Sains Insani https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani

Sains Insani (SI) is a peer-reviewed multi-disciplinary journal published twice (2) a year, in the month of June dan December by USIM Press (Penerbit USIM) and managed by the Centre for Core Studies, Universiti Sains Islam Malaysia. It is an open-access online scientific journal which is free of charge. The main objective of the publication is to construct an avenue to fellow academicians and researchers to share research findings, new ideas and expertise that contribute to human development from the theory, practical and empirical point of view. The journal devoted to the publication of original and non-original paper (short/ brief communication, notes, letters and opinions) which serves as a platform to address issues pertaining to the field of history and civilizations, philosophy and thoughts, politics, education and sociology.

Centre for Core Studies, Universiti Sains Islam Malaysia en-US Sains Insani 0127-7871
1. Author holds the copyright of the article.

2. Jurnal Sains Insani owns the rights to publish the article. The writer may request permission to republish the article from the editor.

3. Jurnal Sains Insani follows the APA (American Psychological Association) style for all in-text citation and list of bibliographies.
World Reaction and the Role of Turkiye, Iran and Asian Countries in Maintaining Qatar Sovereignty: A Case Study of Gulf Crisis https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/407
Abstract: This research examines how nations such as Turkeyi, Iran, and Asia responded to the Gulf of Qatar crisis and assisted Qatar in retaining its sovereignty. The United States became aware of the situation and collaborated with Middle Eastern countries. This study examines in chronological approach the roles played by the Anti-Terror Quartet (ATQ), which consists of the Kingdom of Saudi Arabia, Bahrain, and Egypt. Countries providing Qatar with political, social, and economic support will be investigated to identify the consequences on Qatar and the nations who provide such support. The data gathered from this study will be analyzed qualitatively. Turkiye and Iran, according to the data, are already collaborating with Qatar to play a very effective and aggressive role. Despite their geographical distance, Asian countries assist Qatar in maintaining its independence. Asian countries would rather work with Qatar than support the ATQ. The conflict will be resolved if the ATQ countries take processional action against Qatar. These issues will continue to impede the Gulf region's progress unless they are resolved.

Abstrak: Kajian ini mengkaji bagaimana negara seperti Turki, Iran, dan Asia bertindak balas terhadap krisis Teluk Qatar dan membantu Qatar dalam mengekalkan kedaulatannya. Amerika Syarikat menyedari keadaan itu dan bekerjasama dengan negara-negara Timur Tengah. Kajian ini mengkaji secara kronologi peranan yang dimainkan oleh Anti-Terror Quartet (ATQ), yang terdiri daripada Kerajaan Arab Saudi, Bahrain, dan Mesir. Negara yang menyediakan sokongan politik, sosial dan ekonomi kepada Qatar akan disiasat untuk mengenal pasti akibat ke atas Qatar dan negara yang memberikan sokongan tersebut. Data yang diperoleh daripada kajian ini akan dianalisis secara kualitatif. Turkiye dan Iran, menurut data, sudah pun bekerjasama dengan Qatar untuk memainkan peranan yang sangat berkesan dan agresif. Walaupun jarak geografi mereka, negara-negara Asia membantu Qatar dalam mengekalkan kemerdekaannya. Negara-negara Asia lebih suka bekerjasama dengan Qatar daripada menyokong ATQ. Konflik akan diselesaikan jika negara-negara ATQ mengambil tindakan kerjasama terhadap Qatar. Isu-isu ini akan terus menghalang kemajuan rantau Teluk melainkan ia diselesaikan.
Nur Atika Hairi Copyright (c) 2023 Nur Atika Hairi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 168 173 Malaysian Model of Death Khairat Money Scheme (DKMS): A Preliminary Review on Its Implementation in Mosque Institution https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/550
Abstract: Death khairat or known as death charity, and funeral administration are closely related concepts. Considering the tradition of managing the remains of the deceased within the Malaysian community, the average mosque institution has formed its own Death Khairat Money Scheme (DKMS). While Skim Wang Khairat Kematian (SWKK) is the Malay term for managing the procedure and equipment of the corpse. This DKMS is a fund intended to prepare in the event of death without considering financial matters in managing the deceased’s remains. The management of DKMS in mosque institutions is not uniform and varies from location to location. This shows that the implementation of the DKMS model is flexible and not strict, depending on the suitability of the population and area. Hence, a random study has investigated the DKMS model implemented in several Malaysian states. A qualitative methodology has already been implemented based on a literature review and interviews with DKMS managers at the mosque, such as the DKMS chairman, DKMS treasurer, and DKMS secretary. As a result, a new model can be proposed to help mosque institutions develop and implement DKMS more effectively and brilliantly. Next, it is hoped that the new model will significantly impact the Muslim community, especially among the youth participating in this DKMS.

Abstrak: Khairat kematian dan pengurusan jenazah adalah satu terma yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Melihat kepada adat pengurusan jenazah masyarakat di Malaysia, rata-rata institusi masjid telah mengadakan dan mewujudkan khairat kematiannya yang tersendiri ataupun nama lainnya ialah Skim Wang Khairat Kematian (SWKK) bagi menguruskan proses dan kelengkapan perihal jenazah. SWKK ini merupakan satu tabung yang bertujuan sebagai persediaan apabila berlakunya sesuatu kematian tanpa perlu memikirkan soal kewangan dalam pengurusan Jemaah si mati. Namun begitu, pengurusan SWKK di institusi masjid dilihat tidak seragam dan berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Ini menunjukan bahawa pelaksanaan model SWKK ini adalah fleksibel dan tidak ketat bergantung kepada kesesuaian penduduk dan kawasan. Oleh yang demikian, satu kajian secara rawak telah dilakukan bagi mengkaji model SWKK yang telah diaplikasikan di beberapa negeri di Malaysia. Metode kualitatif melalui pendekatan kajian kepustakaan dan temu bual bersama para pengurus SWKK di institusi masjid seperti pengerusi SWKK, bendahari SWKK dan juga setiausaha SWKK telah pun dilakukan. Natijahnya, satu model baharu dapat dicadangkan bagi membantu institusi masjid mengembangkan dan melaksanakan SWKK dengan lebih berkesan dan cemerlang. Seterusnya, diharapkan supaya model baharu tersebut mampu memberi impak yang besar terhadap masyarakat Muslim terutama di kalangan belia dalam menyertai SWKK ini.
Zawin Hannan Sofea Shahbuddin Setiyawan Gunardi Azman Ab. Rahman Ahmad Zaki Salleh Syed Mohd Najib Syed Omar Khairunneezam Mohd Noor Copyright (c) 2023 Zawin Hannan Sofea Shahbuddin, Setiyawan Gunardi, Azman Ab. Rahman , Ahmad Zaki Salleh, Syed Mohd Najib Syed Omar, Khairunneezam Mohd Noor https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 174 178 The Impact of Stress to Student’s Psychological Well-Being Amidst Covid-19 Pandemics https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/476
Abstract: Pandemic COVID-19 has taught Malaysians to live in the new norm. The daily life and activities of society have now changed. One of the areas affected by this pandemic is in the education sector either at the primary level or Institutions of Higher Learning. It requires every student to adapt to the online teaching and learning system (T&L) rather than the existing conventional system. This adaptation process requires students to have appropriate coping strategies to cope with the academic pressures that occur. This study aims to examine the impact of stress on psychological well-being on students. This is a quantitative study using a descriptive and inferential analysis through Statistical Package of Social Sciences (SPSS) version 22. The study involved 210 students of Mahaad Al-Sabirin (MAAS) selected through a random sampling method. The questionnaire consists of three parts that consist of demographic information, stress, and psychological well-being. The result showed there is a relationship between stress and psychological well-being among students (r = .477). In Malaysia, research related to the challenges of online learning during the new norm that creates stress is limited and minimal. Therefore, this study can be a platform and a new source of reference especially for educational institutions in this country to ensure that the online learning system can be implemented efficiently and utilized optimally by every student in Malaysia.

