lafaz yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimana pun, kitab tafsir ini secara umumnya masih tidak diketahui ramai dan hanya sedikit yang mengkaji dan mengkritiknya. Ia jarang dirujuk sebagaimana kitab-kitab tafsir yang lain yang telah pun masyhur. Jika nilai kitab ini diukur berdasarkan kesaksian para ulama, cendekiawan dan penyelidik maka kita dapati ia sangat kurang diperkatakan oleh mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan kitab Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah dan metod penulisannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Kitab Fahrasaah dan Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah adalah bahan utama yang akan digunakan dalam kajian menggunakan kaedah ini. Antara hasil dapatan kajian ini ialah sorotan sahsiah diri Ibn A’jibah dan pengetahuannya. Kajian ini mendedahkan ketinggian ilmu dan kepintarannya yang melayakkan dirinya untuk menjadi seorang pentafsir al-Quran. Kajian ini juga menerangkan tentang kepelbagaian sumber rujukan, uslub, metodologi dan nilai ilmiah bagi kitab Al-Bahrul Madid.
Kata kunci: Al-Bahrul Madid, Ibn A’jibah, Tafsir Sufi Ishari.
Downloads
References
Adnan M. Y. (2000). Manhaj al-Imam al-Ghazali fi at-Tafsir min khilal kitabihi Ihya’ U’lumuddin (Tesis Ph.d).
Ahmad al-A’bid. (n.d). al-Mu’jam al-A’rabi al-Asasi, Tunisia: Al-Munazzamah Al-Arabiyyah li at-Tarbiah wa at-Thaqafah wa al-Ulum.
Ali H. R. (1998) Ad-Dakhil fi at-Tafsir. n.pp. n.p.
Az-Zahabi, M. H. (1995). At-Tafsir wal Mufassirun, Cairo: Maktabah Wahbah.
A'zzuzi, H. (2001). As-Syeikh Ahmad bin A’jibah wa manhajuhu fi at-Tafsir, Morocco: Wizarah al-Awqaf wa as-Syuun al-Islamiyyah.
Hsieh & Shannon. (2005). Three approaches to qualitative content analysis. Qualitative Health Research, 15 (9), 1277-1288
Ibn A’jibah, A. (1990), Fahrasah, Cairo: Darul Ghad al-Arabi.
Ibn A’jibah, A. (2005). al-Bahrul Madid fi al-Quran al-Majid. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn A'rabi, Muhammad (1985). Al-Futuhat al-Makkiyyah, Kaherah: Haiah al-Masriyyah al-A'amah lil kitab.
Qusyairi, Abdul Karim (1981). Latoif al-Isyarat, Kaherah: Haiah al-Masriyyah al-A'amah lil kitab.
Sofiyyah, S. (1995). Manhaj al-Burusawi fi Tafsirihii Ruhil Bayan (Tesis Ph.D).
Syatibi, Ibrahim (2003). Al-Muwafaqat fi Usul as-Syariah, Kaherah: Maktabah at-Taufiqiyyah.
Taftazani, Mas'ud (2000). Syarah al-A'qaid an-Nasafiyyah, Kaherah: Maktabah al-Azhar litturath.
Thomas, D. R. (2006) General inductive approach for analyzing qualitative evaluation data. American Journal of Evaluation, 27 (2), 237-246.
Tustari, Sahl (2004). Tafsir al-Quran al-A'zim, Kaherah: Darul Haram Litturath.
Yin, Robert K. (2009). Case Study Research: Design and Methods, Singapore: SAGE Publication
Zhang, Y. & Wildermuth, B. M. (2009). Qualitative analysis of Content. In B. Wildermuth (Ed.), Applications of Social Research Methods to Question in Information and Library Science, Westport, CT: Libraries Unlimited.
Zirikli, K. (1986). Al-Aa'lam: Qamus Tarajum lil asyhuri ar-Rijal wannisa' minal Arab wal Mustamirin wal Mustasyriqin, Beirut: Darul Ilmi lil Malayin.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2020 Mahyuddin Hashim (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
1. Author holds the copyright of the article.
2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.
3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.