Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia

Main Article Content

Adlina Ab. Halim
Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Arfah Ab Majid
Normala Othman
Norasyikin Azri
Nasrina M. Samir

Abstract

Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu contoh platform pembelajaran yang telah dilaksanakan di universiti awam dan swasta di Malaysia. Platform ini menggunakan kaedah pembelajaran secara maya di mana interaksi serta perbincangan dilakukan di dalam atas talian. Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 merupakan salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang merangkumi model, metod dan pendekatan yang lebih efektif dan interaktif seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti penerimaan pelajar UA terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan teknik survei melalui pengedaran instrumen soal selidik secara google form. Seramai 1373 orang pelajar Semester 1, sesi 2018/2019 daripada lima zon yang merangkumi 19 UA terlibat sebagai responden kajian. Persampelan kajian adalah secara berkelompok dan rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan cronbach alfa bagi bahagian penerimaan pelajar ialah 0.947. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0 berada pada tahap yang baik dengan min 4.04. Kajian mendapati kandungan MOOC TITAS 2.0 mempunyai elemen kemudahgunaan, kebolehgunaan, bersesuaian, sistematik dan memuaskan hati para penggunanya. Kajian merumuskan bahawa platform MOOC TITAS 2.0 merupakan salah satu contoh terbaik pelaksanaan e-learning sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran aktif, informatif dan interaktif.

Article Details

How to Cite
Ab. Halim, A., Mohd Yusoff, A. N., Ab Majid, A., Othman, N., Azri, N., & M. Samir, N. (2020). Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Sains Insani, 5(1), 73-78. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/151
Section
Articles