Abstrak: Pandemik COVID-19 telah mengajar rakyat Malaysia untuk hidup dalam norma baharu. Kehidupan dan aktiviti harian masyarakat telah banyak berubah. Salah satu aspek kehidupan yang terjejas akibat wabak ini ialah pendidikan sama ada di peringkat rendah atau Institusi Pengajian Tinggi. Ia memerlukan setiap pelajar menyesuaikan diri dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara dalam talian berbanding sistem konvensional sedia ada. Proses penyesuaian ini memerlukan pelajar mempunyai strategi daya tindak yang bersesuaian untuk menghadapi tekanan akademik yang berlaku. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan tekanan akademik terhadap kesejahteraan psikologi pelajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan inferensi melalui Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 22. Ia melibatkan 210 orang pelajar Mahaad Al-Sabirin (MAAS) yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Soal selidik terdiri daripada tiga bahagian yang terdiri daripada maklumat demografi, tekanan akademik, dan kesejahteraan psikologi. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara tekanan akademik dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar (r = .477). Di Malaysia, kajian berkaitan cabaran pembelajaran dalam talian semasa norma baharu yang mencetuskan tekanan akademik masih lagi terhad dan minima. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi pendidikan di negara ini bagi memastikan sistem pembelajaran dalam talian dapat dilaksanakan dengan efisien serta dimanfaatkan secara optimum oleh setiap pelajar di Malaysia.
Abdul Rashid Abdul Aziz Raja Nur Syafiqah Raja Ashaari Mohd Zamrus Mohd Ali Copyright (c) 2023 Abdul Rashid Abdul Aziz, Raja Nur Syafiqah Raja Ashaari, Mohd Zamrus Mohd Ali https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 179 189 Two 17th Century Intellectual Giants: A Comparison of Descartes and Al-Rānīrī’s Metaphysical and Scientific Framework https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/459
Abstract: One of the curious instances in history of ideas is the different outcome seen with regards to the intellectual traditions in the West and the Muslim world in the 17th century. In Europe, the mechanistic philosophy of science paved the way for the Enlightenment period and industrialization and one of philosophers responsible for this is René Descartes who charted a new epistemological and metaphysical approach on which modern science stands. However, little mention is placed on the intellectual tradition in the Malay world in the same period where Nūr al-Dīn al-Rānīrī managed to elucidate the holistic metaphysical system of Islam in the Malay Language. In doing this, a scientific spirit is injected into the language and the knowledge tradition of the region. This paper aims to compare and contrast Descartes’ and al-Rānīrī’s intellectual project and seeks to answer the question on why the two projects have different outcome: a secular scientific revolution in Descartes’s case but not in al-Rānīrī’s case. A brief historical survey of these two figures and their times will be attempted followed by a philosophical analysis of their metaphysical-epistemological systems to understand what accounts for their differences/similarities. It is found that the difference was a result of different philosophical assumptions for their framework of science. The paper concludes by drawing attention to the need for a cogent philosophy of science drawn from Islamic metaphysical worldview to prepare Malaysian Muslims for the 21st century, following the steps of al-Rānīrī which did the same in the 17th century.

Abstrak: Satu pemerhatian yang dapat dibuat apabila meneliti sejarah perkembangan idea apabila membandingkan tradisi keilmuan Barat dan Islam pada abad ke-17 ialah hasil yang berbeza yang dicapai melalui tradisi ini. Di Eropah, falsafah sains mekanikal membawa kepada Zaman Pencerahan dan industrialisasi dan salah seorang ahli falsafah yang menyumbang ke arah perubahan ini ialah René Descartes dengan kaedah barunya dalam epistemologi dan metafizik yang seterusnya membentuk asas sains moden. Namun begitu, tradisi keilmuan di Alam Melayu pada masa yang sama kurang diberi perhatian di mana Nūr al-Dīn al-Rānīrī juga turut mempunyai sumbangan dalam menghuraikan sistem metafizik Islam dalam Bahasa Melayu. Usaha ini berjaya menyuntik semangat saintifik ke dalam Bahasa Melayu dan tradisi ilmu di rantau ini. Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan antara projek keilmuan Descartes dan al-Rānīrī dan mencari jawapan kepada perbezaan ketara antara hasil kedua-dua projek tersebut di mana projek keilmuan Descartes menghasilkan revolusi sains yang sekular tetapi tidak untuk projek keilmuan al-Rānīrī. Tinjauan ringkas mengenai kedua-dua tokoh dan zaman mereka juga akan disertakan dalam kajian ini manakala analisa falsafah akan dibuat ke atas sistem metafizik dan epistemologi kedua-duanya. Ini bertujuan untuk menjelaskan asas persamaan dan perbezaan mereka. Hasil analisa ini menunjukkan perbezaan antara hasil projek keilmuan mereka ialah disebabkan oleh andaian-andaian falsafah yang berbeza dalam membentuk kerangka sains mereka. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa sebuah falsafah sains yang dibentuk dengan pandangan metafizik Islam amat perlu untuk menyediakan masyarakat Islam di Malaysia untuk abad ke-21.
Dayang Nurhazieqa Hamzani Copyright (c) 2023 Dayang Nurhazieqa Hamzani https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 190 198 Potensi Sumber Air dari Perspektif Islam dan Pembangunan Tenaga Hidroelektrik di Sungai Perak https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/491
Abstrak: Usaha untuk membangunkan kemudahan bekalan elektrik sejajar dengan keperluan yang sentiasa meningkat kesan perkembangan sektor ekonomi, perbandaran dan kehidupan manusia yang serba moden menyebabkan kaedah penjanaan tenaga elektrik mula dipelbagaikan. Langkah ini penting untuk memastikan proses penyediaan tenaga elektrik tidak terjejas disebabkan harga dan ketersediaan sumber tidak boleh diperbaharui seperti gas asli, minyak dan arang batu yang tidak menentu. Justeru tumpuan terarah kepada penggunaan sumber boleh diperbaharui iaitu air bagi memenuhi dan menjamin pembekalan elektrik kepada pengguna. Di Malaysia, industri tenaga elektrik mula menggunakan sumber air khususnya sungai sejak tahun 1890-an yang berterusan sehingga ke hari ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pembangunan sumber air khususnya Sungai Perak sehingga menjadi sumber penting dalam penjanaan tenaga hidroelektrik di Perak khasnya dan Malaysia umumnya sebelum tahun 1990. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder seperti Laporan Tahunan Lembaga Letrik Negara, buku dan jurnal. Sungai Perak yang dianugerahkan oleh Allah SWT merupakan sungai yang telah menunjukkan keupayaannya sebagai sumber utama penjanaan tenaga hidroelektrik. Mula menjana tenaga hidroelektrik pada tahun 1930, Sungai Perak dilihat masih lagi memainkan peranan tersebut sehingga abad ke-21. Keadaan ini jelas menunjukkan manfaat berpanjangan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya dengan memakmurkan sumber air.

Abstract: The efforts to develop electricity supply utilities are in line with increasing necessities following the growth of the economic sector, urbanisation, and modern human living, and the diversification of methods of electricity generation. This is the key in ensuring the process of providing energy is not disrupted by price, as well as the uncertain availability non-renewable energy sources such as natural gas, oil, and coal. The focus turns to the use of renewable energy sources such as water to fulfil and guarantee electricity supply to consumers. In Malaysia, the electricity industry via water sources, especially rivers, began since the 1890s, and continues to this day. This study identifies the development of the water resources especially Perak River until it becomes an important source in hydroelectric power generation in Perak specifically and Malaysia generally before 1990. This article applying library research method by analysing primary and secondary sources such as the Annual Report of the National Electricity Board, books and journal. Perak River, as the best granted by Him (Allah SWT) has showed the great potential in contributing electric supply since 1930 and still significant until now. This situation clearly shows the long-term benefits bestowed by Allah SWT on His servants by prospering water resources.
Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli Copyright (c) 2023 Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 199 207 The Potential of The Big Island of Melaka and the Tomb of Sultan al-Ariffin Sheikh Ismail as a Visitor-Friendly Religious Tourism Destination https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/531
Abstract: Big Island Melaka is one of Malaysia's historical and religious tourist destinations. However, many people are unaware of the island's historical and religious significance. The purpose of this research is to explore and describe the current state and history of Melaka Big Island as an Islamic tourist destination through content analysis methodology. The results of the study found that the Big Island is a historical island that contributed greatly to the effective spread of Islam in Melaka and its surroundings. The existence of the tomb of Sultan al-Ariffin and other figures is the main attraction for many religious tourists to come to the Big Island to get to know more about the historical side of this Big Island. However, some tourists continue to engage in khurafat activities and violate Islamic restrictions. The Big Island should adopt the idea of Islamic tourism to make it free from aspects of shirk and khurafat as well as cosy and welcoming to visitors. Local authorities need to be concerned about monitoring the activities carried out by visitors to this Big Island. With various studies on programmes and activities that have been carried out, it is hoped that the management of Pulau Besar will be better for the purpose of being recognised as an Islamic tourist destination that is visited by tourists at the local and global levels.

