@article{Mohd Amin_Abdul Rahman_2019, title={Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia: Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan? The Perceptions of Malay Students At UNITEN on The Efforts To Extend Jawi Learning At Various Levels of Education In Malaysia}, volume={4}, url={https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/75}, DOI={10.33102/jsi2019.4.1.02}, abstractNote={<p>Shitiq dan Mahmud (2010) mendapati pelajar sekolah rendah hilang minat untuk belajar tulisan Jawi kerana mereka berpendapat tulisan Jawi sukar untuk difahami. Persepsi pelajar tersebut yang mengatakan bahawa tulisan Jawi sukar difahami telah menjadi cabaran utama ke arah pemeliharaan Jawi melalui cara menguasai kemahiran menggunakan tulisan Jawi. Bagi memelihara kewujudan Jawi sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia terutama di kalangan orang Melayu, pelbagai usaha harus dilakasanakan terutama dalam bidang pendidikan dengan kepercayaan bahawa generasi muda harus meneruskan legasi Jawi. Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia akan dijelaskan melalui kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian yang ditimbulkan: 1) Apakah persepsi pelajar Melayu UNITEN terhadap usaha-usaha meluaskan pembelajaran Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia? Borang soal selidik yang mengandungi 15 pernyataan telah diberikan kepada 100 pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (61% responden, M= 3.27, SP 0.815) percaya bahawa “mata pelajaran Jawi perlu ditawarkan di semua peringkat pembelajaran seperti peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, supaya pembelajaran Jawi lebih komprehensif” (pernyataan 11) selain daripada diajar di pra-sekolah (pernyataan 3: M= 3.76, SP= 0.816). Jelas sekali, majoriti responden mempunyai persepsi positif terhadap inisiatif yang dicadangkan untuk memperkenalkan Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia sebagai persediaan untuk mempromosikan tulisan Jawi kepada komuniti yang lebih besar.</p> <p><strong>Abstract</strong>: Shitiq and Mahmud (2010) found that primary school students lost interest in learning the Jawi script because they thought Jawi’s script was difficult to understand. The students’ perception that Jawi’s script is difficult to understand has become a major challenge in the cultivation of Jawi by mastering the skills of using Javanese scripts. To maintain the existence of Jawi as part of Malaysia’s culture, especially among the Malays, various efforts should be made, especially in the field of education with the belief that the younger generation should continue the Jawi legacy. Discussion on Jawi script issues in education in Malaysia will be explained through this study. The main objective of this study is to identify the perceptions of Malay students at UNITEN on the efforts to extend Jawi learning at various levels of education in Malaysia. A questionnaire containing 15 statements was given to 100 Malay students at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) who participated in the study. The findings show that the majority of respondents (61% of respondents, M = 3.27, SP = 0.815) believe that "Jawi subjects should be offered at all levels of learning such as primary, secondary and tertiary level, therefore Jawi learning is more comprehensive" (statement 11) apart from being taught at pre-school (statement 3: M = 3.76, SP = 0.816). Apparently, the majority of respondents have a positive perception of the proposed initiative to introduce Jawi at various levels of education in Malaysia in preparation for promoting Jawi writing to a larger community.</p>}, number={1}, journal={Sains Insani}, author={Mohd Amin, Noraziah and Abdul Rahman, Noor Azam}, year={2019}, month={May}, pages={7-14} }