Abstrak: Pulau Besar Melaka merupakan antara destinasi pelancongan bersejarah dan keagamaan di Malaysia. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak menyedari tentang pentingnya nilai sejarah dan aspek agama di pulau ini. Penulisan ini bertujuan bagi meneroka dan menghuraikan keadaan semasa dan sejarah Pulau Besar Melaka sebagai destinasi pelancongan Islam melalui metodologi kualitatif analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa Pulau Besar merupakan sebuah pulau bersejarah yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan penyebaran Islam di Melaka dan sekitarnya. Keberadaan makam Sultan al-Ariffin serta tokoh lainnya merupakan tarikan utama pelancong keagamaan ramai datang ke Pulau Besar bagi mengenal lebih dalam sisi sejarah Pulau Besar ini. Namun demikian masih terdapat aktiviti khurafat serta dilarang agama yang dilakukan oleh sesetengah pengunjung. Konsep pelancongan Islam perlu diaplikasikan di Pulau Besar bagi menjadikan tempat pelancongan tersebut bebas daripada unsur syirik dan khurafat serta selesa dan mesra pengunjung. Pihak kerajaan tempatan perlu mengambil berat terhadap pengawasan aktiviti yang dijalankan pengunjung Pulau Besar ini. Dengan pelbagai kajian berkenaan program dan aktiviti yang telah dijalankan diharapkan pengurusan Pulau Besar ditambah baik bagi tujuan ianya diiktiraf sebagai destinasi pelancongan Islam yang ramai dikunjungi oleh pelancong di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Muhammad Masruri Ahmad Sharifuddin Mustapha Mustapahayuddin Abdul Khalim Shofaussamawati Copyright (c) 2023 Muhammad Masruri, Ahmad Sharifuddin Mustapha, Mustapahayuddin Abdul Khalim, Shofaussamawati https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 208 216 Faktor Pembentukan Kerjasama Politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan parti politik di Malaysia dari 1974-2022 https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/465
Abstrak: Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada parti mampu membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Oleh itu, parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. Penyertaan PAS dalam menjalin kerjasama politik juga tidak terkecuali. PAS telah menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak tujuh kali bermula pada tahun 1974 dengan Barisan Nasional (BN), Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional hingga 2022. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kaedah analisis kandungan dan analisis perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO, PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Dapatan artikel ini menunjukkan pengaruh kerjasama politik PAS berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar (policy seeking) yang dibuktikan apabila PAS menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa (office seeking) dan dibuktikan dengan matlamat menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan parti komponen lain, serta beberapa manfaat yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan untuk mendapatkan undi (voting seeking) di mana kerjasama politik memberi lebih banyak undian pada PAS berbanding bertanding secara sendirian. Dengan penemuan ini, artikel ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang diambil oleh sesebuah parti politik dalam menjalankan kerjasama politik.

Abstract: Malaysia as a democratic country that practises a multi-party system; hence a single party could not gain most seats to form the government alone. This had led to the formation of political coalition by PAS. As of now, PAS had established seven political coalitions with different parties of policies and backgrounds, from Barisan Nasional (BN) to Harakah Keadilan Rakyat (HAK) to Angkatan Perpaduan Ummah (APU) to Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) and lastly, Perikatan Nasional (PN), from 1974 until 2022. Therefore, the study aimed to explain the influences that involves in the formation of PAS's political coalitions. In this study, data were analysed qualitatively via in-depth interviews with PAS, PKR, UMNO, and DAP main leaders, and the extraction of the content analysis from the texts of Presidential Policy Speech delivered at the Annual Muktamar from 1974 to 2020. Findings have revealed that the political coalitions created by PAS were formed through discussions of common goals. Finding on the impact of political cooperation indicate that PAS has made three rational judgements based on 3 influences; i) forming a political coalition to achieve the policy objectives of the party (policy seeking) that occurred to their mission to implement Islamic Judiciary into the governance of the country, (ii) gaining power (office seeking), (iii) gaining votes to win elections (vote seeking). The study’s finding undoubtedly contributes to the richness of political sciences knowledge by analyzing the influence and factors made by political party in the act of forming political coalition.
Nur Ayuni Mohd Isa Zaid Ahmad Ahmad Tarmizi Talib Jayum Jawan Ratna Roshida Abdul Razak Copyright (c) 2023 Nur Ayuni Mohd Isa, Zaid Ahmad, Ahmad Tarmizi Talib, Jayum Jawan, Ratna Roshida Abdul Razak https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 217 225 The Economic Impact of COVID-19 Lockdown on Malay Trans Women in Malaysia: A Qualitative Study https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/521
Abstract: The global outbreak of the COVID-19 pandemic has had a profound impact on societies worldwide. The implementation of a nationwide lockdown as a measure to control the spread of disease has resulted in economic instability, which has had a significant impact on the livelihood of the general population, particularly vulnerable groups such as transgender women or trans women. The primary objective of this study was to explore the economic impact of the COVID-19 pandemic on Malay transgender women within the context of the lockdown measures implemented in Malaysia. This study employed in-depth interviews, using a semi-structured interview protocol, to gather data from a sample of eleven local Malay trans women residing in southern Malaysia. By identifying and describing emergent patterns across data through the search for implicit and explicit themes pertinent to the study's objectives, thematic analysis was utilised. This study identified seven prominent themes: (1) job struggle and loss of income; (2) forced to use saving to survive; (3) food insecurity due to severe financial constraint; (4) impact on accommodation; (5) financial burden to support others; (6) reliance on aid and (7) reluctance in getting financial aid due to presumed stigma and discrimination. This study provides evidence that the implementation of lockdown measures during the COVID-19 pandemic had a significant impact on the economic well-being of Malay transgender women in Malaysia. Further research is needed to explore the post-pandemic status of individuals, with a special focus on their health and psychosocial well-being.

Abstrak: Wabak COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat di seluruh dunia. Pelaksanaan perintah berkurung di seluruh negara adalah langkah untuk mengawal penularan penyakit, namun telah mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi, yang telah memberi kesan besar kepada kehidupan penduduk umum, terutamanya kumpulan yang terdedah seperti wanita transgender atau juga dipanggil wanita trans. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 terhadap wanita transgender Melayu semasa sekatan perjalanan yang dilaksanakan di Malaysia semasa pandemik tersebut. Kajian ini menggunakan temu bual mendalam, menggunakan protokol temu bual separa berstruktur, untuk mengumpul data daripada sampel daripada sebelas wanita trans berbangsa Melayu tempatan yang menetap di selatan Malaysia. Bagi analisis data, pengkaji telah mengenal pasti dan menghuraikan corak yang timbul merentas data melalui pencarian tema tersirat dan eksplisit yang berkaitan dengan objektif kajian, dan analisis tematik telah digunakan. Kajian ini mengenal pasti tujuh tema utama yang timbul: (1) berjuang mendapatkan pekerjaan dan kehilangan pendapatan; (2) terpaksa menggunakan simpanan untuk terus hidup; (3) kesukaran mendapatkan makanan kerana kekangan kewangan yang teruk; (4) kesan ke atas penginapan; (5) beban kewangan untuk menanggung orang lain; (6) kerbergantungan kepada bantuan dan (7) keengganan mendapatkan bantuan kewangan kerana dianggap stigma dan diskriminasi. Kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan langkah berkurung semasa pandemik COVID-19 memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan ekonomi wanita transgender Melayu di Malaysia. Penyelidikan lanjut diperlukan untuk meneroka status pasca-pandemik individu transgender, dengan tumpuan khusus pada kesihatan dan kesejahteraan psikososial mereka.
Fathima Begum Syed Mohideen Nizam Baharom Mohamed Fakhri Abu Baharin Khadijah Hasanah Abang Abdullah Rafidah Hanim Mokhtar Zainora Daud Copyright (c) 2023 Fathima Begum Syed Mohideen, Nizam Baharom, Mohamed Fakhri Abu Baharin, Khadijah Hasanah Abang Abdullah, Rafidah Hanim Mokhtar, Zainora Daud https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 226 236 Tatacara dan Pengaruh dalam Istiadat Menjunjung Duli di Negeri Selangor https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/527
Abstrak: Istiadat Menjunjung Duli yang diamalkan di negeri Selangor sejak zaman dahulu mempunyai seni dan kebudayaan yang tersendiri. Tatacara Istiadat Menjunjung Duli di negeri Selangor berbeza dengan negeri Perak yang yang dikhususkan kepada yang beragama Islam sahaja tetapi di negeri Selangor melibatkan penerima gelar yang beragama Islam dan bukan yang beragama Islam. Namun, yang diperjelaskan di bawah ini adalah khusus kepada orang yang beragama Islam. Tatacara Menjunjung Duli di negeri Selangor merupakan gabungan sosiobudaya dari negeri Perak dan tanah Luwu (Bugis). Elemen Bugis yang boleh dilihat adalah ragam seni gerak ketika lafaz taat setia memegang Lembing Sembuana dan menjunjung duli yang memperlihatkan kepahlawanan leluhur Raja Pemerintah negeri Selangor yang berasal dari Luwu (Bugis). Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilalui sendiri oleh pengkaji yang menghadiri Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli bagi Orang-Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah dan Dato’-Dato’ Diraja Selangor yang berlangsung pada 17 Mac 2018 di Istana Alam Shah, Klang, terdapat beberapa proses dalam Istiadat Menjunjung Duli di negeri Selangor sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 1. Tatacara Menjunjung Duli di negeri Selangor berbeza sama sekali dengan negeri-negeri lain. Berikut adalah huraian mengenai tatacara mengangkat sumpah bersaksikan Lembing Sembuana, Tatacara Menjunjung Duli dan Tatacara Mengadap Kembali Menyembahkan Persembahan. Keunikan adat menggelar pembesar di alam Melayu adalah sama pada hakikatnya suatu masa lalu, iaitu dengan pemberian persalinan. Namun dewasa ini, jika hendak dibandingkan dengan adat asal yang masih kekal di amalkan di negeri Perak, berlaku beberapa evolusi tetapi masih melestarikan pemberian persalinan dan beberapa elemen lain menyerap masuk dalam adat menggelar pembesar di negeri Selangor. sehingga ianya menjadi satu adat istiadat yang unik untuk dihuraikan.

Abstract: Since ancient times, the ceremonial Menjunjung Duli has been performed in the state of Selangor and has its unique art and culture. In contrast to the state of Perak, where only Muslims are allowed to participate in the Ceremonies of Honouring the King, Selangor's ceremonies include both Muslim and non-Muslim recipients of the title. The information follows, however, applies only to Muslims. The ceremonial Menjunjung Duli practice in the state of Selangor combines aspects of the Luwu (Bugis) and Perak socio-cultural spheres. When the manifestation of allegiance retains the Sembuana Spear and preserves the aristocracy, the Bugis element may be observed in a variety of movement art, displaying the bravery of the ruling king of Selangor's (Bugis) predecessors. According to the researcher's observations of the Title-proclamation ceremonies, oath-taking ceremonies, and ceremonies Menjunjung Duli for Orang-Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah and Dato’-Dato’ Diraja Selangor which took place on 17 March 2018 at Istana Alam Shah, Klang. Several procedures are carried out during the ceremonial Menjunjung Duli in the state of Selangor, as shown in Figure 1. Selangor's Menjunjung Duli method is entirely distinct from those of other states. The process for swearing to witness the Sembuana Spear, honouring the nobles, and returning to provide offerings are all described in the following sections. The gift of garments is what makes the Malay world's chief-naming tradition distinctive, just as it did in the past. When compared to the original custom, which is still observed in the state of Perak, the custom of calling the chief in the state of Selangor today has undergone some evolutions while retaining the gift of clothing and some other elements, making it a distinctive custom that needs to be described.
Muhamad Adha Abd Jalil Ros Mahwati Ahmad Zakaria Mohd Rosli Saludin Copyright (c) 2023 Muhamad Adha Abd Jalil, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd Rosli Saludin https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 237 248 Persepsi Mahasiswa UPM Terhadap Peranan Dan Keberkesanan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN) https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/545
Abstrak: WAZAN merupakan singkatan kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment Universiti Putra Malaysia. Di bawah WAZAN terdapat Tabung Amanah Zakat UPM yang bertanggungjawab mengutip dan mengagih kutipan zakat serta membangunkan asnaf. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan dan keberkesanan WAZAN dalam mempastikan kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa UPM yang memerlukan bantuan terjamin. Isu berkaitan pengagihan zakat sering dikaitkan dengan prosedur permohonan yang sukar, masalah kaedah pengagihan dan persoalan kelayakan pemohon. Oleh itu, kertas kerja ini akan meninjau persepsi mahasiswa mengenai prosedur permohonan serta keberkesanan bantuan zakat yang mereka terima. Bagi tujuan tersebut, temubual telah dijalankan ke atas empat orang mahasiswa yang pernah menerima bantuan daripada WAZAN. Pemilihan informan adalah menerusi kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan persampelan bola salji (snowball); iaitu informan yang memenuhi ciri tertentu sahaja akan dipilih sebagai informan kajian dan seterusnya diminta mencadangkan informan lain yang mempunyai ciri sesuai. Kajian ini mendapati bahawa informan yang terlibat adalah mereka yang berasal daripada keluarga yang kurang bernasib baik dan memenuhi ciri golongan yang layak menerima bantuan. Permohonan yang boleh dilakukan secara online didapati memudahkan proses permohonan dilakukan. Bantuan yang diterima digunakan sebaiknya bagi menampung keperluan mereka di kampus seperti keperluan amali, mencetak tugasan, membeli buku serta keperluan harian seperti membeli makanan. Kesimpulannya, dengan bantuan yang diberikan WAZAN, beban yang ditanggung oleh mahasiswa dapat dikurangkan bagi kesejahteraan dan kualiti hidup dalam meningkatkan lagi kecemerlangan akademik mereka.

Abstract: WAZAN stands for Wakqf Management Center, Zakat and Endowment of Universiti Putra Malaysia. Under WAZAN there is a UPM Zakat Trust Fund which is responsible for collecting and distributing zakat collection as well as asnaf development. This study aims to identify the role and effectiveness of WAZAN in ensuring the well-being and welfare of UPM students who need guaranteed assistance. Issues related to the distribution of zakat are often associated with difficult application procedures, problems of distribution methods and questions of applicant's eligibility. Therefore, this paper will examine student perceptions on application procedures and the effectiveness of zakat assistance they receive. For that purpose, interviews were conducted with four students who received zakat assistance from WAZAN. The selection of informants is through purposive sampling and snowball sampling; that is, only informants who meet certain characteristics will be selected as study informants and then asked to suggest other informants who have suitable characteristics. Study found that all informants were those who came from less fortunate families and fulfilled the characteristics of those who were eligible to receive zakat assistance. Applications that can be made online can be easily simplified. The zakat assistance received was used to accommodate their needs on campus such as practical needs, printing assignments, buying books and daily necessities such as purchasing food. In conclusion, with the zakat assistance provided by WAZAN, the burden borne by the students can be reduced to the wellbeing and quality of life in enhancing their academic excellence.
Normala Othman Siti Wan Sita Hakim Copyright (c) 2023 Normala Othman, Siti Wan Sita Hakim https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 249 256 Pelanggaran Hak Kebebasan Bersuara melalui Penghinaan terhadap Agama: Penilaian Kritis dari Perspektif Islam dan Undang-Undang di Malaysia https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/497
Abstrak: Artikel ini bertujuan untuk meneliti isu penghinaan terhadap agama yang kerap berlaku mutakhir ini. Jika tidak ditangani sebaiknya, ia berpotensi mencetuskan suasana ketidakharmonian dan perbalahan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Tindakan menghina agama boleh dianggap sebagai suatu bentuk pelanggaran hak kebebasan bersuara yang dijamin di dalam Perlembagaan dan undang-undang. Bagi memahami isu ini dengan lebih lanjut, penelitian kritis akan dibuat berdasarkan perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk buku, artikel jurnal, dokumen dan laporan akhbar yang berkaitan. Bahagian awalan artikel ini meneliti konsep kebebasan bersuara yang merupakan satu cabang hak asasi manusia diikuti dengan penelitian berkaitan pelanggaran hak ini melalui tindakan penghinaan agama. Seterusnya, penelitian akan dibuat ke atas isu ini dari perspektif Islam dan beberapa akta yang berkuatkuasa dalam sistem perundangan di Malaysia. Beberapa contoh kes penghinaan terhadap agama akan turut dianalisis sebagai data sokongan diikuti dengan penelitian kepada faktor-faktor penyumbang dan kaedah penyelesaian. Dapatan daripada penulisan artikel ini mengesahkan perbuatan menghina mana-mana agama adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara sama ada yang digariskan oleh agama mahupun undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas serta proses pendidikan dan peningkatan kesedaran yang berterusan dalam masyarakat adalah penting bagi memastikan penghinaan agama tidak dinormalisasikan dalam kehidupan seharian.

Abstract: The aim of this article is to analyse the recent issue of religious insult which has the potential to create disharmony in the multi-racial community of this country. The act of insulting other religions can be considered as violating the right to freedom of expression guaranteed under the Federal Constitution and various laws in Malaysia. To further understand this issue, critical analysis will be made based on the perspectives of Islam and laws in Malaysia. This article uses qualitative research method by referring to books, journal articles, relevant documents and news reports. The preliminary part of this article examines the concept of freedom of expression as one of the basic human rights guaranteed for every human being. This article also analyses and justifies the act of insulting religion as tantamount to a violation of freedom of expression. Accordingly, a critical analysis will be made on this issue from the perspectives of Islam and relevant laws in Malaysia. A few cases of religious insult are analyzed as supporting information followed by appraisals on the contributing factors and solution mechanisms. The outcome of this article indicates and affirms that the act of insulting religions is clearly against the principle of freedom of expression as stipulated in Islam and Malaysian laws. Strict law enforcement as well as a continuous education and awareness raising process in the community are important to ensure that religious insults are not normalized in everyday life.
Nisar Mohammad Ahmad Copyright (c) 2023 Nisar Mohammad Ahmad https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 257 267 Pendekatan Tazkiyyah Al-Nafs dalam Pengukuhan Akidah Mualaf https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/506
Abstrak: Pendidikan akidah yang komprehensif dapat membantu mengukuhkan kefahaman dan kepatuhan kepada agama Islam. Penghayatan kepada ajaran Islam secara keseluruhannya terhasil melalui keteguhan iman yang merupakan tunjang utama di dalam agama. Pengukuhan akidah melalui pelbagai pendekatan perlu diterap sedari awal kepada setiap muslim apatah lagi kepada mualaf bagi membendung penyelewengan akidah. Dalam pembinaan modul pengajaran akidah mualaf sedia ada, selain daripada mengetengahkan tajuk - tajuk yang bersangkut paut dengan ketuhanan,kenabian, rukun-rukun Iman yang enam, masih kurang penekanan diberikan kepada elemen tazkiyyah al-nafs atau penyucian jiwa sedangkan ianya adalah sangat penting dalam proses pengukuhan akidah seorang muslim. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang hubungan tazkiyyah al-nafs dan akidah. Selain itu, proses pengukuhan akidah melalui pendekatan tazkiyyah turut menjadi fokus perbincangan. Metodologi kajian adalah secara kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan penulisan para ulama’ dan cendiakawan Islam yang menekankan kepentingan dan peranan tazkiyyah al-nafs dan akidah. Kajian mendapati bahawa kaedah tazkiyyah al-nafs melalui amalan zikir dan doa yang khusus dan istiqamah sangat penting dan dapat membantu mengukuhkan pegangan akidah setiap muslim. Amalan zikir yang istiqamah akan melahirkan kekuatan spiritual yang menolak perkara-perkara maksiat dan mungkar serta mendorong jiwa sentiasa ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kaedah pengajaran yang menerapkan elemen tazkiyyah al-nafs amat membantu menguatkan spiritual golongan mualaf supaya terus istiqamah dalam meneruskan ketaatan sebagai seorang muslim.

Abstract: Comprehensive religious education can help strengthen understanding and adherence to the Islamic faith. A deep understanding of the teachings of Islam in its entirety is achieved through unwavering faith, which is the mainstay of the religion. The reinforcement of faith through various approaches should be instilled from the early stages in every Muslim, especially for converts, to prevent deviations in belief. In the development of existing modules for teaching the faith to converts, in addition to addressing topics related to divinity, prophethood, the six pillars of faith, there is a need to emphasize the element of tazkiyyah al-nafs, or the purification of the soul, as it is crucial in the process of reinforcing a Muslim's faith. Therefore, this paper discusses the relationship between tazkiyyah al-nafs and faith. Furthermore, the process of strengthening faith through the tazkiyyah approach is also a focal point of the discussion. The research methodology is based on literature review by referring to the writings of scholars and Islamic intellectuals who emphasize the importance and role of tazkiyyah al-nafs and faith. The study found that the method of tazkiyyah al-nafs through consistent and specific remembrance (zikir) and supplication (doa) is highly significant and can help reinforce the faith of every Muslim. Consistent remembrance (zikir) will generate spiritual strength that repels sinful and wicked acts and encourages the soul to constantly pursue goodness and obedience to Allah SWT. Teaching methods that incorporate the element of tazkiyyah al-nafs greatly help strengthen the spirituality of converts, enabling them to remain steadfast in their obedience as Muslims.
Suhailiza Hamdani Muhammad Khairi Mahyuddin Mashitah Sulaiman Nik Suhaida Nik Abdul Majid Dini Farhana Baharudin Mohd Faridh Hafez Mhd Omar Nur Kareelawati Abd. Karim Copyright (c) 2023 Suhailiza Hamdani, Muhammad Khairi Mahyuddin, Mashitah Sulaiman, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Dini Farhana Baharudin, Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, Nur Kareelawati Abd. Karim https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 268 274 Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/558
Abstrak: Sekolah vernakular yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan negara sehingga kini masih dijadikan kontroversi terutamanya dalam perdebatan di media sosial dan kalangan ahli politik. Selain sekolah jenis kebangsaan, kini terdapat sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah agama yang mempunyai falsafah dan latar belakang penubuhan yang berbeza dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menimbulkan keraguan terhadap matlamat pembinaan identiti nasional seperti ternyata dalam matlamat pendidikan kebangsaan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai aspirasi masyarakat terhadap sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan. Pemilihan responden adalah secara bersasar melibatkan 322 ibu bapa berbangsa Melayu. Analisis data menunjukkan kalangan masyarakat Melayu menerima baik kewujudan kepelbagaian sekolah tetapi berharap sekolah agama perlu lebih kehadapan. Penerimaan tertinggi adalah terhadap peranan penting sekolah kebangsaan untuk menyediakan asas dan memperkukuh nilai budaya bangsa serta pengalaman silang budaya dalam kalangan para pelajar, manakala sekolah agama adalah untuk membantu pelajar menguasai ilmu agama. Pemilihan jenis sekolah lebih dipengaruhi oleh kehendak ibu bapa berbanding individu disekeliling dan ibu bapa bersedia memikul tanggungjawab serta mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian. Kajian ini memberi implikasi peningkatan stratifikasi antara kaum di sekolah-sekolah. Pembuat dasar dan agensi pendidikan di peringkat negeri dan kebangsaan dituntut untuk melaksanakan program rentas batasan kaum antara sekolah-sekolah. Kajian lanjutan untuk mengkaji potensi permuafakatan melibatkan agensi-agensi awam, swasta, berkepentingan kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah adalah disaran agar program yang dilaksabakan dapat meningkatkan persekitaran yang lebih terbuka antara sekolah-sekolah dan masyarakat secara umumnya.

Abstract: The controversial debate on vernacular school still exists especially on social media and among politicians. In addition to national type schools, there are now private schools, international schools and religious schools that have different philosophy and establishment background from national schools. This situation casts doubt on the goal towards building national identity as stated in national education policy. The objective of this study is to assess the aspirations of the community towards religious stream schools and national-type schools. The respondents consist of 322 from the Malay community. Analysis of the data shows that the Malay community accepts the diversity of schools but hopes that religious schools need to be more forthcoming. The highest acceptance is on the important role of the national school to provide the foundation and strengthen the cultural values of the nation as well as the cross-cultural experience among the students, while the religious school is to help students master religious knowledge. Parents exert greater influence over the process of school selection due to their willingness to assume responsibility and their financial means. This study has implications for increased racial stratification in schools and the role of policy makers and education agencies at the state and national levels to implement racial cross-border programs between schools. The researchers recommend that further studies be carried out to enhance cooperation between public, private and non-governmental agencies with schools to create a more open environment between schools and the broader community.
Faridah Salleh Aisah Mat Dan Rabi'atul Aribah Muhamad Isa@Omar Syed Lamsah Syed Chear Latipah Mohd Noor Copyright (c) 2023 Faridah Salleh, Aisah Mat Dan , Rabi'atul Aribah Muhamad Isa@Omar, Syed Lamsah Syed Chear, Latipah Mohd Noor https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 275 285 Kertas Konsep Pembangunan Indeks Hak Kebebasan Beragama di Malaysia https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/533
Abstrak: Hak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia merupakan antara isu penting yang sering menjadi perdebatan. HKB yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak awal lagi telah mempertahankan hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing bagi setiap individu. Tambahan pula, perlembagaan juga mengakui keistimewaan bagi agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera. Oleh itu, hak keistimewaan ini seringkali menjadi polemik bukan sekadar dalam pengetahuan warganegara Malaysia bahkan turut mendapat perhatian antarabangsa. Hal ini juga menyebabkan pentafsiran HKB di Malaysia tidak selari dengan pemahaman HKB yang terkandung di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1948). Oleh yang demikian, terdapat banyak laporan antarabangsa yang mengkritik pengamalan HKB di Malaysia kerana menurut laporan tersebut, Malaysia telah mendiskriminasi warganya. Oleh itu, matlamat kertas konsep ini adalah untuk membentangkan idea awal tentang pembangunan indeks HKB bagi mengukur tahap hak kebebasan beragama di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis terhadap kajian-kajian lepas. Hasil analisis telah mendapati terdapat tiga tema utama perbincangan berkaitan dengan HKB iaitu tentang definisi hak kebebasan beragama, isu-isu hak kebebasan beragama di Malaysia dan kajian pengukuran pengamalan beragama. Oleh yang demikian, Malaysia memerlukan satu indeks watan yang boleh mengukur pengamalan HKB sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Indeks ini signifikan dalam membentangkan wajah sebenar pengamalan HKB di Malaysia sekaligus dapat memberikan jawapan balas atau membetulkan laporan antarabangsa yang telah membentangkan laporan negatif terhadap HKB di Malaysia.

Abstract: The right of religious freedom (HKB) in Malaysia is one of the important issues that are frequently debated. This right, enshrined in the Federal Constitution of Malaysia from the beginning, protects every individual’s right to profess and practice their respective religions. Moreover, the constitution also acknowledges the privilege of Islam and the rights of the Malays and Bumiputera. Thus, this privilege has been the subject of controversy, not only among Malaysian citizens but also internationally. The interpretation of the right to freedom of religion in Malaysia does not align with the definition outlined in the Universal Declaration of Human Rights 1948, resulting in international criticism of Malaysia’s discrimination of its citizens. To address this issue, this concept paper aims to discuss the preliminary idea on the development of HKB index in Malaysia. Previous research has identified limitations to the practice of religious freedom for both Muslims and non-Muslims. Literature review has been conducted in this paper by analysing past studies. The analysis has revealed three primary topics of discussion regarding religious freedom. These topics include defining the right to religious freedom, examining the issues surrounding the right to religious freedom in Malaysia, and exploring methods of measuring religious practice. Thus, it is essential for Malaysia to have an index that can evaluate the implementation of religious freedom rights in compliance with the provisions stated in the Federal Constitution. A religious freedom index is crucial in presenting an accurate picture of the practice of HKB in Malaysia and responding to negative international reports.
Ain Balkis Mohd Azam Kamal Azmi Abd Rahman Khadijah Muda Copyright (c) 2023 Ain Balkis Mohd Azam, Kamal Azmi Abd Rahman, Khadijah Muda https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 286 293 Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/573
Abstrak: Pembelajaran bahasa Arab telah diperkenalkan sebagai bahasa asing yang dipelajari dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti di Malaysia. Bahasa Arab mempunyai empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi menguasai keempat-empat kemahiran utama ini, pelajar perlu menguasai kosa kata kerana ia merupakan kunci utama dalam menguasai bahasa Arab. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah di negeri Terengganu dan kesannya terhadap kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah temubual separa berstruktur telah dijalankan bagi mengumpul data utama. Seramai 5 orang menyertai temubual separa berstruktur ini terdiri daripada guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah lebih dari lima tahun dan 20 pelajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan di mana semua peserta boleh memberi maklumat dengan mendalam dan mampu memberi komitmen sepanjang tempoh kajian dijalankan. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi melalui penggunaan perisian Atlas.ti. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap kosa kata yang baik dan mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab. Selain itu, kajian ini juga mendapati, penguasaan kosa kata memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kompetensi kemahiran menulis bahasa Arab. Kepelbagaian pendekatan PdP juga membantu pelajar untuk menguasai kosa kata dan meningkatkan krativiti dalam menulis bahasa Arab.

Abstract: Learning Arabic has been introduced as a foreign language taught from the lowest level to the university level in Malaysia. Arabic has four primary skills: listening, speaking, reading, and writing. In order to master these four essential skills, students need to master vocabulary, as it is the primary key to learning Arabic. Therefore, the main objective of this study is to explore the level of vocabulary mastery in Arabic writing among students of the Secondary School of Religion in the state of Terengganu and its impact on writing skills. This is a qualitative study. A semi-structured interview method has been implemented to gather critical data. A total of 5 participants participated in this semi-structured interview, consisting of Arabic language teachers who taught Arabic subjects for more than five years and 20 students at Khairiah High School of Religion, Terengganu. Study participants are selected using a targeted sampling method in which all participants can provide in-depth information and make commitments throughout the study. Thematic analysis is used to analyse data obtained through the use of Atlas.ti software. Overall, the study's results found that students with a good vocabulary level had a high interest in Arabic. In addition, the study also found that mastery of vocabulary plays a vital role in mastering four language skills, especially writing skills.
Abdul Malik Aluwi Mohammad Taufiq Abdul Ghani Copyright (c) 2023 Abdul Malik Aluwi, Mohammad Taufiq Abdul Ghani https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 294 303 Faktor Pendorong Penglibatan Belia Melayu dalam Proses Pilihan Raya di Malaysia https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/575
Abstrak: Dalam konteks Islam penglibatan politik lebih menekankan persamaan, kebebasan dan penglibatan dalam politik. Persamaan merujuk kepada hak sama rata bagi setiap individu yang mahu melibatkan diri dalam politik. Manakala kebebasan politik merujuk kepada kebebasan untuk memilih dan mengkritik mana-mana pemimpin sekiranya tindakan yang dilakukan tidak wajar. Penglibatan pula merujuk kepada penglibatan diri dalam hal-hal berkaitan politik. Terdapat agen sosialisasi dilihat mampu meningkatkan dan menggalakkan penglibatan individu dalam proses pilihan raya. Artikel ini menfokuskan kepada belia Melayu dalam mengenal pasti sejauh mana faktor keluarga, masyarakat setempat dan media massa dapat mempengaruhi penglibatan dalam proses pilihan raya terdiri daripada mendaftar sebagai pengundi, melakukan semakan mengundi dan mengundi pada pilihan raya akan datang. Seramai 906 orang responden dikenal pasti bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat jangkaan faktor-faktor yang signifikan bagi setiap proses pilihan raya yang diketengahkan. Bagi regrasi logistik jangkaan penglibatan belia Melayu dalam proses mendaftar sebagai pengundi menunjukkan hanya faktor media massa sahaja signifikan (p=0.014**). Manakala jangkaan bagi melakukan semakan mengundi menunjukkan faktor masyarakat setempat singnifikan (p=0.039**) dan faktor media massa sangat signifikan (p=0.000***). Bagi jangkaan faktor pendorong belia Melayu dengan proses akan mengundi pada pilihan raya akan datang menunjukkan hanya faktor keluarga sahaja signifikan (p=0.049**). Secara keseluruhan artikel ini menerangkan bahawa terdapat jangkaan faktor pendorong tertentu dalam meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya. Sekiranya faktor bagi setiap proses pilihan raya ini diberikan perhatian sudah semestinya mampu meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya di Malaysia.

Abstract: In the context of Islam, political involvement emphasizes equality, freedom, and participation in politics. Equality refers to the equal rights for every individual who wishes to engage in politics. Political freedom, on the other hand, entails the freedom to choose and criticize any leader if their actions are deemed inappropriate. Involvement, in this context, pertains to actively participating in political matters. There are agents of socialization that are seen as capable of enhancing and encouraging individual involvement in the electoral process. This article focuses on Malay youths, aiming to identify to what extent family, local community, and mass media factors can influence involvement in the electoral process, including registering as voters, checking voting status, and casting votes in upcoming elections. A total of 906 respondents were identified to respond to the prepared survey. The study findings indicate significant expected factors for each electoral process discussed. For the logistic regression, the expected involvement of Malay youths in the process of voter registration showed that only the mass media factor is significant (p=0.014**). Meanwhile, the expected factors for checking voting status indicate both the local community factor (p=0.039**) and the mass media factor are highly significant (p=0.000***). Concerning the expected factors driving Malay youths to vote in future elections, only the family factor is significant (p=0.049**). Overall, this article elucidates that there are specific expected driving factors to enhance the involvement of Malay youths in the electoral process. Addressing these factors for each electoral process would undoubtedly elevate the political engagement of Malay youths in the election process in Malaysia.
Abdul Hadi Samsi Mohd Izani Mohd Zain Nik Ahmad Sufian Burhan Copyright (c) 2023 Abdul Hadi Samsi, Mohd Izani Mohd Zain, Nik Ahmad Sufian Burhan https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 304 309 YouTube in the Eyes of Pre-Service Teachers: Technology Acceptance Model (TAM) https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/596
Abstract: This study investigates the perceptions and challenges faced by pre-service teachers when integrating YouTube as an instructional tool for secondary-level students. The present study employed the Technology Acceptance Model (TAM) as a theoretical framework and involved a sample of 138 participants who were pre-service English instructors specializing in the field of English as a Foreign Language (EFL). In order to establish the validity and reliability of our measurement model, we employed a comprehensive quantitative approach, resulting in the development of a reliable scale of 15 items. The analysis of the data was based on eight hypotheses that revolved around crucial variables, including perceived ease of use (PEU), perceived usefulness (PU), attitudes (AT), facilitating condition (FC), and behavioral intention (BI). The results demonstrated statistically significant correlations among the variables that were examined. Notably, FC was significantly predicted by PU, while FC substantially predicted PEU. PEU, in turn, influenced PU and played a pivotal role in shaping AT and BI. Furthermore, PU served as a predictor for AT and BI, and AT played a crucial role in predicting BI. The analysis of the path coefficient indicates that the correlation between FC and PEU shows the highest degree. The correlation between AT and BI has the weakest degree of strength compared to other hypotheses.

Abstrak: Kajian ini meneroka persepsi dan cabaran yang dihadapi oleh guru pra-perkhidmatan apabila mengintegrasikan YouTube sebagai alat pengajaran untuk pelajar peringkat menengah. Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM) sebagai kerangka teori dan melibatkan sampel seramai 138 peserta yang merupakan pengajar Bahasa Inggeris pra perkhidmatan yang mengkhusus dalam bidang Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (EFL). Untuk mewujudkan kesahan dan kebolehpercayaan model pengukuran kami, kami menggunakan pendekatan kuantitatif yang komprehensif, dengan menghasilkan pembangunan skala yang boleh dipercayai sebanyak 15 item. Analisis data adalah berdasarkan lapan hipotesis yang berkisar pada pembolehubah penting, termasuk persepsi kemudahan penggunaan (PEU), persepsi kegunaan (PU), sikap (AT), keadaan pemudahcara (FC), dan niat tingkah laku (BI). Keputusan menunjukkan korelasi yang signifikan secara statistik antara pembolehubah yang telah diperiksa. Terutamanya FC telah diramalkan dengan ketara oleh PU, manakala FC dengan ketara meramalkan PEU. PEU pula mempengaruhi PU dan memainkan peranan penting dalam membentuk AT dan BI. Tambahan pula, PU berfungsi sebagai peramal untuk AT dan BI, dan AT memainkan peranan penting dalam meramalkan BI. Analisis path coeficient menunjukkan bahawa korelasi antara FC dan PEU menunjukkan darjah tertinggi. Korelasi antara AT dan BI mempunyai tahap kekuatan yang paling lemah berbanding yang lain.
Deo Kharisma Andriyanto Zuliati Rohmah Copyright (c) 2023 Deo Kharisma Andriyanto, Zuliati Rohmah https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 310 318 Addressing Key Importance of Halal Certificate in Meat-Based Industry https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/562
Abstract: In recent times, the escalation of halal food fraud, involving the illicit use of halal logos and certificates, label misrepresentation, and contamination with non-halal elements, has become a pressing concern. This issue has especially impacted consumer trust, particularly among Malaysia's Muslim community, magnified by the disreputable meat cartel scandal. Safeguarding Muslim consumers' confidence in halal meat products is a significant challenge, necessitating severe measures in all aspects, including halal certification procedures. This study investigates the specific degrees of halal certification practices within the meat industry, emphasizing their pivotal role in upholding industry integrity. Employing comprehensive library research and document analysis, encompassing primary and secondary sources such as articles, journals, official portals, and conference papers, detailed insights were extracted and thematically analyzed. The research reveals how important of halal certificates towards customers to ensure the halal status of meat products in the market, aligning with Shariah requirements. The study's findings are poised to enrich current knowledge about halal certification in the meat industry, offering valuable insights for industry stakeholders, consumers, and governmental bodies. Ultimately, this study provides a robust foundation, serving as an invaluable reference point for industry players, regulatory authorities, and other relevant agencies, offering a comprehensive framework to underscore halal certification in Malaysia's meat-based industry.

Abstrak: Sejak kebelakangan ini, peningkatan penipuan makanan halal, yang melibatkan penggunaan logo dan sijil halal secara haram, pemalsuan label, dan pencemaran dengan elemen bukan halal, telah menjadi kebimbangan yang mendalam. Isu ini telah memberi impak besar kepada kepercayaan pengguna, terutamanya dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia, akibat skandal kartel daging. Memastikan keyakinan pengguna Muslim terhadap produk daging halal adalah satu cabaran besar. Ia memerlukan langkah-langkah tegas dalam semua aspek, termasuk melibatkan prosedur pensijilan halal. Kajian ini mengkaji amalan pensijilan halal dalam industri daging secara terperinci, menekankan kepentingnya dalam mengekalkan integriti industri. Dengan menggunakan penyelidikan perpustakaan yang komprehensif dan analisis dokumen, termasuk sumber-sumber utama dan sekunder seperti artikel, jurnal, portal rasmi, dan kertas persidangan, pandangan terperinci diekstrak dan dianalisis secara tematik. Kajian ini mendedahkan betapa pentingnya sijil halal kepada pengguna untuk memastikan status halal produk daging di pasaran, selari dengan keperluan Syariah. Dapatan kajian ini dijangka akan meningkatkan pengetahuan semasa mengenai kepentingan pensijilan halal dalam industri daging, memberikan pandangan penting kepada pihak industri, pengguna, dan badan kerajaan. Pada keseluruhannya, kajian ini menyediakan landasan kukuh, berperanan sebagai titik rujukan yang sangat berharga kepada industri, pihak berkuasa yang mengawal selia dan agensi berkaitan, menyediakan kerangka menyeluruh untuk memartabatkan pensijilan halal dalam industri daging di Malaysia.
Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Zizi Azlinda Mohd Yusof Anita Ismail Ainnur Husna Mohd Daud Copyright (c) 2023 Ainnur Husna Mohd Daud, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, Anita Ismail, Zizi Azlinda Mohd Yusof https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 319 326 Familiness in Family Business: A Bibliometric Analysis https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/519
Abstract: Family businesses have been ranked as among the top contributors to the overall global revenue. These firms are unique due to the embeddedness of family elements in their operation. The involvement of family members in the management and operation of such organizations is termed "familiness". Scholars have proposed familiness as a unique resource for family businesses, which can be leveraged by top management to gain a competitive advantage. However, thus far, the discussion on the concept of familiness has lacked a systematic and bird-eye review perspective, which has hindered understanding of the overall body of knowledge. To bridge this gap, a bibliometric analysis was employed to analyse the patterns and trends in past studies on familiness. The dataset consists of 149 articles retrieved from the SCOPUS database and imported into the Biblioshiny interface using the Bibliometrix R package. Analysis showed that familiness studies are growing and familiness concept is developing. Ten themes related to the familiness were identified, with the major ones include the development of the familiness concept, attributes and characteristics of a family business, and concerns for organizational growth and continuity. The findings of this bibliometric study, which is the first performed on the topic of familiness, offer recommendations for future research to further explore the role of familiness in facilitating family businesses’ strategic imperatives, such as internationalisation efforts, in ensuring the continuity of these firms across generations.

Abstrak: Perniagaan keluarga adalah antara penyumbang tertinggi kepada keseluruhan hasil dunia. Firma ini unik kerana terdapat elemen kekeluargaan dalam operasi mereka. Penglibatan ahli keluarga dalam pengurusan dan operasi perniagaan jenis ini diistilahkan sebagai “kekeluargaan”. Para sarjana telah mencadangkan kekeluargaan sebagai sumber unik untuk perniagaan keluarga, yang boleh dimanfaatkan oleh pengurusan tertinggi perniagaan keluarga untuk mendapatkan kelebihan daya saing. Walau bagaimanapun, setakat ini, terdapat kurang perbincangan tentang konsep kekeluargaan dari perspektif sistematik dan umum, yang telah menghalang pemahaman tentang keseluruhan bidang ilmu tersebut. Untuk mengatasi jurang ini, analisis bibliometrik digunakan untuk mengkaji corak dan tren dalam kajian kekeluargaan. Set data terdiri daripada 149 artikel telah diambil daripada pangkalan data SCOPUS dan diimport ke Biblioshiny menggunakan pakej Bibliometrix R. Analisis menunjukkan bahawa kajian kekeluargaan semakin bertambah dan konsep kekeluargaan semakin membangun. Sepuluh tema yang berkaitan dengan kekeluargaan telah dikenal pasti, dengan tema utama termasuk pembangunan konsep kekeluargaan, sifat dan ciri perniagaan keluarga, dan kebimbangan terhadap pertumbuhan dan kesinambungan organisasi. Penemuan kajian bibliometrik ini, yang merupakan yang pertama dilakukan dalam topik kekeluargaan, mencadangkan penyelidikan yang lebih lanjut di masa hadapan tentang peranan kekeluargaan dalam menyokong keperluan strategik perniagaan keluarga, seperti usaha pengantarabangsaan, dalam memastikan kesinambungan firma ini merentas generasi.
Nadiah Mahmad Nasir Khairul Akmaliah Adham Copyright (c) 2023 Nadiah Mahmad Nasir, Khairul Akmaliah Adham https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 327 337 Pembangunan dan Penilaian Instrumen Kesihatan Mental dan Kecerdasan Spiritual https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/522
Abstrak: Tinjauan literatur mendapati pelbagai instrumen digunakan bagi mengukur tahap kesihatan mental individu dan mengaitkannya dengan pelbagai perkara. Namun demkian, menggabungkan pelbagai instrumen soal selidik dalam satu kajian memungkinkan bilang item yang tinggi. Oleh itu, kaedah statistik analisis faktor dicadangkan untuk mengurangkan bilangan item pada masa sama meningkatan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti susunan 69 item soal selidik termasuk kebolehpercayaan dari aspek kesihatan mental, kebahagiaan hidup, dan kecerdasan spiritual. Instrumen ditadbir dalam kalangan 500 pelajar sarjana muda bidang kejuruteraan salah sebuah universiti teknikal awam yang dipilih secara rawak sukarela. Pengukuran jawapan item menggunakan skala likert 5 mata. Pendekatan kuantitatif sepenuhnya diguna pada instrumen, pengukuran jawapan, dan analisis. Hasil ujian Kaiser-Meyer-Olkin Measure menunjukkan item-item sesuai bagi analisis faktor. Pengiraan total variance explained mendapati 3 faktor dicadangkan bagi item-item instrumen. Seterusnya keputusan rotated component matrik mencadangkan semua item disusun semula dengan 23 item asal disingkirkan. Analisis kebolehpercayaan memberikan nilai alfa Cronbach = 0.872 yang membolehkan semua item diterima. Perbincangan hasil analisis dan kajian tinjauan saling menyokong keperluan kajian rintis dan ujian kesahan sebelum penggunaan instrumen pada kajian sebenar berskala besar bagi tujuan pengukuran tahap kesihatan mental, kebahagiaan hidup, dan kecerdasan spiritual. Implikasi kajian membolehkan instrumen diyakini dan dipercayai digunakan bagi tema kajian yang sama.

Abstract: A literature review identified various instruments that were used to measure the level of mental health of individuals and attributed it to various aspects. However, combining various questionnaire instruments in one study allows the inclusion of a high number of items. Therefore, the statistical method of factor analysis was proposed to reduce the number of items while increasing the validity and reliability of the study. This study aims to identify the order of 69 questionnaire items including reliability from aspects of mental health, happiness in life, and spiritual intelligence. The instrument was administered among 500 undergraduate engineering students of one of the public technical universities who were volunteering selected. Measurement of item responses used a 5-point Likert scale. A fully quantitative approach is applied to instruments, measurement of responses, and analysis. The results of the Kaiser-Meyer-Olkin Measure test show that the items are suitable for factor analysis. Calculation of total explained variance found 3 factors suggested for the items of the instrument. Next, the results of the rotated component matrix suggest that all items are rearranged with the original 23 items dropped. Reliability analysis gave a value of Cronbach's alpha = 0.872 which allowed all items to be accepted. The discussion of analysis results and survey research mutually support the need for pilot studies and validity tests before using the instrument in a large-scale real study for the purpose of measuring the level of mental health, life happiness, and spiritual intelligence. The implication of the study allows the instrument to be employed confidently and in a trusted manner for similar research themes.
Ahmad Muhaimin Mohamad Rohana Hamzah Paridah Mohd Ali Hadijah Ahmad Norizan Yusof Haslinda Hashim Muhammad Salehan Alhafiz Mat Wajar Copyright (c) 2023 Ahmad Muhaimin Mohamad, Rohana Hamzah, Paridah Mohd Ali, Hadijah Ahmad, Norizan Yusof, Haslinda Hashim, Muhammad Salehan Alhafiz Mat Wajar https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 338 349 Explaining Halal Chocolate Purchase Intention Among Muslim Young Adults in Malaysia https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/588
Abstract: Chocolate, a timeless household staple, remains a popular guilty pleasure enjoyed by people of all cultures and ages, enduring both good and bad times, and remains a timeless and appealing choice. While everyone loves chocolate, Muslims are only allowed to consume Halal chocolate due to religious obligations. Halal chocolate is becoming increasingly popular as consumers develop a greater awareness of Halal foods and the benefits associated with them. Using the Theory of Planned Behaviour (TPB), this study examines the intention to purchase Halal chocolate among Muslim young adults in Malaysia. A total of 204 Muslims aged 18 to 34 participated in an online survey distributed through various social media platforms using Google Forms. Multiple regression analysis was performed to analyse the data. The results show that attitude, subjective norms, and perceived behavioural control significantly influence the intention to purchase Halal chocolate among Muslim young adults in Malaysia. Theoretically, this study adds to the limited existing literature on Muslim consumers' Halal chocolate purchasing intentions and the robustness of the TPB in explaining purchase intention. Practically, this study assists the Halal chocolate producers, manufacturers, importers, and exporters to engage with their Muslim consumers to promote the consumption of Halal chocolate in the country.

Abstrak: Coklat, kudapan seisi rumah, kekal sebagai kudapan yang menyeronokkan tetapi tidak menyihatkan yang popular untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai budaya dan peringkat umur. Coklat kekal menjadi pilihan di saat gembira dan sedih. Walaupun coklat digemari oleh semua, tetapi orang Islam hanya dibenarkan mengambil coklat yang Halal disebabkan oleh kewajipan agama. Coklat Halal menjadi semakin popular apabila pengguna meningkatkan kesedaran tentang makanan Halal dan faedah yang berkaitan dengan makanan Halal. Dengan menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang (TPB), kajian ini mengkaji hasrat untuk membeli coklat Halal dalam kalangan golongan muda Islam di Malaysia. Seramai 204 orang Islam berumur 18 hingga 34 tahun menyertai tinjauan dalam talian yang diedarkan menerusi pelbagai platform media sosial iaitu Borang Google. Analisis regresi berganda digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku berpengaruh signifikan terhadap niat untuk membeli coklat Halal dalam kalangan golongan muda Islam di Malaysia. Secara teorinya, kajian ini menambah kepada literatur sedia ada yang terhad mengenai niat membeli coklat Halal di kalangan pengguna Muslim dan keteguhan teori TPB dalam menjelaskan niat pembelian. Secara praktikal, kajian ini membantu pengeluar, pengilang, pengimport, dan pengeksport coklat Halal untuk lebih memahami pengguna Muslim dalam mempromosikan pengambilan coklat Halal di negara ini.
Wan Rasyidah Wan Nawang Syadiyah Abdul Shukor Amalina Mursidi Anita Ismail Copyright (c) 2023 Wan Rasyidah Wan Nawang, Syadiyah Abdul Shukor, Amalina Mursidi, Anita Ismail https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-11-30 2023-11-30 8 2 350 358